Wednesday, June 25, 2014

Dori Masam Manis

Salam,

Part 2,

Sambungan masak-masak ahad lepas. Baru hari ini berkesempatan nak update balik blog. Resepi Dori Masam Manis saya ni simple la sangat.

Bahan
Ikan Dori - 2 Keping (Beli kat tesco ada, sejuk beku)
Tepung Gandunm - 4 Sudu
Tepung Jagung - 2 Sudu
Telur - 1 Biji
Sos Cili - 1 senduk sederhana
Cili Kisar - setengah senduh sederhana
Bawang Merah - 1 labu cincang
Bawang Putih - 2 ulas
Sos Tiram - 1 sudu besar
Limau Nipis - 1 Biji
Perasa
Minyak nak goreng

Cara:

1. Potong ikan dori jadi kiub dan toskan sebentar. Ikan dori ini kuat serap air so better tos kan sekejap.
2. Sediakan bahan adunan untuk ikan, tepung gandung, tepung jagung, telur dan garam. Gaul hingga sebati dan jangan pekat atau cair sangat. Kemudian masukkan ikan dori tadi ke dalam adunan ini. Biar seketika.
3. Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas dan masukan ikan dori yang telah di selaputi adunan tadi. Goreng seketika hingga kekuningan.
4. Sediakan bahan menumis iaitu bawang merah dan putih. Tumis hingga naik bau kemudian masukkan cili kisar serta cili sos ke dalam. Masak seketika dan letakkan sos tiram. Biar masak seketika hingga menjadi pekat dan masukkan pati limau nipis ke dalam serta perasa.
5. Siap kuah boleh letak ikan dori  yang dah di goreng ataupun hanya curah kuah atas ikan dori.
6. Sedia di hidang.

Dori Masam Manis

Mudah resepi saya. Ikutkan gune tomato dan nenas, sebab semua bahan tak ada so gune alternatif lain la. Asal kan ada rasa masam manis cukup la.

Sekian.

Monday, June 23, 2014

Memasak Di Hujung Minggu

Salam,

Semalam adalah hari malas sedunia, duduk rumah lepak dan dating bersama hubby tersayang. So tengok tv, tengok suami main game, masak dan kemas rumah aktiviti yang selalu di lakukan kami berdua. Sepatutnya hubby kerja shift pagi, tapi dia bercuti kerana ada kawan masuk slot dia 2 hari dari sabtu hingga ke ahad. Paling best hari ini dia MC saya je yang bekerja. Kuat semangat mama yang tengah mengandung ini pergi kerja kerana sedar kerja kat pejabat ini tak pernah habis.

Ok back to yesterday, saya tetiba teringin kari ayam so tanpa lengah mulakan proses memasak kari ayam. Teringat tiba-tiba suami ku tak makan ayam di masak kari, hai suami ku macam-macam peel awak ni kan. So teringat dalam peti ada ikan dori so kita masakkan dia ikan dori masam manis dan sayur tumis je.

Ramuan kari saya ini mudah, tanpa halia, daun kari, kentang dan macam-macam lagi la. Sebab banyak barang dapur dah habis nak kena tambah, al maklumla hujung bulan macam ini kan. Resepi saya buat kari ayam:

Kari Ayam Simple:

1. Ayam bahagian tie - 2 (yg besar)
2. Kari ayam babas
3. Bunga lawang
4. Kulit kayu manis
5. Bawang merah besar - 1 ulas
6. Bawang merah kecil - 2 ulas
7. Bawang putih - 3 ulas
8. Santan kara - 1 paket kecil
9. Cili - 1 sudu senduk sup besar
10. Garam dan Gula

Cara:

1. Tumiskan Bunga Lawang dan Kulit Kayu Manis sampai naik bau, kemudian masukkan bawang yang di racik halus. (If nak blender bawang pun boleh) Tumis semua ini sampai naik bau dan kekuningan. (Jika nak letak serai pun boleh time ini)
2. Kari ayam di bancuh bersama air dalam kadar sederhana pekat kari itu, kemudian masukkan ke dalam periuk yang telah di tumis bawang. Tumis kari sebentar dan masukkan cili bersama. Masak hingga naik minyak. (Jika mahu letak ubi kentang boleh masukkan waktu ini)
3. Masukkan ayam gaul sebati kemudian masukkan air masak hingga ayam tenggelam. Biarkan ayam mereneh bersama bahan tersebut.
4. Setelah ayam agak masak, masukkan santan peket ke dalam. (Boleh letak daun kari ketika ini, pergh rasa pasti sedap.)Perasakan bersama garam dan gula.
5. Jika anda rasa kuah agak pekat boleh tambah sedikit air dan reneh hingga masak.

Kari Ayam Simple


Sedap di makan bersama nasi panas, roti canai, puri dan roti. Bila kari pekat pasti di sukai ramai. Alhamdulillah rezeki kami hari tu. Resepi dori masam manis akan di update kemudian. Busy kerja ini tapi sempat lagi update blog.

Jom cuba.

Sekian

Saturday, June 21, 2014

OK BABY Warehouse Sales

Salam,


Sekarang saya dah mula sibuk nak mencari barang baby, walaupun ikutkan belum masa lagi nak membeli barang baby dah kebetulan ada warehouse sales ini so tak salah rasanya nak pergi tengok cuci mata. Jika ada yang berkenan murah baru la membeli. Pergi pun kalau dapat keizinan dari suami dan di temani dia, takkn nak pergi sendiri kang terlebih-lebih pula membeli.

Warehouse Sales akan di adakan di Bandar Bukit Puchong berhampiran Pejabat Pos, terperasan banner ini pun semalam sebab kilang OK Baby ni berhampiran dengan tempat kerja. Tanpa lengah cari dalam internet untuk sahihkan apa yang di lihat oleh mata semalam.

OKBB menjual jenama seperti POCOYO dan Classic Pooh serta jenama OKBB sendiri. Saya ini minat pada pooh comel sangat. Dengan harga yang amat berpatutan serta dengan pelbagai pilihan.


Di banner ini ada di sertakan sekali dengan map untuk ke tempat kejadian nanti. So pada mereka yang sedang mencari jualan gudang dan berhampiran dengan rumah boleh la datang tengok-tengok. Persediaan raya untuk anak-anak atau pun bagi yang sedang menanti kelahiran anak anda.

OKBB ada membuat FB Fans Award Campaign. Mereka memberikan free goddie bags sebanyak 100 setap hari. So caranya mudah sahaja LIKE FB PanPages mereka. Kemudian print coupon mereka. Goodie bags hanya di beri sekiranya pembelian di buat serta tunjukkn coupon anda pada cashier semasa pembayaran di buat. Nah mudah bukan. Untuk ketahui lanjut sila layari FB mereka.

SEKADAR CONTOH, BERMINAT NAK PRINT SILA KE FB OKBB. TERIMA KASIH.


Saya hanya tolong promote bukan bekerja di sini tau kawan-kawan. Jom ramai-ramai serbu ke OKBB jualan gudang minggu hadapan. Tak sabar nak cuci mata dah ni. Selepas ini tunggu jualan gudang dari MY DEAR pula. MY DEAR dekat dengan rumah fuhhh memang syok habis la, untuk anak mama yang bakal lahir apa saja untuk mu sayang.Yang terbaik untuk mu dari mama dan papa. Insyallah.

Sekian

Friday, June 20, 2014

Puding Di Raja dan Jalan-jalan Kuantan Pahang

Salam,

Hari ini saya post dua entri 1 hari, terlebih rajin nak kemaskini blog sendri ini walaupun tahu tak ramai followers.

Sekarang nak tulis kat dalam blog mengenai Puding Di Raja yang pertama kali saya dan suami rasa selama kami ada di muka bumi ini. Kebetulan saya dapat rasa Puding Di Raja ini semasa saya dan suami sekeluarga pergi ke Pahang bandar Kuantan untuk rombongan meminang bagi pihak abang sulung hubby saya.

Kami sekeluarga dan saudara mara yang turut ikuti rombongan meminang ini menginap di Homestay Taman PSJ, Sungai Karang Kuantan yang berhampiran Pantai Batu Hitam. Rumah tumpangan kami memang besar dan dapat memuatkan kami sekeluarga disana. Homestay ini terdapat 4 bilik, 3 di bawah dan 1 di loteng rumah. Mungkin owner rumah telah mengubahsuai rumah berkenaan bagi keselesaan setiap pengunjung.

Oleh kerana sekarang ini musim El Nino so keadaan dalam rumah itu ya allah panas dan berbahang sampai tak boleh tidur. Bilik utama ada air-cond tapi bilik lain ada kipas sahaja yang tersedia, sebelum masuk tidur pasti saya akan mandi dahulu kerana terlalu panas tak dapat nak melelapkan mata.

Saya dan suami memakai pakaian sedondon bewarna biru manakala keluarga dia memakai warna ungu. Nak menghantar rombongan meminang pun siap tema-tema bagai, zaman sekarang. So keberangkatan kami dari Homestay untuk ke rumah keluarga perempuan makan masa hampir 30 minit. Sesampai di sana segala kata cara yang di mulakan adalah ayah mertua saya sendiri ini kerana ramai saudara yang tidak dapat turut hadir kerana terdapat banyak kenduri perlu di utamakan. Al maklumla musim cuti sekolah pasti banyak kenduri yang perlu di hadiri.

Setelah selesai pertunangan antara kedua so ikatan ini mungkin dalam 1 tahun ikatan perjanjian. Ini bermakna tahun hadapan keluarga sebelah hubby dapat menantu perempuan akhir. Waktu itu saya telah pun selamat melahirkan anak sulung kami Insyallah.

Bergambar bersama bakal kakap ipar dan sepupu suami

Semasa kami di sajikan makanan kami telah di sajikan dengan Puding Di Raja sebagai pencuci mulut. Itulah kali pertama saya terjumpa makanan ini, rasa yang memang manis dari pisang salai dan kuah puding serta prune yang di letak sebagai hiasan. Hubby habiskan hingga 5 mangkuk puding ini. Hamboiii sedap sungguh ke sampai 5 dia balun.
Puding Diraja

Menu utama yang di sajikan adalah ikan talapia bakar yang di bela sendiri oleh tuan rumah, bagi saya ia masih lagi hanyir. Saya tak berapa pandai makan ikan sungai, lagikan suami usik pun tidak ikan berkenaan.

Kami pulang setelah tamat segala acara di rumah itu dan saya amat kepenatan, yelah mana kan tidak perjalanan yang jauh buat saya semasa mengandung ni buat saya mudah letih.





Petang itu suami mengajak saya pergi ke Pantai Batu Hitam berhampiran rumah kami, manakala mak dan lain pergi ke Pantai Teluk Cempedak. Ramai pengunjung dari dalam dan juga luar negara yang ada di pantai ini. Kami hanya berehat di sisi pantai sampai minum dan makan bertemankan angin yang mendamaikan.

Kunjungan kami ke sini memang mencipta 1 kenangan buat saya dan hubby, untuk bertandang kembali ke sini masih tidak dapat di pastikan. Di sinila kami menemui makanan baru buat kami berdua, saya memang tak tahu resepi puding ini tak cuba lagi cari dalam internet.



Semasa perjalanan pulang saya sempat memborong keropok ikan, keropok lekor, ikan masin dan sos dari kuantan untuk di bawa pulang bersama. Seronok bershopping banyak-banyak ini.

So pada anda yang tahu resepi boleh la kongsi dengan saya ye.

Sekian

Persediaan Menghadapi Bulan Ramadhan

Salam,

Ramadhan bakal menjelma tak lama saja lagi, perasaan gembira dah mula ada dalam hati. Ini kan pula tahun pertama menyambut Ramadhan bersama suami dan juga anak dalam kandungan. Insyallah dengan izinya tahun depan sambut Ramadhan bersama kehadiran anak.

Bila bulan Ramadhan ini bakal bertamu, bermula pelbagai kenangan yang datang menerjah ingatan kita. Kenangan semasa kanak-kanak adalah satu memori paling indah semasa menyambut ramadhan. Rindu akan memori indah itu, berpuasa bersama mak, abah dan kakak abang. Bermain meriah tanah dan meriam tin, main bunga raya, tolong jahit baju raya yang di tempah orang (tolong mak), tolong buat kuih raya dan tolong kecohkan rumah.

Seronoknya Ramadhan pada zaman itu yang tak akan dapat di ulang lagi. Kini telah meningkat dewasa kita menyambut Ramadhan dengan kesyukuran. Berharap agar saya dapat menjalani ibadah berpuasa penuh pada tahun ini walaupun ada anak dalam kandungan. Moga Allah permudahkan segala urusan saya, suami dan keluarga.

Bila Ramadhan bakal menjelang pasti semua sibuk berkira-kira mengenai persiapan. Bagus sebenarnya buat persiapan awal macam baju, cuti raya, balik kampung belah mana, duit raya, kuih raya, rumah raya, duit minyak raya, duit kek raya, duit lepas raya paling penting.



Persiapan saya Ramadhan kali ini lebih tertumpu pada menjaga kesihatan diri dan baby saya. So mula la jari ini pantas menaip pemakanan ibu mengandung semasa kehamilan. Penting bagi saya untuk ketahui cara pemakanan yang betul untuk saya dapat menjalani ibadah puasa. Tips paling penting adalah pengambilan semasa sahur seeloknya ambil segelas susu dan buahan segar.

Cabaran buat saya yang pertama kali berpuasa berbadan dua. Agak khuatir juga jika banyak hari saya tidak dapat berpuasa. Latihan diri amat penting bagi saya so bermula dari sekarang saya melatih diri untuk mengurangkan minum pada siang hari kerana saya sekarang kerap minum air berbanding dahulu. Terasa dihidrat pula bila tidak dapat minum air siang hari. Bagi saya inilah cabaran paling besar buat saya tapi belum cuba belum tahu. Kerana bila seseorang itu sudah berniat Nawaitu tu Insyallah kita dapat berpuasa dengan izinya.



Bagaimana persiapan anda untuk hadapi Ramadhan kali ini?? Moga semua telah pun bersiapa sedia. Moga kita mendapat keberkatan,pengampunan dan pahala yang banyak pada kali ini.

Thursday, June 19, 2014

Gulsan - Pati Delima dan Khasiatnya

Salam,

Hari ini buka kisah mengenai pati delima, pati atau pun buah yang kita ambil terpulang kepada anda untuk memilihny, tetapi khasiat yang di terima antara dua adalah sama. Sudah lama dok usha pati delima ni tapi tak berkesempatan nak beli. Kebetulan mak mertua pun suruh minum pati delima ni, macam-macam nasihat yang di beri mengenai pati delima ini. Mak mertua saya cadangan ambil brand Gulsan yang berasal dari Turki dan terdetik di hati "ehhh mak macam sama je". Siap bertanya bila nak balik sebab nak bagi pati delima katanya, ohh mak mertua yang super excited terima kasih ambil berat menantu yang tengah mengandung ini. Terharu tetibe.




Ok, now nak cerita khasiat delima. Umum tahu delima banyak khasiat yang terkandung dalamnya. Kepada anda yang tak pernah mencuba boleh la beli pati atau pun buahnya. Buah delima ni harga agak mahal sebenarnya. Di tesco harga sebiji delima hampir mencecah RM6.00, wow boleh dapat sebijik tembikai kan. Tapi fikirkan khasiatnya berbanding harga kira berbaloi untuk kita makan.


Mengikut sejarah, buah delima secara tradisionalnya melambangkan kesuburan. Buah delima ditanam di Mesir sebelum zaman Nabi Musa AS. Ia telah ditemui di lembah Indus pada zaman awal dan terdapat perkataan Sanskrit untuk delima. Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh di nikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda-tanda kekuasananNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah Al An'a, ayat 99 dan ayat 141.

Delima terdapat 3 jenis:

- Delima Putih
- Delima Merah
- Delima Ungu
Delima Putih












Delima mengandungi pelbagai khasiat terutama bagi ibu mengandung, amalkan memakan delima bagus untuk ibu serta anak di kandungan. Tetapi yang tidak mengandung juga bagus di amalkan.

Khasiat delima bagi ibu mengandung ialah :

- Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
- Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusukan
- Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
- Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
- Mencegah rasa mual

Antara khasiat lain delima ialah:

- Melawan penyakit gout
- Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
- Merawat 'sinus'
- Meningkatkan tenaga badan
- Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
- Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
- Menormalkan fungsi hati
- Menstabilkan peredaran darah
- Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur serta sakit gusi
- Mencucu darah kotor
- Antioksida yang tinggi
- Menstabilkan paras kolestrol
- Mencegah penyakit jantung
- Mencegah penyakit barah
- Merangsang tenaga batin
- Menguatkan kesihatan gigi

Itu adalah antara khasiat delima. Saya sejak mengandung memang kerap makan buah delima walaupun harga yang agak tinggi kerana anak dalam kandungan sanggup ku beli. Tapi akhir-akhir ini terfikir nak beli Pati Delima. Memang terdapat pelbagai jenama yang di keluarkan oleh syarikat pengeluar. So terpulang kepada individu untuk membeli Pati Delima yang mana. Antara jenama yang ada di pasaran iailah Gulsan (Turki), Pamoga (Vida Beauty), Yusuf Taiyoob dan lain-lain. Harga antara setiap jenama adalah berbeza ya puan-puan.


Gulsan

Pamoga

YuTa


Saya memilih Pati Delima Gulsan, 1 botol 100ml RM15.00, leh dapat less lagi syiokkkk. Testimoni saya akan update macam mana keadaan saya yang sedang hamil dengan mengamalkan Pati Delima ini. Moga anak dalam kandungan membesar dengan eloknya.

So pada ibu-ibu hamil di luar saya sarankan ambil Pati Delima sebagai ruji pemakanan harian anda. Moga kita bersama peroleh kebaikan yang telah Allah turunkan pada kita untuk di nikmati.

Insyallah.....
Delima Merah

Sekian,


Tuesday, June 17, 2014

Pilihan Raya Dun Parlimen Teluk Intan

Salam,

Lama mendiam diri sebab tak ada mood nak menaip. Sekarang setelah mood kembali mari kita hias blog ni dengan penambahan cerita baru.

Setelah sekian lama tak balik kampung halaman akhirnya dapat juga balik, seronok tak terkata. Tujuan balik ni pun sebab nak mengundi.

Isu pilihan raya di teluk intan memang menjadi isu hangat buat seketika di seluruh negara. Mana tidaknya perlawanan 1 lawan 1 antara BN dan DAP. Agak mengecewakan bila teringat kembali isu DAP iaitu di wakili Dyana Sofea yang dengan lantangnya menolak hudud dan membangikitkan isu UiTM. Haiii Dyana mengapakah kamu begitu? Mungkin ingin memenangi hati pengundi bangsa cina. Stategi yang di mainkan oleh Lim Kit Siang. Tapi ada gak kesian pada Dyana ni asyik di halau sahaja dari mana-mana kampung yang dia pergi, mana kan tidak di halau kalau dah masuk ke Kampung Barisan Nasional. Sempat bertanya kepada sepupu di kampung ada ke Dyana datang ke kampung halaman. Jawapan " hahahaha...berani dia (Dyana) nak masuk kampung kita mau di halaunya " alahai gitu pulak.

Untuk makluman kampung saya ni Pilihan Raya dahulu di menangi oleh BN, itu la jadinya mengapa kalau dia (Dyana) masuk kampung sah di halau.

Sebelum sampai ke kampung kami sempat singgah kenduri kahwin kawan opis hubby di tanjung malim. Sesudah pergi kenduri baru pulang ke kampung. Sampai saja di kampung terus pergi mengundi yang di temani suami tercinta. Dia pula teruja dengan PRK kat kampung saya. Paling tak di sangka saya terlihat bendera PAS berkibar di tepi jalan sekolah tampat membuang undi. Apakah maksud itu? terlihat banting yang di pegang oleh pengikut PAS dan bendera PAS berkibar di pegang mereka. Aikk sejak bila pula PAS tercalon dalam PRK kali ini???? Confius pula mike ni?? Bila di amati muka-muka yang berdiri di tepi jalan sah bukan anak kampung. Sanggup benar mereka berdiri di bawah matahari panas terik dan memegang bendera serta banting walaupun PRK ini dari tempat mereka. Semangat yang boleh di katakan tak bertempat.

Setelah habis melaksanakan tanggungjawab kami ke Dewan UMNO, untuk menuntut sesuatu. Meriah di dewan UMNO kampung saya. Begitu ramai orang yang setia menanti berada di Dewan. Si suami sempat lagi minta baju payung dan juga bendera. Terlihat kelibat abah di dewan, laju datang ke arah saya dan bertanya dah undi belom? hehehe... terus tunjukkan jari yang dah berkaler ni pada dia.

Selesai semua hal di dewan so jom balik rumah. Kebetulan abang saya pun ada balik sekali, al maklum musim cuti sekolah kan. So cuti-cuti balik kampung bawa anak isteri jumpa atuk dan nenek. Sampai je di rumah rasa lega dan lepas rindu nak balik ke kampung. Mungkin terasa sedih semacam bila sampai rumah ni sebab tahun ni raya di belah suami. Walau belom masuk bulan Ramadhan tapi kesedihan sudah terasa di hati.

Kami sekeluarga keluar ke bandar saja cuci mata dan minum petang. Teluk Intan begitu popular dengan makan yang sedap dan harga yang murah. Tetiba mengidam nak makan Mee Jawa Padang Speedy, makanan fav ni...

Malam menjelang dan keputusan di kira di bekas sekolah menengah ku di SMK Abdul Rahman Talib Teluk Intan. Keputusan yang memang tidak di jangka oleh keluarga kami iaitu BN memenangi PRK ini, walaupun sedikit sahaja majoriti yang menang memang tidak di sangka dan di jangka. Jutaan tahniah kepada Mah Siew Keong atas kemenangan anda.

Happy la mak dan abah sebab mereka adalah penyokong tegar BN. Sungguh tidak di sangka keputusan ini, pada Dyana mungkin PRK ini bukan rezeki anda. Cuba lagi pada PRK akan datang mana tahu rezeki anda nanti.

Sapa saya undi? Agak-agak anda yang membaca? Hahahaha.... Undi adalah rahsia saya... Mari la mari pergi mengundi....

Saya sajikan 1 keping gambar saya yang sudah membuang undi.

Better Nation.....
Gemuk sudah, berkilo-kilo naik masa preggy ni... Hahaha... tak pela asal baby sihat.

Sekian.