Monday, October 28, 2019

Birthday Party di Tadika

Assalamualaikum

Musim cerita berkisarkan sambut hari jadi, selagi tak habis bulan 10 ni kan. Ok hanem nak kongsikn cara hanem dan suami spend duit and cara macam mana nak sambut hari jadi anak bujang kami sorang ni. Bila masuk bulan hari jadi anak mesti ada mak ayah yang sudah mula fikir nak belikan hadiah apa untuk anak, kek tema apa? sambut kat mana? Kena fikir bajet dulu baru boleh fikir venue and etc. Apa pun first thing kena ada LIST senang nak kira bajet dan apa yang kena beli or tak perlu beli.

LIST
1. Venue
2. Date
3. Tema
4. Kek
5. Goodie Bag
6. Makanan

At as is big list and nanti kena shortlistkan lagi. Untuk goodie bag hanem dah buat entrie boleh tengok kat sini
Goodie Bag

Untuk tahun ni hanem cadang sambut di tadika. Yela ramai budak mesti meriah bila potong kek dengan kawan.

Settle venue hanem decide tema pula, sebabkan ammar sangat suka main game Minecraft even tengok YouTube pun berkenaan Minecraft, so kami pilih Minecraft theme. Untuk date hanem discuss dengan cikgu sebab nak buat kat tadika kan. Sebab birthday ammar jatuh time dorang tengah exam final year so kami anjakkan ke hari lain.

Hanem dah ada macam-macam idea kat kepala tapi apa pun list dulu baru bagitahu sekali minta kebenaran cikgu. Goodie bag dah settle boleh langkau ke menu makanan. Hanem buat makanan simple dan sediakan air kotak.

Bihun Singapore

Donut Gebu

Fries dan Sosej


Karipap
Settle makanan so move to kek, tema Minecraft so mula mencari idea kek macam mana rekaan yang berkenan kat hari. Last papa juga bagi idea kek yang nampak realistik madam Minecraft. Dari tengok IG ke contact bakery last hanem decide bake and demo sendiri kek Minecraft. Berbakat ke tidak mama nak wat buttercream and deko bagai. Mari lihat hasil dari tangan hanem

Minecraft Kek

Settle kek last dek, ini optional kalau buat kat rumah or outdoor macam wajib pula rasa, kalau kat fast food or venue yang dah berbayar memang dah ready semua. Ikutkan memang tak ada nak mendeko ni tapi sebab terlebih rajin hanem bantaikam saja buat. Ada beli online such as plate, table cloth, happy birthday foil balloon, Minecraft foil balloon. TNT and flag nama ammar hanem DIY sendiri. Total up semua tak over bajet cause hanem buat kek sendiri dapat jimat banyak kat situ. Kek macam hanem kat atas boleh cecah hingga harga RM350 (deko minifigure Minecraft with fondant) if just plain just built up like that range RM200-RM150. Apa pun harga bakery bagai memang masuk akal sebab bukan mudah tau nak mendeko kek ni, dengan barang yang harga agak yahudi ni. Yang penting tepuk dada tanya poket.

Ok mari hanem sajikan dengan gambar sekitar hari jadi ammar








Muka dapat hadiah
Selamat Hari Jadi Muhammad Ammar yang ke 5 tahun

Wednesday, October 9, 2019

Goodie Bag Hari Jadi ( Di tadika)

Assalamualaikum

New entri untuk harini.  Sempena hari ini hari lahir anak saya, saya nak share goodie bag yang saya buat untuk kawan-kawan ammar dja sekolah.  Sebelum tu mama nak ucap

Barakallahu fi umrik, Selamat Hari Jadi

MUHAMMAD AMMAR yang ke 5

Keberkahan untuk mu anakku. Semoga allah menjadikan ammar anak yang soleh, sentiasa dalam lindungan, dan berbakti pada mama & papa nanti.

Walaupun hari lahir dia jatuh hari ini (9/10) tapi mama papa dapat sambut Jumaat nanti 11.10.19 sebab tengah exam day and esok sesi berfoto pula,  jadi cikgu minta buat jamuan hari Jumaat.

Ok back to the tittle,  "GOODIE BAG". Bila kita nak wat goodie bag ni 1st tengok bajet "ongkos" sebab dari siti kita boleh fikir and kira-kira apa yang kita nak bagi. Ada parent nk bagi makanan or cikedis, barangan tupperware, stationery, air, roti, kek or etc. Semua ni depends pada citarasa memasing la ye.  Macam saya lepas fikir bajet saya akan pilih tema sebab saya memang macamni semua nak bertema sapa sama? Sep sikit! Then baru saya list barang saya nak beli. As contoh barang sy nak bagi

1. Stationery Set B/G
2. Cadbury Chocolate
3. Creme-o
4. Chocolate waffle

Then saya beli pula plastik bag yang ikut tema dah kmi pilih "Minecraft" . Mula2 cadang nak order je paper bag siap printing but macam biasa bila printing semua min order not more less then 50pc. Mama ni nak bajet punya pasal mama search online and found 1 seller online dalam Shoppe yang jual pelbagai produk birthday tema Minecraft. Mula la kita klik klik beli yang penting harga murah and semua la list atas beli thru online. Haha nampak tk malas nak mencari kat luar tu. Tunggu je kat rumah barang sampai.

Now best part nak membungkus, sebab ammar sendiri offer diri nak siapkan semuanya.

Here the item yang list dah beli

Ammar gigih siapkan goodie bag

Stationery set, cadbury coklat, cloud 9 waffle amd creme





Thursday, October 3, 2019

Hari Sukan Tadika Iltizam Jaya (Sukaneka)

Hari ni saya nak share hari Sukaneka Tadika Iltizam Jaya yang betlngsung bulan 8 hari tu.  Baru sekarang la kita nak share kan. Nmpak bertapa lama tak jenguk blog ni.

Okay rasa banyak dah tadika2 yang buat sukaneka ni tahun ni.  Seronok tengok anak bersukan tapi yang lagi seronok mak, bapa and kakak abang yang lagi teruja tengok adik-adik bersukan.

Tahun ni TIJ ada buat tema untuk anak-anak.  Mereka menyediakan pakaian T-Shirt putih dan ibu bapa di minta hias atas baju tu ikut kreativiti berasaskan tema yang di beri.  Group ammar adalah group dari buahan Anggur.  So jenuh la mama nk pikir rekaan macam mana mama kena buat.

Team Grape

Ammar join 2 acara masa sukan,  acara memancing dengan cari gula dalam tepung.  Alahai beria la semua bgi sokongan pada anak memasing kecoh pula bila budak-budak tak leh buat or hebat bersukan. Acara ammar paling suka acara penyampaian hadiah. Team grape keseluruhan dapat naib johan.  Tu tengok muk happy dia.

Naib Johan

This year ammar 5y next year sambung tadika mana pula ya?

Nah sini saya kongsikan gambar dak ammar posing





Tahun depan kita bersukaneka lagi ye.  Next week ammar exam end year.  Haih mama yang risau lebih ni. Dia relax je macam tak ada hal.

Until next story okay

Sunday, January 13, 2019

Resepi Puding Roti

Salam sejahtera,

Lama tak kongsi resepi kat blog ni. Hari ini tergerak pula hti nak share resepi puding roti dengan sos kastad.

Malas cita banyak sebab kita nak kongsi resepi kan bukan bercerita.

Resepi Puding Roti

Bahan

A
Roti Putih - 8 ke 10 keping
Kismis

B
Telur - 3biji
Esen Vanila - 1 sudu kecil
Gula - 4 sudu
Mantega/Majerin - 2 sudu *dicairkan
Susu Segar - 3 cawan

C
Susu Cair/Sejat - 1tin
Gula - 6 sudu
Tepung Kastad - 2 sudu

Cara

A

1. Panaskan oven selama 10minit dengan suhu 180c.
2. Dalam 1 bekas satukan bahan B, susu segar, gula, telur dan esen vanila. Kacau sebati.
3. Bahan adunan sebati, masukkan roti yang dah di potong kecil. Pastikan semua roti terendam. Tuang adunan dalam bekas pembakar baru masukkan mentega/majerin cair dan taburkan kismis di atas adunan.
4. Bakar selama 30 - 35 minit denfan suhu 180c.


B

1. Dalam periuk satukan susu cair/sejat, gula dan tepung kastad dan masak dengan api perlahan.
2. Masak hingga semua larut dan agak pekat. Kemanisan sos boleh laras ikut citarasa sendiri so agak-agak letak gula.

Bila dah siap bakar biar sejuk dan boleh di hidang. Sedap bila masuk dalam peti sejuk then makan, memang boleh tutup mata la.




Moga resepi dapat di kongsi bersama

Thursday, January 3, 2019

Tadika Iltizam Jaya Putra Perdana

Alhamdulillah tahun baru dah pun menjengah kita. Tahun ni anak dah pun berusia 5 tahun and kami decide nak sekolahkan dia. Mama la paling excited mencari tadika untuk ammar kalau boleh yang dekat dengan rumah. Pusing satu putra perdana ni dengan kawan last mama pilih Tadika Iltizam Jaya. Tahun lepas masa mama pilih tadika berada berhampiran dengan rumah. Tapi last minit tadika kena pindah ke tempat baru. But its ok coz still lagi tak jauh mana and mama pun dah daftar kat cikgu su.

Saya nak share sedikit info berkenaan Tadika Iltizam Jaya aka TIJ. Tadika TIJ ada 2 cawangan kat Putra Perdana, 1 di Shop Lot berhampiran La Cottage dan 1 lagi di Seroja Apartment. Berkenaan yuran pula memang mampu bayar dengan pendaftaran RM600 dan bayaran bulanan RM140. Anak-anak akan dapat Baju Sekolah 1 pasang, Baju Sukan 1 pasang dan Buku Sekolah. TIJ juga ada menyedikan taska bagi ibu bapa yang bekerja so tiada masalah untuk ibu bapa berkejaya cari tadika dan taska 1 tempat. 

TIJ ada optional pilihan untu QAFA, so saya pilih untuk ambil kelas Qafa untuk ammar and bayaran tambahan di kenakan RM20 sahaja sebulan. Semalam pengalaman pertama ammar pergi sekolah after 1 year mama jaga lepas berhenti kerja. 

Cabaran bangun pagi done by him self, dia dengar alarm dia bangun sendiri. But cabaran paling besar sekolah memang dah duga dia akan menangis and minta bukan-bukan. I waited until break time try to make him understand to eat with friends and the way to behave will im not around. Tadika ada sediakan makanan tapi mama juga sediakan bekal untuk ammar risau dia tak nk makan kuih yang tadika order. After time break mama balik tinggal dia. 

Time balik we both pergi ambil panas badan dia makin naik. Papa mcm biasa cakap esok MC but mama try bagi panas badan turun. Saya kerap mandikan dia bagi badan dia sejuk and minta dia rehat and tidur. Ubat jangan lupa, and alahamdulillah subuh tadi panas dia dah susut and ready to go school today.


2nd day school dia malas bangun and tak nak pergi school alasan "TAKUT". Pujuk punya pujuk dia minta papa hantar dia ke school dengan kami bagi alasan papa tunggu kat bawah dalam kereta. Today mama bekalkan dia nuggret and oreo. Before ammar go to school mama minta dia makan takut dia lapar pula macam semalam. Hope today dia boleh biasakan diri and tak nangis macam semalam.

Here is the memory of yesterday

Dia minta bekal nasi and telur


Sebelum kelas bermula mereka perlu bersenam dahulu. Tapi ammar buat senaman muka



Moga dapat bantu ibu bapa luar sana untuk cari taska di kawasan sini. Nanti mama share lagi apa-apa info masa depan.

Thursday, March 8, 2018

MENGASUH KANAK-KANAK

Assalamualaikum

Kepada anda yang sedang mencari pengasuhan kanak-kanak sekitar Putra Perdana Puchong.

Saya sedia menyediakan khidmtan asuhan

Menerima bayi 2 bulan kebawah

Jika berminat boleh WA

0173544058

Thursday, June 9, 2016

Ramadhan

Berhabuk sungguh blog ni, sungguh lama tak menyinggang sibuk dengan anak n tanggungjawab. Pejam celik dah 1 tahun 7 bulan Muhammad Ammar sekarang dan begitu juga la pengalaman bersalin kan dia.

Terkadang terfikir nak tambah anak dalam jangka masa berapa tahun ni, Tapi rasa macam badan ni tak mampu nak ada baby dalam perut ni lagi. Ok stop bebel benda mengarut.

Me nak ucapkan Selamat Berpuasa buat semua umat islam. Moga semua dapat berkat dan kumpul pahala banyak-banyak tahun ni. Kita dah masuk ari ke 4 berpuasa tapi kita di malam ke 5 ramadhan. 

Tiap tahun saya pasti tunggu bulan Ramadhan, indah sangat bulan ramadahan ni banyak kelebihan dari bulan-bulan lain.

Next time saya nak kongsi kan perkembangan ammar lepas ni. Mana tahu lepas ini blog ni berabuk lagi. Moga tahun ini tahun kebahagian untuk kita semua,