Persandingan Potong Kek dan Pembukaan Hadiah
Salam,
Hey all, entri kali ini cerita pasal majlis potong kek dan buka hadiah untuk pengantin. Tema baju saya adalah turquoise, last minit pilih baju ni sebab teringin nak pakai kaler ni. Akhirnya dapat gak saya mengayakan baju ni. Ramai kata baju ni cantik dari baju sanding saya, but what to do i love pink color. Make-up untuk malam ni adalah sendiri make-up. So i just wanna look natural and simple and not to havoc havoc.
Ok kalau dah nama pun majlis potong kek so nk tunjuk kat awak-awak kek saya ni bukan la gah mana pun. Alhamdulillah kek saya telah pun di sponser oleh abang saya. Kek pilihan adalah 3 tingkat dan setiap tingkat berlainan rasa. Perasa kek ni adalah coklat,vanilla dan coffe, hope dengan adanya banyak pilihan boleh la semua tetamu menikmati kek saya.
|
Tada..... ni la dia kek saya... saya sukeeee.... |
Ok back to the story, normally pasangan pengantin sekarang majlis potong kek di buat selepas mereka makan berhadap tetapi berbeza dengan saya kerana tujuan saya untuk memeriahkan rumah dan saudara mara dapat lagi berkumpul di malam hari. Alhamdulillah ramai sepupu sepapat dan makcik pakcik yang hadir dan juga dari pihak lelaki juga turut hadir.
Im happy bile ramai yang datang majlis potong kek ni, meriah sangat dan kami berdua dapat bersanding lagi sekali dan yang kali terakhir di pihak saya. So pada awak-awak yang belum kahwin boleh la pertimbangkan majlis ini nanti. Apa salahnya kan 3 kali sanding waktu perkahwinan kita sendiri.
Ok saya akan upload pic sanding saya bersama pasangan dan pengapit2 kecil ku dan baju yang ramai orang suke sangat nihhh!!...
|
Ni la dia pengapit kecil ku aka anak buah |
|
Arrogant tak saya?? |
|
Mari kita potong kek ini |
|
Haa tu dia kanak-kanak sudah tidak sabar nak kan kek... |
Masa potong kek ni macam-macam permintaan ada nak perisa coklat la, vanila la... So adik-adik kena tunggu ye mak cik hanim tengah potong kan... Akak ku di sisi banyak membantu semasa potong kek ni..
|
My cuize sempat snap pic selepas potong kek...nah tu pisau di tangan... |
So selepas siap mengagihkan kek ni pada semua para tetamu, kini tiba masa acara pembukaan hadiah yang ramai di nanti sebab kami akan buka hadiah di depan tetamu aka pada mereka yang beri hadiah. Huhuhuhu.... jahat kan idea kami ni... tapi seronok....
|
Jom jom buka hadiah besar ni... |
|
ohhh rice cooker dalam nih..terima kasih... |
|
model jap untuk cawan yang comel ni...terima kasih... |
Selesai semua acara potong kek dan buka hadiah so tamat la acara perkahwinan kami berdua yang telah berlangsung daru 2/11/2013 - 3/11/2013 bersamaan 2 hari dua malam...
Kepada tetamu yang hadir dari hari sabtu hingga ke ahad malam terima kasih banyak di ucapkan dan pada yang rewang aka menolong saya ucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kerana sudi ringan kan tulang membantu keluarga saya dan tak lupa keluarga mertua terima kasih mak ayah.
Sekian.