Tuesday, January 21, 2014

Sakit Penghapus Dosa

Doa Penawar Demam dan Pening

Salam,

Terdetik nak menaip mengenai sakit ni kerana hubby saya agak kerap sakit selama saya mengenali dirinya. Dia semasa berumur 3 tahun telah menghidap paru-paru bernanah dan terpaksa di bedah, oleh kerana itu selepas kejadian hubby kerap demam dan selesama. Perkara paling ketara daya tahan dia tak seperti daya ketahanan diri saya. Walaupun dirinya kerap jatuh sakit tapi saya menerima segala kekurangan dirinya, pro dan kontra.

Pengalam dan dugaan melanda kami 1bulan sebelum kami bernikah apabila hubby tiba-tiba demam panas selama 9hari hingga terpaksa di tahan di hospital. Masa kejadian saya hanya ingat ia demam biasa yang sering dia alami, rupanya demam itu berlarutan hingga ke hari ke 3 dan ini memaksa hubby pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Sebelum habis shift dia jam 12.00 malam dia telah pergi ke Hospital Putrajaya, tapi oleh kerana terlalu ramai pesakit di sana hubby dengan memandu kereta sendiri dalam keadaan pening dan demam panas menuju ke KPMC Puchong. Sampai sahaja di sana dia terus di tahan kerana panas badanya tinggi. Time tu saya kat rumah tidur, dan ketika itu saya menerima panggilan dari KPMC mengatakan hubby saya di tahan di wad. Alhamdulillah waktu getir saat dia demam panas semua berlalu dan saat kami berkahwin dia sihat tapi saya pula alami demam hingga kehilangan suara selama hampir 2 minggu. Ini la dugaan sakit datang tanpa di undang atau di minta. So malam ini dan tika ini, hubby saya sakit setelah dia di rawat di hospital pada bulan 10 tahun sudah. Agak khuatir tika ini andai demam panasnya kembali lagi. Saya sentiasa di sisi dan memerhatikan keadaannya

Kita sebagai umat-Nya harus banyak bersabar ketika menghadapi dugaan yang Allah SWT turunkan pada kita. Terdapat beberapa doa ketika kita sedang sakit yang boleh di amalkan. Insyallah dengan izin-Nya keadaan akan kembali sihat. Moga dengan apa yang saya hendak kongsikan ini dapat membantu anda. Wallahualam.


Doa untuk sembuhkan pening dan demam
بسم الله الر حمن الر حيم, بسم الله الْكَبِيرِ
نَعُوذُ بِاللهِ الْعَظِيْمِ مِنْ شَرِّعَرقٍ نَعَّارٍ وَمِنْ شَرِّحَرِّ النَّارِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Dengan nama Allah yang Maha Besar
kami berlindung dengan Allah dari kejahatan peluh yang mendidihkan darah
dan dari kejahatan kepanasan neraka


Doa selepas makan/minum ubat
اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِى كَفَانَا وَاَرْوَانَا غَيْرَمَكْفِيَ وَلا مَكْفُورِ
Segala puji bagi Allah yang telah memberi kepada kami kecukupan
dan kepuasan yang tidak terabaikan dan tidak tertolak
Doa supaya lekas sembuh
اَسْاَلُ اللهَ الْعَظِيْمَ اَنْ يَشْفِيَنِى شِفَاءً لا يُغَادِرُ سَقَمًا
Aku mohon kepada Allah yang Maha Agung agar menyembuhkanku
benar-benar sembuh yang tidak terabaikan dan tidak tertolak.



Allah menjadikan penyakit dan Allah telah menyediakan penawarnya, berusahalah mencari penawarm iringi dengan doa dan tawakal kepada Allah.

Sekian.

Monday, January 20, 2014

Village View Bandar Baru Bangi

Salam,


Terdetik rasa nak upload entri pasal makan-makan kt luar. Sebenarnya jamuan makan-makan ni dah lama, tapi saja nak upload sebab nk share dan kongsi pengalaman makan di sini, Masa adakan jamuan ini kami pergi seramai 20 orang + kanak-kanak. Ini semua adalah member opis mate lama dulu semasa masih bekerja di UPM serdang.

Aturcara jamuan ini saya yang in charge,  so mahu tak mahu saya mula mencari restoran yang sesuai dan makanan rasa best dan suasana keadaan cantik. Saya memutuskan untuk memilih Village View Restaurant atas faktor yang rasa berbaloi untuk buat jamuan di sini. Saya tak pergi walk in tapi saya awal-awal buat tempahan untuk makan di sini. So saya telah berhubung dengan salah seorang pekerja di situ iaitu Reza. Layanan yang di berikan pada kami saya berpuas hati kerana dia telah memberi cadangan untuk menggunakan konsep per pax berapa RM? kerana lagi mudah pengiraan dan juga pemilihan menu makanan.

Kami mengambil keputusan untuk menerima cadangan dari Reza dengan kos RM25.00 per pax. Ada beberapa pilihan menu makanan yang di cadangankan oleh Reza kepada saya. Sebelum buat keputusan mesti tanya pendapat lain kang ada gak tak mau bayar sebab makanan yang di order tk kena selera. Kes naya la nanti.

Menu yang kami ambil akan anda nampak di dalam gambar yang saya sertakan nanti. So sesiapa berminat nak pergi cuba silakan. Lokasi berhampiran Petronas Persiaran Jaya, Bandar Baru Bangi, ia tidak terlihat dari tepi jalan. Village View ini juga berhampiran dengan Rimba Klasik, Yankies Hut dan juga Soho Seafood.

Saya punya pilihan ialah Tomyam dan Ayam Pandan, luv it so much. So pada mereka yang hunting food and love jalan-jalan cari makan boleh la datang ke sini.



Air terjun dan ikan koi di hadapan restoran
 
Makan time semua serius 
Tempat makan di atas air


Lampu hiasan berhampiran kaunter

Nama bagi mereka yang booking order

Siakap 3 rasa Village View style
 
meja tersiap hidangan
 
Ini la hidangan kami iaitu sotong tepung, tomyam, sup ayam, ikan siakap 3 rasa, kailan masin dan ayam merah

Sekian.

Resepi Donut Simple

Donut Resepi Mak

Salam,

Setelah bergelar isteri membuatkan saya rajin ke dapur dan masak untuk hubby. Kebetulan barang-barang ada di dapur so apa lagi mari mula operasi buat donut resepi mak. Donut resepi mak saya ni tidak menggunakan majerin atau pun butter. Saya akan kongsi resepi mak untuk anda semua kemudian.

Kebiasaan bila dah siap apa yang kita masak then hubby makan mesti kita rasa gembira, tapi lagi rasa gembira bila dia kata " sedap sayang masak " senyum sampi telinga la kita. Syukur alhamdulillah dapat pujian dari hubby. Resepi mak saya ni saya dapat masa zaman remaja lagi belajar sebab saya penggemar donut. Donut ni gebu di dalam dan rangup di luar. Tapi hati-hati jika mencuba, cubaan anda tidak menjadi. Jom kita tengok resepi mak.

Bahan-bahan : Anggaran 10 - 15 biji donut

Tepung Gandum - 3 cawan
Gula - 1 sudu besar
Garam - 1/2 sudu teh
Minyak Masak - 3 sudu besar (perlu di panaskan)
Mauripan - 2 sudu besar
Air - 1 - 1/2 cawan (ikut pada adunan anda)
Telor - 1 biji (letak jika suka) *saya tak letak
Minyak - Secukupnya untuk menggoreng
Gula - Kisar ( beli gula icing )

Cara-cara :

1. Mauripan masukkan di dalam bekas lalu letak sedik air suam ke dalam dan biar hingga ia mengeluarkan buih di permukaan. Tempoh ini dalam jangka masa 10minit.
2. Masukkan tepung dan gula ikut sukatan dalam bekas.
3. Kemudian garam perlu di bancuh bersama air sedikit baru letak dalam tepung.
4. Gaul sekekita adunan ini, baru di letakkan mauripan yang sudah kembang.
5. Panaskan minyak masak seketika. Setelah panas masukkan minyak panas sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
* 6. Masukkan sebiji telur ke dalam adunan dan gaul sebati. ( if tidak menggunakan telur anda boleh skip )
7. Terakhir masukkan air sedikit demi sedikit pada adunan hingga sebati. ( jangan hingga ia terlalu lembik atau keras ).
8. Setelah siap adunan biar seketika selama 20 - 30 minit agar doh anda akan naik.
9. Selepas doh telah kembang naik anda perlu memukul doh anda supaya angin / udara di dalam doh dapat keluar. Uli seketika setelah di pukul.
10. Bentukkan adunan mengikut kreativiti anda.
11. Siap untuk di goreng.
12. Setelah masak golekkan donut pada gula anda.

Tips:

1. Minyak panas perlu la menggunakan minyak yang baru ( bukan minyak yang sudah di guna yerrr). Pastikan minyak anda betul2 panas. Bila di curah minyak panas dalam adunan tepung bila di uli akan bergumpal. Jangan risau anda hanya perlu pecah kan gumpalan tepung itu.
2. Garam mengapa perlu di bancuh dahulu ini kerana jika anda tidak membuat bancuhan garam, garam itu akan ada sebutir di dalam doh anda nanti. Jika di bancuh rasa masin itu akan sebati dalam doh.
3. Pengiraan untuk adunan saya ini anda boleh ubah mengikut kehendak masing-masing. Jika suka masin boleh la lebihkan sukatan ni jika tidak maka sebaliknya.
4. Tips menggoreng donut mudah, pastikan minyak betul2 panas dan selepas donut semua berada dalam kuali maka kecilkan la api agar tidak hitam di luar dan tak masak di dalam.
5. Lebih mudah selepas siap menggoreng anda terus letak pada gula icing supaya mudah ia melekat.

Gambar hiasan, hasil dari tangan saya :
Donut resepi mak
Saya bila buat donut ni tak ada menggunakan acuan yang ada di jual. Guna tangan dan bentuk-bentuk macam cincin taw bola. Bentuk bulat ni senang nak makan. Sekali ngap pun bole suami saya makan.

Jika anda nak tukar dari guna icing sugar kepada lain, anda boleh la buat topping atas dia ikut kehendak masing-masing.

Ada juga orang lain mencuba tapi tidak berjaya buat donut lembut isinya. So harap anda semua berjaya dan selamat mencuba resepi ini.

Sekian.

Sunday, January 19, 2014

Rewang


Rewang jawa kampung selabak style

Umum sekarang ramai tahu maksud rewang. So entri kali ini saya nak kongsi pengalaman suami saya ber'rewang' di kampung saya. Jarang sekali saya dapat lihat hubby saya sibuk di dapur menolong orang. So kebetulan 2 minggu selepas kami berkahwin sepupu lelaki saya pun turut berkahwin pada bulan yang sama.
Alhamdulillah suami dapat tukar shift dengan member so dapat kami pulang ke kampung. Dapat berjumpa sanak saudara kembali.

Rewang ni selalunya bermula 1 hari sebelum majlis. So saya hubby dan keluarga sibuk kan diri untuk turut membantu majlis rewang. Untuk majlis kenduri keesokan hari makanan yang akan di hidangkan kepada para tetamu undangan agak banyak juga menunya. Untuk Mene Utama adalah seperti : Nasi Minyak, Nasi Putih, Ayam Goreng Rempah, Dalca, Rebung Kelapa Masak Santan, Pajeri Nanas dan Daging Kari. Juga Menu manisan mulut adalah seperti Bubur Kacang, Gemblong, Kerepek dan Kuih Muih.

Ini adalah tradisi bagi orang jawa bila mengadakan kenduri pasti banyak sungguh hidangan makan yang di sediakan. Ia sama seperti di majlis rumah kenduri saya, cuma bila kenduri perempuan lagi banyak makan dan hari untuk kendurinya.

Di pagi hari sebelum hari majlis kami dah ke rumah pengantin untuk membantu, saya membantu untuk menyediakan bubur sum sum untuk hidangan petang rewang nanti. Seronok dapat menyediakan makan tradisi. Sedap dan payah untuk di cari di mana-mana tempat. Kebetulan My MOM yang masak bubur ni so opkos la sedap. Bagi hubby dia menolong membuat gemblong. Dia sememangnya tak tahu apa itu gemblong? So selepas bantu dalam proses pembuatan gemblong baru dia faham apa itu sebenarnya gemblong. So ada tak sapa-sapa tahu apa itu gemblong?

Jom cuci mata tengok suami pukul pulut nak buat gemblong ni dan cara-cara membuat gemblong.

Pulut di kukus bersama kelapa


Selepas siap di kukus pulut perlu di pukul hingga lembut, sebab sekarang nak cari lesung kayu yang saiz besar payah so ini la motif lain untuk pukul pulut itu, masuk pulut dalam bekas plastik beras dan pukul guna tebu. Klasik gitu.

Ok sempat hubby post dan di hadapan hubby tu suami sepupu saya
Tapi sedih pic gemblong dah siap letak kat talam terdelete pulak dari hp saya. But its ok if ada lagi kenduri dan ada yang buat gemblong saya akan upload pic gemblong tu.

Now jom lihat saya bantu isi bubur sum sum dalam mangkuk polister nih bersama saudara dan my mom. Happy face and happy famliy.


Isi-isi bubur ni dalam mangkuk cepat sebelum sejuk
Ini la dia hasil bubur sum sum tu. Enak di makan bersama air gula melaka.

Seronok dapat rewang dan jumpa saudara mara yelah masa kita kahwin ni ada rewang just tak dapat la melepak kat dapur bantu itu ini kan.

Saudara mara dan jirang tetangga hadir rewang sesi pagi.


Sup tulang otw

Pergi la rewang jika ada jemputan. Seronok dapat membantu insyallah mereka yang kita bantu akan bantu kita di lain hari kelak.

Sebelum end kan entri ini nak share beberapa gamba masa hari majlis. Ramai yang tanya khabar pada kami dan ada juga wish selamat pengantin baru lagi pada kami dua. So senyum sokmo jela pada mereka. Apa pun Enjoy uolls......

Salam.

Hubby tersayang

Orang lain sibuk tunggu pengantin kami berdua sibuk snap. Orang lain duk perati kami dua wat dunno.

Sista and anak dia
Sekian.