Wednesday, November 27, 2013

Taman Rama-Rama Melaka

Salam,

Hye my luvly. Today i will tell you'll my story after i get married. Opssss.... Change!!! Selepas kami berdua berkahwin kami bermalam di rumah teluk intan selama 4 malam dan kemudian menghala ke selatan malaysia iaitu Johor dan Melaka.

Destinasi pertama kami ialah Kluang, tok mak belah suami mahu berjumpa kami. Bermalam di kluang adalah malam pertama saya di Johor. Selama ni tak pernah saya bermalam di johor. Malam di Kluang kami di layan seperti Raja Sehari. Makan di hidang dan bilik serba cantik di hiasa, terharu saya. Selepas semalam kami bermalam di kluang kemudian kami menghala ke Melaka iaitu kampung halaman suami ku iaitu Umbai, Melaka.

Berada di melaka adalah bukan kali pertama kerana sebelum kami berkahwin saya pernah bermalam di rumah mentua saya beberapa malam. So bila saya di melaka ada sahaja saya minta suami saya bawa saya keluar berjalan-jalan. Akhirnya saya memilih Taman Rama-rama kerana saya malam berkenan kami akan makan di Restoran Terapung Umbai. So tak dapat pergi naik Cruise di melaka pada malam hari.

Dari Umbai ke Taman Rama-rama ni agak memakan masa juga sebernarnya. Kami pergi tidak berdua,kami bawa Nadiah adik suami. Seronok juga ada adik, sebab saya tak pernah merasa ada adik ini.

Ok cerita pasal tiket masuk ke Taman Rama-rama ini ada beza, kerana dulu harga Dewasa (RM 8.00) dan Kanak-kanak (RM 5.00) tetapi sekarang semua barang naik kan termasuklah harga tiket ni.Tetapi perbezaan if nk masuk bawa kamera ada caj di kenakan berbeza tiket masuk sekarang caj kemara tidak di kenakan. So win-win situation la ikutkan. Berikut harga tiket masuk ke Taman Rama-rama ;

Dewasa : RM 12.00
Kanak-kanak : RM 7.00


Pintu masuk

Anda akan di sambut oleh burung nuri yang comel





Bila dia berposing hancur semua gaya di buat


Muka happy dapat tengok rama-rama dengan dekat


Datang gak rama-rama ke tapak tangan ni. Yeayyyy Super Duper Happy!!!
Dalam ini bukan ada rama-rama je, ada macam-macam binatang lain yang ada seperti ular,buaya,arnab,ikan, burung, monyet, dan pelbagai. Tak rugi pun anda semua masuk ke Taman Rama-rama ini. Sekali sekala menjamu mata dengan benda yang indah dan cantik macam rama-rama ini kan. So pada mereka yang tak ada idea nak ke mana bila dah sampai ke melaka boleh la singgah sebentar ke Taman Rama-rama.

So my next destination..... Perigi Hang Tuah. Cerita next entri ok.

Sekian.

Monday, November 25, 2013

Majlis Khatam Al-Quran

Khatam Al-Quran

Salam,

Ada sesetengah orang akan mengadakan majlis khatam Al-Quran sempena di majlis perkahwinan mereka ini tidak terkecuali saya. Saya mengadakan majlis khatam ini pada pagi hari persandingan saya dan khatam Al-Quran akan di iringin bersama Kumpulan mak saya sendiri bersama anak buah ku ayu dan linda.

Nak di jadikan cerita saya tak dapat nak khatam Al-Quran di sebabkan bulan mengambang dan lebih teruk di hari persandingan saya suara saya totally tak ada. Langsung tiada suara dan menyebabkan saya teramat sedih tak dapat kami berduet nyayikan lagu cinta kami.

Ikutkan khatam Al-Quran ni tak adalah wajib pun untuk anda pada perkahwinan anda its just simbolik keluarga kami kerana semua anak perempuan keluarga saya akan khatam Al-Quran pada hari kahwin mereka.

So oleh kerana saya tak dapat nak khatam anak buah yang akan ambil alih just saya akan duduk di tengah antara mereka berdua. Mereka khatam di mini pelamin dan mudah bagi kumpulan ibu saya untuk berkumpul.

Linda dan Ayu

Baju hantaran yang di beri oleh suami saya

Mak saya sedang mengacarakan majlis

Kumpulan berzanji mak saya
Macam ni keadaan rumah kampung di teluk intan. I will miss this time and my wedding time. Sangat indah saat ini.

Sekian.

Hantaran Nikah dan Hiasan dalam Bilik Pengantin (DIY)

Idea gubahan hantaran

Salam,

Hantaran nikah idea datang dari saya sendiri sama seperti gubahan semasa tunang. Hantaran saya simple dan ia bertema pink dan putih. Manakala di dalam bilik tema kaler lebih kepada putih. Mengapa saya menyusah diri untuk buat gubahan hantaran sendiri? Sebab ia seronok dan saya minat mengubah hantaran ni.

Perkara pertama saya perlu fikir untuk datang idea ni bunga seperti mana sesuai untuk di guna bagi dijadikan gubahan dan bekas seperti mana sesuai dijadikan hantaran. Oleh kerana bakul hantaran untuk tunang kami DIY sendiri so kali ini untuk hantaran saya putuskan untuk beli je.

Keputusan di buat bakul bersegi bulat saya akan gunakan sebagai hantaran. Agak susah nak cari bakul bersegi bulat ni di kedai-kedai. Alhamdulillah cari di selangor ke johor akhirnya jumpa di kampung halaman saya teluk intan. Bunga pula saya memilih bunga rose kadar besar dan akan mengelilingi bakul saya bersama bunga orkid kecil. Warna bunga rose pink,putih dan sedikit hijau muda dan orkid putih pink. Jangan lupa ye lapik dalam bakul tu kena ada dan lace untuk hiasan.

Macam biasa saya buat hantaran ini di kampung kerana duduk rumah kakak kan agak sukar nak menyepah barang ni. Di bantu oleh mak saya siap juga hantaran dari saya kepada suami saya. Hantaran kami 7 berbalas 5.

Antara hantaran kami :

Perempuan
1. Baju dan seluar
2. Sejadah
3. Perfume
4. Kasut
5. Kain pelekat, surah yassin, tasbih dan cincin
6. Set dompet, tali pinggang dan pen.
7. Buah buahan tempatan.


Lelaki
1. Hand beg
2. Sepersalinan baju
3. Kasut
4. Perfume
5. Mas kahwin dan gelang emas.

So ini adalah untuk gubahan hantaran dan bercerita hiasan bilik pengantin. Cadar kahwin saya beli jusco sahaja time sale masa tu. Then bunga-bungaan saya beli dan hiasi di bilik. Bantal love jangan lupa pula penting tu simbol cinta saya pada sang suami. Lampu bilik tidur juga memainkan peranan penting bagi saya. So saya memilih yang simple dan nice utuk di jadikan hiasan dalam bilik.




Hantran dari pihak saya dan ia DIY oleh saya sendiri termasuk hiasan dalam bilik ini.

Kerana saya amat sibuk samapi hantaran satu persatu pun tak sempat nak snap. At least ini sahaja yang ada.
Miss this room and by this thursday saya akan balik kampung. Yipppi......

Sekian.

Laman Grill @Kajang

Makan dan makan

Salam darls,

Cerita pasal makan ni memang saya suka sangat. Makan kan sapa la yang tak suka. Kali ini saya menjengah ke restoran Laman Grill Steak and Bar-B-Que yang di ilhamkan oleh Chef Zubir iaitu Chef di dalam rancangan Master Chef Malaysia.

Selamat datang ke Laman Grill


Saya dan kakak saja datang ke sini untuk menikmati hasil tangan Chef Zubir. Hiasan dalaman kedai ni not bad di mata saya. Gambar untuk hiasan dalaman alamak lupa ambil la. Hehehe maaf ye.

Ok tengok punya tengok dan selak punya selak saya memilih menu hidangan Grill Spring Chicken (sos sy mintak blackpepper) dan air pink guava. Untuk my sister pula dia order Clam Potato Chowder dan juga Laman Grill Burito's untuk air sama macam saya pink guava.

Rasa dia boleh tahan bagi Clam Potato Chowder dan ofkos tak dapat lawan rasa dari US dan Burito's dia memang umphhhh sebab dah tukar ke citarasa malaysia. Yang tak umphhhnya makanan saya 1jam setengah baru sampai. Sedih sangat rasanya bila makanan yang di nanti tak sampai-sampai.

Apa la nasib ku, haih perot dah berbunyi tapi makanan tak juga ada di hadapan mata. Akhirnya sampai juga makan ni depan mata. Katanya ayam dara, so kena cari kat ladang kot untuk dapatkan ayam ni tu lambat sampai.

Inilah hidangan yang saya kena tunggu 1jam setengah. Fuhhh letih tunggu.
Oleh kerana kelewatan untuk hantar makanan saya mereka dengan penuh rasa kesal telah berikan saya cake. Ohhh cake??? Cake oh kek... Kek apa agaknya yang mereka akan beri tanda minta maaf dari mereka kepada saya?

Sorry... sweet right.... Tiramisu
Tada ni la dia kek tanda maaf dari pihak mereka kepada saya. Dari panas ati ni terus sejuk la sikit kan. Tiramisu yang di beri...ohhh tiramisu saya ni bukan pemakan kafein. So akak saya la yang makan kek ni. Rezeki ada depan mata jangan di tolak kan, tak gitu.

So rasa makan di sini saya bagi 4 bintang. Salad saya memang sedap dan burito's akak saya pun sedap. Itu pilihan makanan saya untuk hidangan kali ini.

So anda semua boleh la mencuba makanan dia Laman Grill. Restoran ini terdapat 2 cawangan, satu di Kajang dan Shah Alam.Anda boleh la layari laman web http://www.lamangrill.com/ untuk lihat menu dan lokasi.

Sekian.

Hot Spring Sungai Klah, Sungkai Perak.

Mandi manda bersama keluarga di Hot Spring.

Salam,

Siapa antara anda pernah ke sini?? Jom share nak pengalaman ke sini bersama-sama. Saya pergi sini time cuti sekolah dalam bulan 9 macam tu. Sebenarnya plan nk ke sini memang tak di rancang pun. Ia bermula bila kakak pertama saya bercuti di kampung dan anak abang pun turut berada di kampung without mak dan ayahnya. So mereka semua bercadang untuk mandi manda di sini last2 ajak saya join sekali. So saya tanpa fikir panjang dalam jam 12.00pm saya shoot taska anak kakak ku yg ke 2 ambik aiman dan ke umah hubby (time tu tunang lagi) ajak dia teman sekali. Nasib hari tu dia off day so boleh la ajak dia temankan saya dari drive sendiri dari Puchong ke Sungkai ni.

Ok jalan nk ke Hot Spring ni senang sangat. Anda perlu la mengikuti Lebuhraya PLUS menuju ke utara dan Exit di Sungkai. Selepas exit di simpang pertama perlu ambil sebelah kiri, dalam perkiraan 1km anda akan berjumpa 1 simpang tanpa traffic light dan belok ke kiri. Kat jalan ni ada signboard nak ke hot spring ni jangan risau. Jalan masuk sini anda perlu melalui Felda Sungai Klah terdahulu baru la jumpa hot spring ni.

Harga tiket untuk masuk ke Hot Spring ni ialah:

Kanak-kanak : RM 8.00
Dewasa : RM 12.00

Fasiliti yang ada di Hot Spring complete, tempat penginapan, tempat makan, PBSM, tandas dan juga shuttle. Ok jom explore dalam ni, tapi malangnya sebab syok sangat mandi dan tetiba lengan tunang tercedera saya pun jadi kelam kabut la sampai lupa nak snap pic semasa berada di kolam air sejuk.

Macam mana lengan dia tercedera? semasa di sliding dari gelongsor secara tidak sengaja dia berpaut pada gelongsor di tepian dan tercedera, kerana ada simen yang tidak rata terdapat di gelongsor itu so pada anda semua minta ye berhati-hati agar tiada kecelakaan berlaku.

Panik-panik saya pun bawa dia ke pondok PBSM dan mereka mencuci lukanya dan membalut agar tidak terkena percikan air. Hai tunang ku (hubby) macam-macam jadi lagi masa perkahwinan makin dekat.

So apa pun ada gak pic masa di kolam air panas so leh la upload untuk tatapan anda.

Aiman posing sebelum pergi mandi

Ni tempat rebus telor sebab air dia super panas. Telo ni ada di jual berhampiran kolam ni,.

Berehat di tepi kolam air panas. Memang panas air ini.

Tanda bahaya di hujung. Memang lagi panas di sana. Anak buah ku berdua angkat tangan. Pose apa tah.

Kena snap pic so saya tak ada 

Tu aksi mak saya cuba nak letak anak buah saya si Ally ke dalam air ini.

Huhu berjaya tapi Ally dengan pantas naik semula ke atas.


Mizan Qistina pose cute. "Konon"

En. Tunang.. Lihat lengan kiri ada plaster yang di tampal.
Overall menarik dan selesa untuk anda sekeluarga beriadah dan meluangkan masa di sini. Jom ramai-ramai ke sini.

Sekian.

Sunday, November 24, 2013

Majlis Potong Kek (Perkahwinan)

Persandingan Potong Kek dan Pembukaan Hadiah

Salam,

Hey all, entri kali ini cerita pasal majlis potong kek dan buka hadiah untuk pengantin. Tema baju saya adalah turquoise, last minit pilih baju ni sebab teringin nak pakai kaler ni. Akhirnya dapat gak saya mengayakan baju ni. Ramai kata baju ni cantik dari baju sanding saya, but what to do i love pink color. Make-up untuk malam ni adalah sendiri make-up. So i just wanna look natural and simple and not to havoc havoc.

Ok kalau dah nama pun majlis potong kek so nk tunjuk kat awak-awak kek saya ni bukan la gah mana pun. Alhamdulillah kek saya telah pun di sponser oleh abang saya. Kek pilihan adalah 3 tingkat dan setiap tingkat berlainan rasa. Perasa kek ni adalah coklat,vanilla dan coffe, hope dengan adanya banyak pilihan boleh la semua tetamu menikmati kek saya. 

Tada..... ni la dia kek saya... saya sukeeee....
Ok back to the story, normally pasangan pengantin sekarang majlis potong kek di buat selepas mereka makan berhadap tetapi berbeza dengan saya kerana tujuan saya untuk memeriahkan rumah dan saudara mara dapat lagi berkumpul di malam hari. Alhamdulillah ramai sepupu sepapat dan makcik pakcik yang hadir dan juga dari pihak lelaki juga turut hadir.

Im happy bile ramai yang datang majlis potong kek ni, meriah sangat dan kami berdua dapat bersanding lagi sekali dan yang kali terakhir di pihak saya. So pada awak-awak yang belum kahwin boleh la pertimbangkan majlis ini nanti. Apa salahnya kan 3 kali sanding waktu perkahwinan kita sendiri.

Ok saya akan upload pic sanding saya bersama pasangan dan pengapit2 kecil ku dan baju yang ramai orang suke sangat nihhh!!...

Ni la dia pengapit kecil ku aka anak buah

Arrogant tak saya??

Mari kita potong kek ini

Haa tu dia kanak-kanak sudah tidak sabar nak kan kek...


Masa potong kek ni macam-macam permintaan ada nak perisa coklat la, vanila la... So adik-adik kena tunggu ye mak cik hanim tengah potong kan... Akak ku di sisi banyak membantu semasa potong kek ni..


My cuize sempat snap pic selepas potong kek...nah tu pisau di tangan...
So selepas siap mengagihkan kek ni pada semua para tetamu, kini tiba masa acara pembukaan hadiah yang ramai di nanti sebab kami akan buka hadiah di depan tetamu aka pada mereka yang beri hadiah. Huhuhuhu.... jahat kan idea kami ni... tapi seronok.... 


Jom jom buka hadiah besar ni...

ohhh rice cooker dalam nih..terima kasih...

model jap untuk cawan yang comel ni...terima kasih...

Selesai semua acara potong kek dan buka hadiah so tamat la acara perkahwinan kami berdua yang telah berlangsung daru 2/11/2013 - 3/11/2013 bersamaan 2 hari dua malam... 

Kepada tetamu yang hadir dari hari sabtu hingga ke ahad malam terima kasih banyak di ucapkan dan pada yang rewang aka menolong saya ucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kerana sudi ringan kan tulang membantu keluarga saya dan tak lupa keluarga mertua terima kasih mak ayah.

Sekian.

Persandingan Anim dan Amin (Pinky Peach)

Tema : Pink Peach + Dark

Salam,

Note: Lupe nak upload pic baju sanding. So this entry is my story about my dress for sanding. Abaikan if pose dan perlakuan kami berdua meluatkan anda (hahaha).

Debaran untuk bersanding, sebenarnya segan nak bersanding depan orang ramai. Sebab ni adalah kali pertama dalam keluarga pelamin berada di bawah rumah. Kebiasaan pelamin di atas rumah kami, alasan di beri mak "nanti orang nak tengok kamu susah dik, orang datang nak meraikan kamu tapi nk tengok kamu sanding plak payah." So setuju dengan pendapat mak, better dengan cadangan mak kita, sebab dia lebih arif pasal2 ni kan. Ok al-kisah pasal baju sanding ni, ari rabu baru pergi tengok, (macam yangs aya cite dlm entri pelamin). Tengok baju dan berkenan dengan kalernya, ia memang agak berbeza dari sy pikirkan sebab ingat baju pink belacan rupanya pink peach and dark. But still nice at my eyes. Test baju pun ngam di pakai di badan saya yang agak gempal ni. Pinky oh pink my hubby punya la tak nk pink tapi kerana sayang saya dia pakai juga. Alhamdulillah berjaya pujuk dia pakai baju pink.. hehehe....

So baju pinky peach dark ni cantik kaler dia dan agak susah pun nak cari kaler yang macam ni. Nice dress dan paling penting im the first ladies yang pakai baju ni.Tq pada mak andam kerana berikan baju baru pada saya. So saya akan upload gambar untuk tatapan anda macam mana la baju sanding dan warna yang saya cakap kan. 










This my hubby punya kereta ( Si Puren Si Bulat)

Tuesday, November 19, 2013

Kehidupan selepas perkahwinan

Salam

Sebelum berkahwin dan selepas berkahwin ada banyak perubahan dalam kehidupan seharian. Dahulu apa kita buat hanya pikir diri sendiri tapi sekarang kita perlu berfikir untuk suami sekali. Seronok kehidupan berkahwin kita sentiasa ada peneman di sisi dalam keadaan susah mahupun senang. Kehidupan ini jika sendiri seperti tidak lengkap hidup di dunia. Pemilihan jalan untuk menamatkan zaman bujang memang perkara yang berat untuk saya kerana khuatir akan tanggungjawab perlu di galas tidak dapat saya lakukan dengan seharusnya. Alhamdulillah sekarang setelah hampir sebulan melayari bahtera perkahwinan saya bahagia bersama suami di samping saya. Dia adalah sumber inspirasi dan kekuatan diri saya.

So bagi saya yang penting kehidupan selepas berkahwinan ini perlu selari dengan kehidupan seharian sebelum ni. So saya pun buat list untuk memudahkan perjalanan kehidupan rumahtangga seharian bersama suami, saya banyak kekurangan so demi menjaga perhubungan perlu ada perubahan pada diri sendiri. Ini antara perkara perlu saya terapkan dalam diri saya untuk suami :

1. Sediakan makan,minum dan pakai sumai
2. Dahulukan suami dari apa kita lakukan
3. Sentiasa meminta izin dahulu jika mahu keluar rumah
4. Sentiasa senyum padanya
5. Senangkan hatinya
6. Banyakkan tolak ansur padanya
7. Cakap dengan kadar lemah lembut
8. Sentiasa bertanya apa kemahuannya dahulu
9. Banyakkan bersabar
10. Taat padanya

Saya berharap dengan adanya list ni paling tidak dapat saya menjadi seorang isteri yang di sengangi oleh dia dan Allah SWT. Tanggungjawab sebagai seorang isteri amat berat bagi saya, perlahan-lahan saya mengubah diri agar menjadi yang terbaik untukknya dan untuk diri saya. Mungkin dari masa ke semasa saya akan buat penambahan pada list. Demi suami ku insyallah.

Pesanan: Jangan mencari kesempurnaan 100% kerana dengan kesempurnaan itulah kehidupan anda tidak akan gembira dan terimalah pasangan anda seadanya dia kerana ketidaksemnpurnaan anda dia akan lengkapkan dengan kesempurnaan dia dan sebaliknya.

Sekian

Monday, November 18, 2013

Nikah (selomnization)


Putih Baju Nikah

Alhamdulillah kini saya telah bergelar isteri kepada Muhammad Aminuddin Bin Mohd Nordin pada 2.11.2013 waktu 9.15malam. Setelah 1 tahun 1 bulan kami berkenalan kini kami sah sebagai suami isteri.

Saat-saat di akad nikah oleh abah ku sendiri adalah saat yang mendebarkan. Debaran ini untuk bakal suami ku pada masa itu, risau andai tergagap kerana gemuruh. Alhamdulillah setelah 2 lafaz saya sah menjadi isteri kepada dia.

Jika ikutkan pada lafaz pertama sudah boleh di terima tapi kerana di hujung perkataan tunaiiiiiiiii ada terselit sedikit lagu irama malaysia yang di lafazkan oleh dia. Gugup, gemuruh dan sebak mungkin di rasa oleh dia.

Saat perkataan sah di keluarkan oleh saksi saya memanjat kesyukuran pada Allah SWT kerana telah di pertemukan jodoh maka lengkaplah kehidupan saya.

Tema untuk pernikah kami berdua adalah bewarna putih. Putih itu suci bagi kami, untuk pihak keluarga saya, kami mengenakan pakai berkaler ungu dan pihak keluarga lelaki bewarna biru. Siap tema2 kan famly kami.

Semasa saya duduk di mini pelamin saya di temani oleh dayang2 saya seramai 8 orang. Saja je nak ade peneman dan nampak la cantik sikit kan.

Kredit pada mak andam saya kerana mebuat saya nampak ayu dan berseri walau time ni saya demam panas. Huh nasib badan nikah dan sanding demam sampai ilang suara.

So sini saya sertaka gambar pernikahan enjoy...

My Makeup
Baju nikah dan viel buatan sendiri
My luvly sister

Akad Nikah

Alhamdulillah selesai
Upacara batal air sembahyang. Gelang emas di beri.

Mas Kahwin

Hadiah Cincin dari saya

Sweet memory

Mak mertua saya

Sesi tepung tawar (Muka demam dan tak larat, tapi gagah kan jua)
Saudara-mara yang happening

My Luvly Family

My BFF


Pose

Ini la kenangan yang tak akan dapat saya lupakan seumur hidup saya kerana telah sah menjadi isteri kepada suami tercinta. Love him so much...

Sekian