Thursday, July 24, 2014

Kulit Kering Ketika Mengandung di Bulan Puasa (Clinique 3 Step Skin Care)

Salam,

Bulan puasa ini macam-macam dugaan datang. Ni dah nak raya tinggal berapa hari je lagi, kulit muka pula dah macam air kering kontang, rekah dan mengelupas. Arghhhh!!! macam mana ini.. hilang la seri raya nanti sebab muka jadi macam ini.

So dok sibuk cari petua macam-macam untuk mengurangkan kulit muka lagi jadi teruk. Dek kerana berpuasa hampir sebulan kandungan air dalam badan makin berkurangan itu punca mengapa kulit bertambah kering.

Kerana mengelupas kulit di bahagian hidung, kering di tepi mulut dan rekah di atas dahi, saya pun mula buka kotak yang berisi pelbagai jenis makeup, penjagaan muka dan macam-macam. Last terjumpa estee lauder and clinique punya produk. Apa lagi laju terus guna, tapi saya pakai brand clinique, saya pakai yang starter pack sebab yela takut gak kulit tak nak brand mahal kan.

Dalam starter pack ada Liquid Facial Soap, Clarifying Lotion dan Dramatically Different Moisturizing Gel lebih di kenali sebagai 3-Steps Skin Care. So complete set starter untuk di cuba. Saya dapat starter pack ini masa dok jalan-jalan kat shopping mall kat Clinique masa tu dok sibuk tanyakan foundation dan kebetulan dia bagi starter pack, siap dapat tiga lagi. Tak pernah try skin cara brand ni so ambil jela rezeki.

Liquide Facial Soap
Clarifying Lotion

Dramaticlly Different Moisturing Gel

Harga untuk benda ini 1 botol RM 68.00 - RM 82.00. Apa yang saya tunjukkan dalam gambar adalah yang pek besar ada juga yang pek kecil dari ini sebenarnya.

Pengalaman saya pakai Clarifying Lotion ini dia macam pelembab dan bila letak kat kawasan muka, tempat yang rekah dan mengelupas Ya ampummm memang la pedih ya amat. Tapi lepas pakai kulit yang mengelupas dan rekah tu hilang. Selalunya kalau pakai krim pelembap memang susah nak hilang dan after few hours pasti akan ada balik.

So mungkin produk yang mahal ini sesuai untuk kulit saya yang tengah kering. Selalunya kulit saya ni berminyak kat bahagian t shape. Tapi since preggy ni lain pula jadinya.

Ada terbaca di rakan blog kata gunakan Oat, Kulit Telur, Mask Shiseido dan macam-macam lagi. So ikut kemampuan ke kepantasan yang anda nak pilih.

Harap kulit kering ini sempat la hilang sebelum raya nak datang menjelma.

Sekian.






Monday, July 21, 2014

Jawatan Kosong (2014) Ora-Kit Holdings Sdn Bhd

Salam,

Jawatan Kosong di Syarikat Ora-Kit Holdings Sdn Bhd

1. Admin Assistant (Sales Support)
2. Installer ( Kitchen Cabinet)
3. Sales Designer (Outdoor Sales)
4. Indoor Sales 
5. Lorry Driver

Description:

1. Admin Assistant

Job Description
- Prepares monthly sales report, daily sales and sales average monthly.
- Filing all data such as sales invoice, payment and etc.
- Some general admin duties, eg minute taking, audio-typing, booking of travel, expenses, filing and data entry.
- Answering in-bound calls and directing client queries back to the sales team.
- Handling transport requests and progress reporting to ensure orders are delivered on time
-Handling complaints and resolving order discrepancies, ensuring the customer is dealt with positively
- Undertaking ad-hoc duties.

Requirement
- SPM or Certificate on related field.
- Own transport
- At least have 1 year working experience as advantage.
- Computer Literate
- Fresh graduate encourage to apply


2. Installer

Job Description
-  Responsible for transforming a person's kitchen and wardrobe into a visually satisfactory storage area for homeowners.
- You will transform the customer’s job by hanging pre-manufactured cabinets in your customer's home.
Being careful with your materials and being precise are all traits that are very important to being successful.
-  Communication is essential to being successful in cabinet installation. Your customers will tell you exactly
what they want and how they want it..
- It is important to execute their desires as precisely as possible. Typically, kitchen cabinet installers work
with one other person to install the kitchen cabinets.
-  Precision craftsmen that take pride in their work are needed to install according to a detailed task scope,
material list and municipal stamped plans. You must able to pick up and transport job materials,
read and interpret blue prints to hang cabinetry, set fixtures, perform finish crown/paint and haul away job waste.

Requirement
- Own transport
- At least have 1 year working experience as advantage.


3. Sales Designer (Outdoor Sales)

Job Description
- To conduct the sales and promotion of our goods, within and outside the premises of the company.
To assist in sales activity when required.
- To perform any other duties as may be directed by the management from time to time.

Requirement
- SPM or Certificate on related field.
- Own transport
- At least have 1 year working experience as advantage.
- Computer Literate
- Fresh graduate encourage to apply


4. Indoor Sales (Showroom)
- To conduct the sales and promotion of our goods, in premises of the company (Showroom).
To assist in sales activity when required.
- To perform any other duties as may be directed by the management from time to time.

Requirement
- SPM or Certificate on related field.
- Own transport
- At least have 1 year working experience as advantage.
- Computer Literate
- Fresh graduate encourage to apply

Interested please submit your resume to us and your photographed picture and expected salary.

Email : cik.faridah@gmail.com
Contact : 03-8060 0395

Thanks all....

Peyek Raya

Salam,

Minggu lalu saya dan suami pulang ke kampung halaman sebelah saya. Tahun ini tahun pertama beraya bersama suami, ini menyebabkan raya pertama balik ke kampung suami. So sebab itu saya blik kampung ke teluk intan, dapat berbuka dan bersahur bersama mak abah.

Seperti tahun-tahun biasa tiap raya mak mesti buat peyek aka rempeyek aka tempeyak or etc, macam-macam nama gelaran. Selain peyek mak buat kerepek pisang and opkos kek dam. Tapi rasa tahun ini tak buat kerepek pisang sebab pisang agak susah nak cari dan kek dam pula mak tukar kepada kek coklat cheese.

Bila balik kampung happynya rasa teringat zaman dahulu. Dapat tolong mak buat kuih raya dan dapat tngok keliling rumah pasang lampu "sentir" jawa version, pelita sebenarnya. Tiap tahun abah masti pasang lampu pelita. Dulu yang tolong abah saya la siapa lagi nak harap tapi tahun ini suami jadi pengganti.

Selalu mak buat peyek ini lepas sahur. Tahun ini mak buat 1 kilo tepung je sebab mak kata "ala banyak-banyak pun kuih lain ada" ikut mak la kita tolong je. Bermula menggoreng sesudah subuh hingga 9.00 pagi if gune 2 kilo tepung sampai jam 11.00 le gaya.

Style mak ini buat peyek guna 2 kuali dan mak tak gune acuan pun. Masa mak larat dulu kami berniaga peyek ini. Jual pada kawan opis saya, tu pun bukan niat jual, kebetulan time raya saya bawa peyek bagi kawan rasa tup tap dorang semua nak menempah, bukan peyek je ada yang menempah sambal pecel sekali. Laku dan tak cukup tangan mak nk buat semua tempahan. Tapi sekarang mak dah tak ambil lagi tempahan.


Ni proses pertama... Letak dulu adunan dalam kuali leper... Angkat letak ke kuali berisi minyak penuh.

Ni proses kedua, dari kuali leper ke dalam kuali ini. Goreng hingga kekuningan.


Peyek versi mak saya

Dapat 1 balang besar dan ada lebih saya tapau nak bagi mak mentua.
Tapi sampai sekarang masih ada customer bertanyakan peyek ini masih jual atau tidak. Alahai kesian pada customer yang minat sangat kt peyek. Insyallah tahun hadapan saya jual semula ya. So tunggu tahun depan my regular customer.

Alamak bila tengok sekarang godaan pula. Time bebuka tak pula nak merasa. Sabar iman ku.

Sekian.

Friday, July 18, 2014

Karipap Keledek

Salam,

Hari ini nak berkongsi resepi Karipap inti Keledek merah. Dah alang-alang ada keledek so hentam buat karipap dan lagi pun teringin pula nk buat sendiri.

Resepi saya mudah je:

Bahan Inti
- Keledek (nk guna lain pun boleh)
- Serbuk kari
- Bawang Merah (Racik)
- Bawang Putih (Racik)
- Ikan bilis (Tumbuk)
- Udang kering
- Serbuk perasa

Cara
- Kupas dulu keledek dan potong dadu kecil
- Masukkan bawang, kacau seketika dan masukkan ikan bilis yang di tumbuk dan udang kering. Masak sebentar.
- Masukkan serbuk kari, gaul rata kemudian masukkan keledek serta letakkan air hingga keledek tenggelam.
- Reneh hingga keledek empuk dan perasakan.


Begini la hasil setelah siap. Huhu dah buat baru nk snap pic.

Bahan Adunan Karipap
- Tepung Gandunm (3cawan)
- Minyak masak (3sudu)
- Garam dan gula (secukup rasa)
- Air Bancuhan (setengah cawan)

Cara
- Garam dan gula di larutkan dalam air (mudah nak uli tak ada ketul-ketul nanti dalam tepung)
- Letakkan minyak panas dalam tepung dan letakkan air garam dan gula.
- Gaul rata hingga sebati kemudian masukkan air sedikit demi sedikit.

Optional
Telur 1 biji (saya tak letak)
Marjerin (Ganti Minyak Panas)

Cara Buat Karipap.
-Biar doh dan inti seketika.

Begini lepas doh siap di uli dan biar seketika
- Bulatkkan kecil doh dan leperkan doh.

Lebih kurang jela bulatan yang saya buat.
- Letakkan inti di tengah dan tutupkan inti tu dan mula buat klim tepi karipap. If tak pandai nk buat klim guna acuan yang ada di jual, mudah dan cepat.

Ni cara klim. 
- Klim tepi cara dia, di tepi tu leperkan sedikit adunan tu, then tekan gune ibu jari di tepi tu dan tolak ke dalam. (tak pasti macam mana. nanti free sy buat tutorial macam mn nk buat klim)

- Habiskan adunan semua dan siap untuk di goreng. 


Siap, gemuk-gemuk kita buat.
Jimat dan senang. Siap boleh simpan as Frozen Food lagi. Bila-bila masa je boleh di goreng dan makan. Selamat mencuba.

Sekian.


Thursday, July 17, 2014

Berpuasa ketika mengandung

Salam,

Alhamdulillah lagi 1 hari kandungan saya masuk 6 bulan. Selama pemeriksaan di Klinik Suraya kandungan saya menunjukkan bahawa segalanya lancar. Pemeriksaan darah, air kencing hingga ke scan baby semuanya ok. Apa yang menjadi kerisauan saya bila ini pengalaman pertama mengandung dan perlu berpuasa. Mesti fikir macam-macam. Tapi kita harus berfikiran positif, insayallah segalanya boleh di lakukan.

Jika mengandung di termister pertama kebarangkalian anda nak berpuasa agak susah sebab dengan loya,sakit kepala dan macam-macam lagi alahan yang ada so di galakkan jika tak larat dan khuatir anak anda juga akan terjejas kesihatan tak payah la puasa. Tapi macam saya ni dah masuk termister kedua alhamdulillah alahan semua tu dah tak ada, dapat la saya berpuasa dan insyallah dapat puasa penuh.

Jika kita sedang berpuasa dan mendapati anak anda kurang bergerak so anda kena berjaga-jaga, anda dalam keadaan bahaya. Better pergi berjumpa doktor anda dan lakukan pemeriksaan takut anak anda kurang sesuatu di dalam. Tapi jika anak anda bergerak aktif di dalam, ini bermakna dia sihat sentiasa.

Nasihat saya bulan puasa anda scan kandungan anda untuk memastikan air ketumban ada dalam keadaan elok supaya anak anda dapat air yang secukupnya. Jika air ketumban anda kurang bahaya untuk anak anda di dalam. Di galakkan pergi ke hospital dan dapatkan rawatan yang selanjutnya.

Dari segi pemakanan semasa berpuasa ini mengikut cara saya, saya lebihkan makan buah, protein, karbohaidrat, dan banyakkan minum. Jadual harian pemakanan saya:

1. Daging (ayam/daging)
2. Ikan
3. Tenusu (Susu segar/Bijirin)
4. Buah segar
5. Kurma
6. Air masak

Selain itu saya ambil pati delima. So pada yang ambil suplimnet lain tu tak ada masalah sebenarnya. Ikut kemampuan dan keinginan anda. Yang penting air masak tu kena minum banyak tapi sebelum tidur. Kang minum masa nak tidur bergelen susah plak asyik bangun dan nak ke tandas je. Payah pula nanti tak cukup rehat dan tidur. Seeloknya anda tidak di galakkan skip bersahur cukup sekadar makan buah, kurma dan minum susu.

Moga ibu yang mengandung akan sentiasa sihat dan kandungan selamat semasa puasa bulan ini. Selamat berpuasa semua.

Sekian.



Friday, July 11, 2014

Temuduga SPA Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) W17

Salam,

Hari ini saya nak kongsi pengalaman temuduga untuk jawatan W17. Sebenarnya baru semalam saya interview, baru hari ini nak cerita pengalaman saya. Saya terima surat dari SPA bulan lepas itu pun sampai di kampung sebab saya letak alamat kampung. Waktu itu ramai kawan-kawan maklum di FB dorang dapat tawaran temuduga W17, kecewa juga la sebab saya ini tak pernah pun dapat tawaran temuduga dari SPA. Bukan rezeki yang itu saya fikirkan dan tanam dalam hati, tup tap mak call bagi tau saya dapat tawaran temuduga untuk W17. Terkejut dan teruja juga la, saya fikir rezeki anak saya, saya dapat panggilan ni.

Saya dapat hint dari kawan baik saya yang telah pun selamat temuduga Isnin lalu. Dia ada beritahu apa soalan yang panel temuduga tanyakan pada dia. So kebetulan saya memang study bab yang di ajukan panel temuduga.

Tapi saya tak prepare hebat mana pun baca ala kadar je dan tengok-tengok apa yang patut. Baca sekejap pup sok lupa. Ok soklan biasa yang akan di tanyakan oleh panel untuk jawatan W17 ini seperti:

1. Perkenalkan diri secara ringkas,
- Nama
- Umur
- Asal
-Tinggal
- Kerja/tidak? Nyatakan
- Bagitahu nama syarikat (Jika kerja)
- Pendidikan awal
- Sambung belajar

2. Tugas kerja anda sekarang?
- So ini soklan yang senang nak jawab sebab kerja anda kan so anda mesti hebat dan tahu apa tugas kerja anda di syarikat anda bekerja.

3. Bertanya mengenai pekeliling perbendaharaan.
- Yang ini trick sikit. Ada panel tanya dasar umur mengenai pekeliling dan ada yang bertanya pekeliling perbendaharaan melibatkan skop kerja W17. So anda di galakkan tahu serba sedikit mengenai pekeliling perbendaharaan ini.

4. Integeriti
- Maksud integriti?
Individu
-Jati diri atau lebih bermaksud amanah, jujur;
Organisasi
- Perlaksanaan kod etika, piagam pelanggan sistem dan proses kerja serta pematuhan amalan terbaik. Kod etika ditegaskan, diulangi dan di hayati oleh anggota organisasi sehingga menjadi kebiasaan dan budaya.
Tekad Integriti
- Memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa.
* Dasaranya andai anda faham akan maksud integriti anda sudah boleh jelaskan guna bahasa anda sendiri.

5.KPI
Key Performance Indikator (English)
Indeks Prestasi Utama (Malay)
- Mengukur sejauh mana keberkesanan sesebuah organisasi atau indivivu dalam menyempurnakan dan melaksanakan tugas matlamat serta objektif yang di beri
* Ikut pada pemahaman ia adalah menunjukkan tahap prestasi anda dalam melaksanakan kerja harian anda adakah mencapai tahap yang organisai anda dah tetapkan?

6. Menteri
- Anda kena tahu nama-nama menteri kabinet, menteri jabatan yang anda temuduga, nama Agong.

7. Bidang tugas jawatan anda
- Yang ini anda boleh lihat di dalam website http://www.spa.gov.my/Portal/

8. Gaji minimum dan maksimum jawatan di pohon 
* Yang ini kebarangkalian sahaja. Tapi ada yang di tanya.

9. Belanjawan
- Ikut pada tahun bila anda di temuduga.
- Tema belanjawan tahun berkenaan
- Intipati belanjawan

10.Visi, Misi dan Objektif Jabatan
- Boleh tengok website http://www.treasury.gov.my/

11.Kelebihan kerajaan?
- BRIM - Bantuan Rakyat 1 Malaysia
- Pr1ma - Perumahan mampu milik http://www.pr1ma.my/?lang=bm
- Kedai rakyat 1M
* dll lagi anda boleh cari dalam tenet.

12. Kekuatan Diri/ Kelebihan diri anda?
* Soalan trick sebenarnya. Panel nak lihat sejauh mana minat anda ingin jawatan di pohon? Jawab dengan bijak.
- Fokus
- Kerja berpasukan
-Bijak uruskan masa
* Huraikan lebih mendalam mengikut kesesuaian diri anda.

Ini antara yang hint di beri oleh kawan saya semasa dia di temuduga oleh panel. Banyak soalan yang di tanyakan pada beliau kan.

Tapi.......... soalan saya pula lain. Saya temuduga di SPA, kawan saya di KL so setiap penemuduga adalah berbeza. Rezeki anda jika apa yang anda sudah hafal panel bertanyakan pada anda. Bonus tu....

Saya di temuduga pada 10.7.2014 di SPA. Waktu itu hujan dengan tiba-tiba, dengan kawasan yang agak susah untuk mencari parkir kenderaan. Rezeki baik dapat parking dekat dengan pintu masuk pejabat. Jalan dalam hujan bersama payung percuma biru saya.

Saya sampi awal dlm 10.30pagi iaitu 1jam sebelum masa saya. Anda semua di galakkan datang awal semasa temuduga. Sampai di bilik temuduga anda akan di bantu oleh pekerja untuk semak semula sijil dan surat anda dan kemudian di beri nombor giliran.

Dan tiba nombor giliran di panggil sila la menuju ke bilik dengan debaran, tenangkan jiwa dan muka anda. Ketuk pintu berikan salam pada panel. Serahkan sijil pada panel dan duduk dengan di ucapkan terima kasih pada panel. Duduk kena tegak taw jangan senget2.

Soklan pertama:

1. Perkenalkan diri secara ringkas.
bla...blaaa...blaaa (macam di atas)
* Saya ada mention saya akan menimang cahaya mata pada bulan 11. Ini kerana mana la tahu saya dapat kerja tapi kena lapor diri time pantang kan payah. Baik mengaku je awak ni mengandung.

2. Berapa kali anda di panggil temuduga SPA?
* Ada yang pernah di panggil 11 kali temuduga tapi rezeki tiada so di sini panel akan mainkan peranan kenapa beliau masih tidak dapat menyandang jawatan itu. Saya pertama kali so selamat.

3. Ceritakan skop kerja awak sekarang.
blaaa...blaaa..bla...

4. Mengikut dasar Pekeliling Perbendaharaan ada mengenai Aset Kerajaan. Apa yang anda faham akan Aset Kerjaan dan bagaimana Prosesnya?
- Wow tergamam seketika. Nasib ada pengalaman buat aset dan pelupusan dulu masa kerja UPM. So aplikasikan la apa yang pernah kita lakukan dengan soalan panel. Alhamdullillah dapat jawab walaupun saya tak confident 100% jawapan saya itu.

5. Jawatan W17 ini kekosongan seluruh negara sanggup di tempatkan di seluruh negara dan tak terkecuali Sabah dan Sarawak. Bagaimana dengan suami dan anak awak nanti?
* Jeng jeng jeng soklan trick ini nak tengok cara kita jawab macam mana. Selalu orang jawap sanggup. Saya jawab lain sikit.
- Kakak ipar saya di tempatkan di Sarawak dan beliau baru berkahwin dan saya lihat tiada masalah bagi dia mahupun suami. So ia bukan satu alasan untuk berkata tidak tetapi kita harus mencari jalan bersama suami dan fikirkan anak bagaimana hendak menerima situasi seperti itu kelak.
* Jawapan mudah YA tapi saya tambah ayat bunga. Hahahahaa....

6. Pemohonan jawatan ini beribu-ribu. Apa kelebihan anda yang boleh kami pertimbangakan untuk menerima anda galas jawatan ini?
* Jual diri? Seberarnya anda hanya perlu bagi ayat yang umpph supaya mereka tertarik. Saya time ni saya dah gugup dan blurrr tak taw nak kata apa.
- Fokus buat kerja. (Ini je saya jawab)

7. Lihat dari transkipsi anda adakah anda rasa anda layak di beri jawatan ini?
* Soalan macam tak nak je pada kita. Down je rasa, tapi saya jawab jela mana saya mampu dan terangkan mengapa anda layak.

8. Anda bergiat aktif dalam sukan?
* Lihat pada resume menang banyak saya mention tentang keaktifan saya dalam bidang sukan. Bila saya terangkan saya aktif dalam sukan badminton dan pancapaian tertinggi saya adalah mewakili Perak. Seolah panel tak percaya. Nasib ada sijil sebagai bukti baru dia angguk. (Sedih seketika). Macam-macam di tanya pasal sukan ini pada saya seolah nak tengok sejauh mana pencapaian saya. Lihat la bukti di sijil.

9. Ibu ayah masih ada lagi? Sekrang menetap di mana? Adik beradik berapa orang?
* Menjawap soalan saya lihat di menulis di atas resume. Terfikir sejenak dalam resume perlukan letak semua itu sedangkan dia hanya minta letak nama, sumbangan, pencapaian pembelajran, IC no dan alamat.

10. Itu sahaja terima kasih sudi hadir temuduga,
- Terima kasih kembali dan sudi menemuduga saya.

Ini adalah soalan yang di tanya pada saya semalam. Haihhh tak ada pun semua-semua benda yang kawan saya kena soal di soal pada saya. So setiap kali temuduga soalan akan berbeza. So bagi saya siap sedia untuk jawapan mengenai diri sendiri. Bila tak ckup sedia maka akan tergagap-gagap dan jawapan anda akan jadi merapu nanti.

Pada mereka yang akan di temuduga selamat maju jaya. Moga peroleh rezeki kali ini kalian. Ini saja dapat di kongsikan. Terima kasih sudi membaca.

Sekian.

Tuesday, July 8, 2014

Hilangkan Kesan Karat Pada Baju

Salam,

Alhamdulillah dapat juga update blog, so kali ini saya nak kongsi petua hilangkan kesan karat pada baju anda.

Sebenarnya saya sendiri pernah kena pada baju saya, yang stressnya kena kat baju company.. ayoyo acane ni???? so alhamdulillah dapat petua nak hilangkan kesan karat. Macam mana kesan karat yang melekat pada baju kaler putih saya? Air di kediam rumah kadang-kadang dari jernih boleh bertukar pada warna kuning karat. So semasa mencuci baju dalam mesin memang tak perasan bila air tu tukar ke kaler karat. Sudah ku bilang pada suami ku tapi sehingga kini tak berkesempatan nak letak filter kat paip depan pintu rumah.

So dari kaler putih ada la tompok-tompok kaler kuning karat kat baju. So petua yang nak kongsi mudah je.

Bahan:

Limau Nipis
Limau Kasturi
Garam
Sabun
Air

Cara:

Perah limau dalam bekas.
Air perahan letak sedikit garam
Ambil baju yang ada kesan karat dan letakkan air perahan itu pada kesan karat.
Biar sebentar selama 5 minit
Setelah itu ambil sabun pencuci baju lumur pada bahagian itu dan berus baju hingga bersih dan hilang warna karat.
Taraaaaaaaa terbukti hilang.


Saya dah mencuba dan terbukti hilang. Syukur alhamdulillah hilang jugak, if kesan karat anda tu terlalu kuat sila la ulang hingga hilang.

Selamat mencuba.

Sekian.