Monday, April 28, 2014

Rendang Ayam

Salam,

Masa preggy ni la ngidam rendang ayam makan dengan ketupat. Nak minta mak buat, mak jauh. So nak tak nak buat sendiri sebab tak berapa suka rasa bile rendang beli. So sebelum balik kerja dok kira-kira apa nak beli bahan nak masak rendang.

Saya punya ramuan rendang ni simple dan citarasa sendiri dan resepi dari mak. Tak pe saya kongsi resepi rendang saya.

Bahan:

Ayam 1 ekor (potong kecil)
1 Santan ( kotak, parut biji)
Serai 3 - 4 batang
Halia ( Ikut cita rasa)
Kerisik (buat sndri atau beli siap je, 1 pek kerisik siap)
Cili Kering 15-20 tangkai (Siap blender, ikut suka nak pedas ke tidak)
Bawang Kecil 5 ulas
Bawang Besar 1 ulas
Bawang Putih 3 ulas
Daun Kunyit 1-2 helai
Bahan perasa

Cara:
1. Goreng ayam separuh masak dan ketepikan.
2. Cili kering, bawang kecil dan besar, bawang putih dan serai di blend. (saya sekalikan semua ini, tapi nak asing pun boleh)
3. Tumis bahan yang di blend hingga naik bau dan masukkan serai titik (1batang), kemudian masukkan ayam yang di goreng tadi. Biar hingga semua bahan meresap sebentar lalu masukkan santan dan kerisik. Gaul rata masukkan perasa secukupnya dan daun kunyit yang di potong atau racik halus.
4. Siap untuk di hidang.

Rendang ayam yang baru je masak.
Di makan dengan nasi pun sedap. Kata suami saya, di makan bersama nasi panas serta cencalok. Style apa tah di makan oleh suami. Asalkan dia suka apa yang isteri dia masak. Kebetulan mak dan akak datang umah dorang pun sama dapat merasa. Saya happy bila dapat jamu orang makan. Saya ngidam je lebey sekali makan perghhh tekak tk boleh terima.

Sorry kuali comot, gini la orang masak nak cepat siap kan. Tak ada seni tapi asal kan ada rasa rendang ayam. Tak gitu? Nak cuba resipi ni silakan.

Sekian.

Kehamilan Pertama yang amat mengujakan

Salam,


Setelah sekian lama tak update blog. Baru hari ini berkesempatan nak update blog, kisah hari ini saya nak kongsi dengan anda semua iaitu smua dah taw baca tajuk. Alhamdulillah, kandungan saya sekarang dah masuk 3 bulan dan due date doctor bagi awal bulan November.

Kehamilan ini memang di nanti oleh suami saya, plan lain jadi lain. Tapi saya tetap bersyukur dengan kurniaan dan rezeki Allah nak beri pada kami berdua. Happy juga ada baby dalam perut saya sekarang. Perubahan sewaktu termister pertama memang tak syok la. Macam ibu-ibu lain saya pun tk terkecuali kena sakit simptom preggy ni.

Awalnya saya tk pasti saya mengandung, tapi suami yang pasti saya mengandung sedangkan saya baru je lewat datang 3 hari. Dengan confident level yg tinggi dia sndri sah kan saya mengandung. Bila dan 2 minggu lewat saya wat test memang sah saya mengandung. Happynya suami tak terkata.

Awal kehamilan saya, saya alamai kekejangan urat yang agak teruk. Kebetulan Majlis Bertandang saya pada bulan 3 dan masa itu adalah bulan pertama nak masuk bulan ke dua. Kekejangan yang di alami sememangnya teruk. Nasib mak dan kakak ipar sudi nak mengurut. Loya dan sakit kepala ada tapi tak seteruk mana.

Masuk bulan kedua nak ke tiga saya alami alahan pula. Sakit kepala, morning sickness, kejang urat bahagian perut dan juga mabuk. Ku tahan kan saja sakit yang di alami. Al maklumla saya ni bekerja so memang agak payah bila kena sakit ni. Tu namanya nikmat mengandung kalau tak rasa sakit ini tak ada lah kenikmatannya kan?

Alhamdulillah sekarang masuk bulan ke tiga, Alahan mabuk dan morning sickness saya makin berkurangan. Tapi simpton kuat makan pula berkuasa sekarang. Macam-macam rasa ada bila kita berbadan dua. Demi anak dalam kandugan sabar hadapi semua.

Saya dan juga kakak saya mengandung pada tahun sama tapi due date dia awal 2 minggu dari saya. So mak dan abah dapat dua cucu la tahun ini. Rezeki Allah nak bagi pada keluarga kami, kami merancang segalanya Tuhan yang tentukan.

Sampi la ni saya tak pergi lagi buka buku. Suami sarankan buka buku di Klinik Swasta, tah apa alasan dia tk bagi tahu pula. Insayallah Khamis ini saya akan buka buku di Klinik.

Harap kepada mereka juga yang sedang berbadan dua, moga kandungan anda sihat dan selamat hingga masa kelahiran nanti hendaknya.

Nanti saya akan kongsikan rutin pemakanan saya. If rajin.

Sekian.