Saturday, January 24, 2015

Lasagna dan Macaroni Lasagna, Putra Perdana Puchong.

Salam,

Kepada penduduk sekitar Putra Perdana Puchong, sekarang tak perlu lagi risau kerana saya ada menjual lasagna dengan harga yang murah dan rasa Insyallah memenuhi citarasa.

So pada yang mengidam Lasagna boleh order dengan saya terus ye. Saya tak buat ready stock so anda kena buat order dahulu.

Macaroni Lasagna Beef/Chicken

Lasagna Beef/Chicken

Harga???

Macaroni Lasagna

Small (party pack)
Beef : RM 2.50
Chicken : RM 2.00

Medium
Beef : RM 4.50
Chicken : RM 4.00

Large
Beef : RM 10.00
Chicken : RM 9.00

Lasagna

Medium
Beef : RM 5.00
Chicken : RM 4.00

Large
Beef : RM 13.00
Chicken : RM 12.00

Berminat boleh WA 0192365820

Bekas Cesarean Berdarah

Salam,

Hari ini saya nak kongsi pengalaman saya mengenai luka jahitan cesarean berdarah. Saya alami keadaan ini semasa baru habis berpantang 44hari. Habis pantang saya dan suami balik kampung di melaka (MIL) punya rumah. Happy + excited sebenarnya sebab dah lama tak balik melaka last after raya.

Ammar pun alhamdulillah sepanjang perjalanan balik tak meragam. Yelah kereta bergerak so dia rasa macam terbuai dalam kereta so asik pejam mata jela ammar dengan mama sekali pejam mata.

Keesokan hari masa nak mandi macam biasa la buka semua kan dan cek s sebab siang hari tempat luka rasa pedih semacam. Cek punya cek nampak darah yang dah kering. Cuak jugak la masa tu so time mandi berjaga tak nak kena kan air sangat kat luka tu.

So tanya MIL sebab MIL pun ada pengalaman C-Section dulu. Dia kata dia sapu luka dengan minyak gamat, but my doctor said dont ever sapu minyak dekat luka. So sampai la ni tak pernah sapu apa-apa minyak kat luka tu.

Dok fikir lasak sangat ke buat kerja dan gerak? Tak jaga pantang ke? Pelik sedangkan telan manjakani tu macam tu. Walau pahit tersangat kerana nak jaga luka dalaman tu ku telan  jua.

Apa pun sesiapa yang penah di belah perutnya (huhuhu) sila la jaga seelok mungkin. Lap kering, makan benda yang cepat sembuhkan luka dalaman, jangan buat benda berat, jangan angkat benda berat, dan pakai seluar dalam biar lebih dari luka.

Sekian.

Pengorbanan dan masa depan

Salam,

Bersarang lagi la blog bi since ada baby ammar. Masa banyak di habiskan dengan ammar, sentiasa ada benda baru yang akan di lakukan ammar. Ammar ni anak yang agak susah untuj dijaga, kerap menangis, tidur nak berbuai elektrik, menyusu pun boleh menangis. Sungguh hairan dengab perangai dia, sesusah anak buah yang di jaga dahulu, susah lagi anak sendiri. Sebenarnya sebelum habis pantang saya dan suami sibuk mencari orang yang boleh rawat sawan tangis dia. Alhamdulillah jumpa juga akhirnya. Pasal sawan tangis saya cerita kemudian. Malam ni malam AJL29 saya nak cerita mengenai.


Kisah saya terpaksa meninggalkan anak di kampung kerana saya dapat tawaran menjadi guru ganti. Yes!!! Hanya sebagai guru ganti, ini rezeki yang memang tak di sangka datang golek depan mata. Rezeki bergolek tapi anak takkan nak di golekkan ke sana sini kan? punya cari pengasuh dalam masa 3hari je sebab dapat tahu jadi guru ganti hari khamis dan isnin depanny dah jadi guru ganti.

Punya merata mencari tapi semua caj mahal macam bayar full day pula. Not reasonable langsung cekik darah semua. Alhamdulillah mak sudi hulur bantuan pada saya untuk tolong jaga baby for a temporary only. So my mom came on sunday and stay until friday. So i keep searching for nursery last my mom decided to take my son go back hometown.

Berat hatinya saya ikutkan sahaja plan my mom. So i said i will take back ammar end of this month. So ada 2 minggu baki berjauhan dari ammar. Now alhamdulillah dah dapat pengasuh yang sudi nak jagakan ammar dengan caj yang amat berpatutan. So lucky me sebab tuhan permudahkan jalan bertemu pengasuh baru.

Now 1 weeks already pass, another 1 week more to go!!! lambat sangat rasa masa berlalu,ibarat tiktok tiktok. Hai masa pantas la berlalu untuk aku, sungguh tak sabar nak tunggu minggu depan nak balik kampung dan jumpa dia. Rindu nak cium peluk dan bau dia.

Apa pun bila mak kita sendiri yang jaga anak kita insyallah jagaan yang extra caring. Sebelum ammar balik kampung dia tak sihat dah berapa hari now alhamdulillah after mak yang jaga dia sudah sihat. Thank you mak sudi tolong anak mu yang dalam kesusahan.

Kasih sayang ibu tiada galang ganti tapi jangan menyusahkan orang tua pula. Kita anak kita kena menyenangkan dia. Ni dah terbalik kita pula menyusahkan dia, alahai darurat tu terpaksa.

Mood sedih (~.~)

Sekian

Friday, January 2, 2015

PENGASUH KANAK-KANAK DI PUTRA PERDANA PUCHONG

Salam,


Menawarkan perkhidmatan menjaga kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas di kawasan Putra Perdana Puchong untuk kemasukan Januari 2015. Perkhidmatan transit juga ada di sediakan. Berminat atau ingin bertanya lebih lanjut boleh hubungi 0192365820.

Sekian.

Thursday, January 1, 2015

Akikah dan Cukur Jambul Muhammad Ammaar dan Akmal Hafiy

Salam,

Sekian lama tak update hari ini bekersempatan untuk update blog. Tengok tajuk so terus cite pasal anak kesayangan saya Muhammad Ammar. Alhamdulillah rezeki Ammar dapat wat akikah seekor kambing untuk dia masa dia berumur 2bulan 2 minggu, Lagi seekor insyallah rezeki lebih tahun depan. nih link FB DI SINI

Saya memilih untuk megenekan pakaian baju melayu bertema emas pada ammar, punya la payah cari baju kaler gold untuk ammar sebab kebanyakannya semua sold out. Akhirnya saya jumpa 1 ni yang masih ada stok. Alhamdulillah rezeki ammar dan harganya tak mahal sangat so affordable to buy.

Kenduri buat kat kampung saya dan buat sekali bersama akak saya, so senang tak la mak saya kenduri banyak kali. Seronok mak saya sekali dua cucu serentak kenduri. So kami dah agih-agihkan bahagian siapa yang perlu dan buat apa.

Tugas saya buat sticker dan settelkan goodie bag untuk budak-budak. Kami buat 3 jenis bungkusan yang berbeza isi dalamnya. Jumlah sekeluruhan semua dalah 300 bungkus, banyak sebenarnya tu hanya untuk kenduri akikah. Risau ada orang yang tak dapat so better lebih dari kurang kan.

Sticker saya diy sendir then print atas kertas sticker jimat sangat2. Kalau nak soft copy please do contact me dan saya bagi salinan itu.

Ok, oleh kerana dua orang kenduri so 2 ekor kambing yang di kikahkan. Menu kami simple je, kambing kurma, nasi arab, dalca kari, acar timun, ayam goreng rempah dan buah-buahan. Untuk menu minum pagi pula kami sediakan karipap,cucur badak,pulut kuning bersama rendang dan beberapa kuih muih yang di terima oleh saudara mara.

Acara pula simple marhaban perempuan dan tahlil dari lelaki, mak pula sediakan buaian klasik zaman dulu-dulu guna kain lepas. Tapi ammar nak ke berbuai tarik-tarik ini sebab dah terbiasa buai berhenjut.

Majlis bermula seawal 9.30pagi dan berakhir 12 tengah ari tapi kami masih menerima tetamu hingga jam 6 petang. Orang kampung ada sahaja yang akan datang walaupun lambat dai masa kenduri.

Moh kita cuci mata dari hasil tangkapan gambar hari berkenaan.

Maksu ammar yang snapkan gambar ni

Mari sayang kita pusing keliling

Mama dan ammar

Gunting time

Baik anak mood ammar, alhamudlillah tak meragam

Sepupu ammar akmal hafiy

Buaian ada dua

Ammar di buai oleh kakak-kakak sedaranya

Mama, papa dan ammar dengan tema gold. 
Sekian.