Tuesday, September 30, 2014

Daftar Bersalin di Hospital Putrajaya dan GL dari PMCare.

Salam,

Rasa berkurun tak update blog, rasa kemalasan nak menghadap laptop ini menjadi satu masalah besar untuk saya. Nasib baik kerajinan masak dan mengemas masih ada kalau tak larilah suami kita.

Alhamdulillah kandungan saya dah nak masuk 35 minggu esok. Keterujaan makin terasa dan makin tak sabar nak tunggu kehadiran baby.

Saya dah suami putuskan nak bersalin di Hospital Putrajaya sebab berhampiran di rumah dan opis dia. Tapi banyak juga terbaca entri dari blogger lain mengatakan mengenai Hospital Putrajaya ini, Kebarangkalian di tolak ke hospital lain amat tinggi. Al maklumla ramai pesakit di hopsital so di sebabkan itu Hospital Putrajaya terpaksa menolak pesakit yang datang. Jika tuah dan rezeki anda insyallah dapat juga bersalin di situ.

So saya dan suami pun hanya berserah pada Allah ada rezeki kami ada la nanti di Hospital Putrajaya ni, pendekkan cerita saya daftar bersalin di Hospital Putrajaya ini semasa kandungan saya 33minggu. Saya pergi pada hari Jumaat sebab doktor Gynea saya beritahu yang pendaftaran di Hospital Putrajaya ini hanya pada Isnin dan Jumaat sahaja. So selepas saya terima surat dari Doktor saya, saya dan suami pun pergi la ke Hospital Putrajaya. Ingat ye puan-puan bila nak daftar ini ada benda kena bawa seperti

i. Surat Rujukan (Dari Doktor anda)
ii. Buku Pink
iii. IC
iv. Kena ingat no IC suami (Bawa je suami ikut sekali senang)

Ok, pada anda yang buat pemeriksaan di Klinik sekitar Putrajaya, anda tidak perlu pun daftar di Hospital. Just bila dah nak bersalin anda terus je pergi Emergency dan tunjuk Buku Pink tu. Tapi pada yang bukan buat pemeriksaan di situ seelokknya pergi la daftar. If tak daftar rasanya boleh je kot nak bersalin di Hospital Putrajaya ini. Tak sure pula pasal ini kena tanya pihak Hospital takut bagi salah informasi.

Ok macam mana nak daftar saya kongsikan macam mana. Mula-mula perlu pergi ambil no dan tekan C if tak salah atau button nombor 3. Dalam 10minit nombor anda telah di panggil (cepat mungkin sebab tak ramai time saya datang tu). Time ini suami tengah cari parking lagi dia suh saya pergi dulu daftar. Jumpa orang di kaunter bagi Buku Pink dan Surat dari Klinik dan dia cakap nak daftar bersalin kat sini. So dia pun akan tekan-tekan keyboard masukkan data anda, so sambil-sambil tu anda boleh bertanya soalan apa sahaja berkaitan proses bersalin nanti.

Saya bertanya mengenai GL suami saya, dia bukan kerja dengan Kerajaan so kena la bertanya macam mana kan, kang nak bersalin dah payah pula nanti kalau tak taw pasal GL. Kepada mereka yang kerja Kerajaan perkhidamatan secara Online telah di sediakan untuk memudahkan anda. Kepada yang ada GL dari syarikat masing-masing anda harus sahkan cara pembayaran ke Hospital bagaimana. Sebab saya di beritahu bahawa ada GL dari syarikat yang memerlukan pesakit yang membuat pembayaran dahulu baru anda boleh claim pada syarikat GL anda.

Ok sini saya nak cerita GL dari PMCare (Telekom Malaysia). Saya di bertahu seeloknya kita minta pada HR di tempat kerja untuk uruskan GL bersalin nanti bagi memudahkan urusan. Bila dah borak-borak akhirnya saya di beritahu bahawa walaupun kita datang bawa surat GL pihak Hospital tidak akan lihat dahulu pun surat GL kita tu. Pihak Hospital akan tengok bila kita sudah selamat bersalin, sebab dorang nak tetapkan anda layak duduk di bilik mana. Pengetahuan anda, pihak hospital tidak akan menelefon PMCare bagi pihak anda, sebaliknya suami anda kena telefon sendiri pihak PMCare untuk mereka fakskan surat GL kepada pihak hospital.

Surat GL ada tamat tempoh ye untuk pengetahuan anda semua. So better jangan ambil surat GL awal sangat. Ok tamat cerita pasal GL, sekarang kita cite bab seterusnya selepas nama anda telah di daftar ke data Hospital.

Selepas daftar anda perlu ke Bahagian Gynea, macam mana nak tau mana bahagian Kaunter tu, sambil jalan di situ anda pasti nampak ramai perempuan mengandung tengah duduk di kerusi berhampiran kaunter. Sah-sah la situ kaunter yang perlu anda pergi, sampai di kaunter tu anda letak je Buku Pink anda dalam bakul yang tersedia dan Nurse bertugas akan ambil dan keyin lagi apatah dalam database mereka.

Kemudian nama anda di panggil dan di beri penerangan, bahawa "puan hanya daftar dan bukan datang booking bersalin di sini, jika tiada kekosongan mungkin puan akan di minta pergi ke hopsital lain" "selepas ini puan buat pemeriksaan di tempat yang puan pergi sekarang ye" "terima kasih puan". Ringkas dan padat, awal-awal dah di kabo yang mungkin kita tak dapat bersalin di Hopsital ini.

So dah boleh balik..... Terfikir juga kalau la katil penuh kena hantar ke Hospital lain, aduhai lah Ada rezeki anak ada la kan. Moga-moga dipermudahkan segala urusan nanti. So moga perkongsian yang agak panjang ini dapat beri manfaat pada anda semua.

Wednesday, September 10, 2014

Minum Air Gula Ketika Mengandung

Salam,

Hari ini nak kongsi pengalaman saya pagi tadi minum air gula. Sepatutnya saya tidak perlu minum air gula tapi sebab saya memilih nak bersalin di hospital kerajaan doktor saya minta saya minum air gula.

Sebelum nak minum air gula kita kena makan atau minum last pukul 10.00 malam. If dahaga nak  minum air masak boleh. Yang kelaka doktor tak ada pesan pula macam tu pada saya, just cakap before nak minum air gula siang tu kena puasa jangan makan apa2.

Bila datang daftar kat Klinik dan bagi tahu yang saya nak minum air gula dorang tanya puasa dan last makan pukul berapa. Risau dorang sebab dalam kul 12.00tghmalam saya minum air milo, huahuahua.... tapi doktor saya kata boleh je.

So saya duduk dan tunggu nama di panggil sambil baca surat khabar. Last nama di panggil masuk jumpa doktor. Doktor ambil sample darah sikit di hujung jari dan suruh minum air gula. Air gula di bancuh dengan air sejukdan besar gelas air teh tarik besar satu. Saya siap tanya lagi ni gula apa? dorang cakap gula halus and ayo kosong je. Saya minum seteguk hmmmm rase ayo gula biassa. Dengan slumber saya abihkan 1 cawan dalam masa bawah 5minit sahaja. Wow ia rasa ok je tak la rassa loya nak muntah or what so ever. Pekerja klinik naik heran dengan sssaya sebab minum air gula tu slumber dan cepat.

Habis minum saya balik rumah sebab dalam masa 2jam saya kena datang balik klinik untuk ambil lagi darah. Cukup masa 2jam datang semula klinik dan cucuk lagi hujung jari. Kemudian saya minta doktor buat surat untuk saya daftaar ke Hospital untuk bersalin.

So pada anda yang mungkin akan kena minum air gula jangan risau ia tidak seperti minum air garam. Rasa dia ok je untuk saya la. Lain orang lain cara tak gitu. Demi anak ku apa-apa pun boleh, last hari ini tak masuk kerja. No mood nak kerja la minggu ni kenapa la......

Esok kerja, jangan malas-malas kerja. Kerja ibadah siap tapak ada pahalanya. Tapi suami ku besok cuti seudah. So till we meet again...

Sekian

Monday, September 8, 2014

Majlis Doa Kesyukuran, Bacaan Yasin dan Tahlil (Syukur dapat 2 cucu)

Salam,

Sudah 1minggu lebih Kenduri di kampung telah berlalu, baru sekarang nak update sebab tengah berkira-kira nak reka ayat. Kenduri yang berlangsung alhamdulillah ramai juga yang datang. Syukur pada illahi dapat juga berkumpul bersama untuk menjayakan kenduri ini.

Menu untuk kenduri ni mak yang pilih ikut kehendak akak ku, haihhh kite ini teringin nak makan lain tapi mak nak ikut tekak akak ku yang tengah pregnant so kita folo on jela, saya kan adik. (",)

Kami balik ari sabtu petang, sebab suami ini punyai masalah nak meninggalkan PS3 dia. Sesampai kami di kampung kami berehat, kepenatan saya duduk lelama dalam kereta. Menjelang hari ahad kami sekeluarga dapat bekumpul bersama. Paling best breakfast ubi rebus bersama sambal ikan bilis dan nasi goreng. Memang syok dapat makan ubi rebus dengan sambal ikan bilis lagi-lagi mak yang masak.

Petangnya saya menemani mak dan abah ke giant beli ayam untuk di masak. Suami dan adik beradik lain pergi keluar untuk minum petang. Boleh kan suami dan isteri bergerak berasingan. Saya siap teman mak petik daun ubi kayu lagi, masuk kebun dan shopping barang untuk kenduri besok. Perghhh balik-balik kaki krem sebab terlalu lama berdiri dan berjalan. Sebelum pergi beli barang saya pergi kenduri akikah anak kawan. Lama tak berjumpa dia last jumpa sekolah rendah sampai la ni. Apa pun alhamdulillah dah 2 orang anak dia sepasang dapat, laju je dia.

Malam sebelum kenduri kami sekeluarga sibuk mengupas bawang,kopek kentang,siang udang,goreng ayam, asingkan daun ubi dari batangnya, dan lain-lain. Seronok dapat rewang antara adik beradik dan bersama anak buah. Saya pukul 11 dah masuk tidur kerana kaki ku yang terlalu sakit berdenyut.

Terjaga dari lena terdengar mak blender bawang dan lain-lain, tapi dalam hati rasa seperti tak puas lagi tidur. Ketika bangun baru sedar yang mak dah bangun kul 4 pagi gara-gara tak dapat lena tidur sebab batuk. Kesian mak tak dapat tidur dan sorang-sorang kat dapat tengah masak breakfast bihun goreng untuk tetamu yang akan datang kul 8.00 lebih nanti.

Kenduri kali ini saya tak masak, hanya bantu buat kerja lain. Paling best mak cik ku akan menghantar apam manis dan pau. Kebetulan mak buat kuah durian perghh memang mabeles la breakfast pagi tu. Menu untuk breakfast adalah Bihun Goreng, Karipap, Pulut Panggang, Apam Manis kuah durian dan Pau.

Sebenarnya mak memanggil 2 kumpulan iaitu kumpulan wanita bacaan Yassin dan Kumpulan lelaki untuk tahlil. Kumpulan wanita datang waktu pagi dan lelaki datang waktu tengahari. Usai saya sibuk menyiapkan diri sebelum kumpulan wanita datang, sedara mara datang untuk membantu. Tetapi kebanyakkannya semua hidangan telah siap di masak oleh mak dan kakak sulung ku.

Menu untuk tengahari adalah Ayam Kicap,Ikan Rebus Goreng, Kari Udang, Keluban (Kerabu) dan telur rebus. Yang specialnya kami buat makan dalam dulang, aka bancaan/berokohan. Seronok makan dalam Ambeng sama-sama. Selain nasi ambeng akak saya ada buat jajan pasan aka Jajan yang letak dalam talam, ini tradisi orang jawa. Kalau lain tak tahu pula ada buat atau tidak.

Anak buah ku bersama my hubby yang senyum haihh tah apa tah

Lihatlah diriku yang bambam dan anak buah ku yang sudah besar belaka

Time ini ramai sudah tetamu yang hadir sempat juga kami bergambar depan rumah. Huhuhu sebelum bermula mari selfie ye anak-anak perempuan ku.


Kumpulan wanita yang sedang bersarapan


Jemput-jemput makan dulu

 Sambil mereka bersarapan akak saya dah pun keluarkan jajan pasarnya di depan, yang membalunnya anak buah ku dahulu sebab budak-budak tak ramai lagi time ini datang. Habis separuh kat mereka sahaja. Huhuhu seronok la tu 1 talam jajan depan mata ye.


Pilih nak mana jajan yang suka

Bila sahaja bacaan yassin bermula bermula la doa untuk anak ku dan anak akak ku agar selamat keduanya bila bersalin dan sempurna sifatnya. Ammminnn..... Insyallah sempurna dan selamat kami berdua.

Yang ada daun pisang tu la Nasi dalam talam

Bismillah

1 talam boleh makan 5 orang


Pic macam mana di susun alamak lupa pulak nak ambil. Yang kami buat ini lebih kepada Bancaan yang di panggil sebab kena ada keluban, if nasi ambeng nasi kena letak dalam besen dan di tekup atas talam lauk perlu ada serunding,mee goreng, ayam atau ikan masak kicap. Jangan terkonpius pula ye
Jawa banyak versi makan-makan gini, seronokkan jika kita masih lagi buat benda-benda yang hampir nak pupus zaman.

Kumpulan lelaki mereka hanya makan buffet sebab dorang makan kat khemah luar, hanya kumpulan wanita yang baca Yassin di dalam rumah. Apa pun segalanya berjalan lancar. Adik beradik pun dah kepenatan mebanting tulang termasuk suami yang selama ini tak pernah buat kerja berat macam ni dari malam hingga ke siangnya.

Jelang petang semua adik beradik menuju destinasi ke rumah masing-masing, al maklumla selasa anak-anak sekolah. Saya dan suami pula selasa bercuti tetapi suami dah ajak pulang dari petang tapi saya menolak dan ajak balik malam sebab nak jumpa anak sepupu yang lahir pada hari merdeka. Balik kampung penuh dengan jumpa baby je tapi semua baby girl, anak dalam ini je boboy.

Apa pun dapat lepas rindu pada mak, abah dan kampung. Insyallah bulan 11 balik kampung lama sebab berpantang di sana. Huhuhu....

Ok la semoga bertemu lagi besok, saya dah sampai masa nak menutupkan mata kerana kepenatan bekerja siang hari.

Sekian.

Sunday, September 7, 2014

Dinner di Restoran Haji Sharin Low Cyberjaya (Chinese Muslim)

Salam,

Weekend adalah hari yang seronok, kebetulan suami tak bekerja hari ini sebab kawan dia ganti slot dia, tapi suami akan ganti slot kawan dia next week pula. Apa pun as long weekend my hubby with me and im feel so happy. Tengah ari just masak masakan simple, chicken wing with salad and mayonis sos and my hubby makan pizza (mat salleh sangat).

Dah alang-alang hujung minggu dan suami pula cuti, suami pun ajak pergi dating petang ini. Selalunya kalau kami dating memang tak ada tempat lain Cyberjaya la tempat destinasi yang di tuju. Kami menghala ke Taman Tasik Cyberjaya, perghhhh memang ramai la umat di sini petang tadi. Masing-masing datang bersama keluarga sambil cuci mata dengan pemandangan yang cukup indah sekali di tasik.

Kebetulan pula kami di sini bertembung dengan kakak ku, sah mesti bawa aiman (anak akak) pergi main di taman permainan. Sambil borak-borak suami memasing sibuk membeli aiskrim untuk kami. Tapi tak lepak lama pun sebab kami nak menuju ke bank dan tempat lain. Syoknya panas-panas dapat makan aiskrim.

Muka puas hati dapat makan aiskrim

Tetiba pula saya mengidam kek Secret Recipe (SR) dan makan masak cina muslim. Kebetulan area cyberjaya ada kedua-dua tempat ini dekat area Restoran Saba yang famous amous tu.

Nak pergi shopping mall tak buka lagi. Kejap lagi ada la TGV dan shopping mall area Cyberjaya ini. Wahhh syok tak yah pergi Alamanda atau Pusat Bandar Puchong lagi semata nak pergi shooping mall dan tengok wayang.

Ok back to story makan, kami pergi beli kek dulu di SR, suami sahaja ambil 4 slice and saya hanya pilih 1 slice. Nak New York Cheese Kek tapi abih pula so last no choices ambil Banana Cake dan suami ambil black forest and Oreo Cheese Kek.

After membeli belah kek kami ke kedai sebelah SR iaitu Restoran Haji Sharin Low ( Chinese Muslim ) untuk dinner.


Cantonese Fried Koew Teow (Berkuah) this is mine
Sotong Sambal dan Kangkung Belacan hubby punya

The taste is not bad for me, but my hubby say dia tak leh terim tekak makan dua dish yang dia pilih. Last hubby makan saya punya dan saya makan nasi dia. Hahahaha.... Sungguh lawak dan sungguh kelaka.

Banner bersama alamat dan no telefon
So for those yang nak rasa kelainan dan nak tukar arah tempat makan boleh la mencuba di sini. Setahu saya dia ada banyak cawangan area Lembah Klang. So after done our dinner time for paying, total for all what i eat is RM 40.30. So for me the price is normal but for my hubby "mahal la anje" apapun tepuk dada tanya selera.

So after this my entry would be recipe for Chicken Grill Black Paper with Cheese and Ceaser Salad with chicken and croutons.

Moga berjumpa lagi semua.

Sekian.

Saturday, September 6, 2014

Drypers Baby Club

Salam,

Hari ini saya menerima sampul surat dari Drypers, wow terkejut juga terima bungkusan dari Drypers. Dengan penuh semangat saya bawa bungkus ke rumah dan lelaju buka bungkusan. Nak tengok apa dalam bungkusan ini.


Bungkusan dari Drypers
Itu la bungkusan yang di terima dari Drypers Baby Club. Tapi choopp chopp apa itu Baby Club dari Drypers? Anda hanya perlu mendaftar di http://www.drypers.com.my/Registration-for-Drypers/?cmpid=aw-dryperscommy-text-SEMEN. Daftar sahaja di link tersebut dan tara anda akan menerima bungkusan ini dari Drypers secara PERCUMAA. Ye percuma sahaja daftar dan terima tanpa pengetahuan anda mereka akan menghantar untuk anda ke alamat daftar anda. Nak tengok apa saya terima?

Bag 
Ini yang ada di dalam bungkusan tersebut beserta surat ucapan terima kasih kepada anda. Tetapi jika anda inginkan lebih lagi kelebihan dari Drypers Baby Club anda hendaklah aktif menggunakan Baby Club mengenai perkembangan anda, membeli produk Drypers dan lain-lain.

Tak rugi pun daftar dan aktif di dalam Baby Club, mudah dan anda dapat menambah kenalan serta ilmu dalam penjagaan baby dan pengetahuan mengenai produk.

Bila dapat beg ini teruja juga, cute and comel tetapi sah-sahnya la baby ini tak dapat lagi nak sandang bag ini.

So apa pun jika anda ingin kan bag ini apa tunggu lagi. Im so happy dapat hadiah free.....

Bye-bye....

Sekian

Wednesday, September 3, 2014

Sewa Veil untuk Tunang, Nikah mahupun Kahwin

Salam,

Saya ada veil untuk anda sewa, veil ini saya DIY sendiri ketika nikah saya. Daripada terperuk je di dalam almari baik saya bagi sewa dapat juga di guna pakai hasil tjari jemari saya.

Warna veil saya ini Putih dan Lace dan Mutiara juga bewarna putih. Bukan putih kekuningan tapi benar-benar putih suci dalam debu. Sebenarnya baju nikah laki perempuan saya buat sendiri juga just baju itu sekarang berada di kampung so tak dapat la nak buat sewa.

Harga sewaan Veil RM 40.00

Shawl dan tudung Awning Lycra berwarna putih juga ada di sediakan

Harga sewaan Shawl RM 5.00
Harga sewaan Awning Lycra RM 7.00

Deposit RM 50.00 (veil + tudung)
Deposit RM 40.00 (veil sahaja)
(Deposit di perlukan dan akan di pulangkan ketika pemulangan nanti, ia juga mencegah dari kerosakan berlaka paada veil atau tudung berkenaan. Jika terdapat kerosakan maka deposit tidak akan di pulangkan.)

Sewaan adalah selama 7 hari sahaja.

Berminat boleh hubungi saya melalui Wechat/Whatsapp di 019-2365820 (faridah)
atau email saya di cik.faridah@gmail.com

COD sahaja di area Puchong, Cyberjaya atau mengikut budi bicara.

Saya juga menyediakan khidmat tempahan veil nikah mahupun tunang dan kahwin. Harga yang akan di kenanakan bergamtung kepada permintaan yang anda mahukan. Rekaan boleh di buat oleh anda mahupun idea dari saya. Mahu ketahui lebih lanjut boleh hubungi saya seperti di atas.

Di bawah saya lampirkan gamabr untuk anda lihat;

Corak keseluruhan veil

Corak yang berada di atas kepala

Corak bahagian belakang

Corak bahagian sisi veil

Kepanjangan veil 

Cara saya memakai veil bersama shawl

Dari sisi veil

Corak dari atas veil


Anda boleh gayakan veil mengikut kesesuaian anda, itu adalah baju nikah yang saya DIY. Di harap saya dapat membantu anda yang sedang mencari veil untuk disewa mahupun tidak berkesempatan untuk DIY veil. Setahu saya sewa veil di butik pengantin boleh mencecah RM100.00 sehelai. Berminat hubungi saya yeeeeer... :)

Sekian.


Sewa Bantal Bentuk Rose dan Bantal Bentuk Love (Pink color)

Salam,

Di sini saya nak menyewakan bantal Rose (Pink ala Belacan) dan bantal Love (Pink) pada mereka yang tengah mencari-cari bantal atau hiasan yang sesuai untuk di letak pada mini pelamin yang anda DIY.

Harga sewaan Bantal Rose RM 6.00 (sebiji)
Harga sewaan Bantal Love RM5.00 (sebiji)
Deposit Booking diperlukan sebanyak RM 20.00 utuk 4 biji
manakala RM 10.00 jika hanya 2 biji
(khuatir tidak di pulang bantal-bantal saya)

Berminat boleh hubungi saya melalui Wechat/Whatsapp di 019-2365820 (faridah)
atau email saya di cik.faridah@gmail.com

COD sahaja area Puchong, Cyberjaya atau mengikut budi bicara.


Di bawah ini saya lampirkan gambar untuk anda lihat;


Bantal Rose dan Love
Hanya ada 2 biji sahaja

Close up 

Bantal Love hanya ada 2 biji sahaja

Close up

Sini saya tunjuk mana saya letak bantal-bantal ini semasa kahwin saya;

Bantal Love hiasa dalam bilik

Bantal Rose di Mini Pelamin yang saya DIY. Sedondon dengan bunga crepe giant yang DIY.

Moga dapat membantu bakal pengantin di luar sana jika sedang mencari hiasan yang sesuai. Moga bertemu lagi,

Sekian.