Friday, August 29, 2014

Perkembangan Minggu Ke-30

Salam,

Minggu Ke-30

Jumaat yang indah hari ini, moga kita sama-sama peroleh kebaikan dan keredhaan dariNya. Insyallah...
Hari ini nak kongsi pada anda mengenai perkembangan bayi pada minggu ke 30. Minggu ini saya telah pun memasuki minggu ke 30. Debaran makin terasa dari hari ke hari bila kandungan telah memasuki angka 30 ni.

Bayi dalam minggu ini berat ia adalah 1.1kg dan 38 sentimeter panjang dari kaki ke kepala. Kepala dia semakin membesar dan otaknya semakin berkembang dengan pesarnya. Kebiasaan bayi akan memberi tindak balas pada bunyi-bunyian di sekitar kita.

Bayi anda pada peringkat ini memerlukan nutrien yang banyak pada trimester ke-3. Anda pada tahap ini memerlukan banyak protien, vitamin C, asid folik, iron dan kalsium dengan ini anda semua haruslah memakan makanan yang penuh dengan nutrien ini. Rangka kepala bayi semakin mengeras dan otak, paru-paru dan otot bayi semakin matang. Bayi anda juga akan mengalami sendawa dan anda pasti dapat merasai dalam perut anda. Ketika ini bayi anda sudah boleh membuka dan menutup kelopak matanya dan ia dapat melihat dari dalam perut anda. Dan jika anda suluhkan lampu mengadapnya mungkin bayi akan bergerak untuk mengapai cahaya tersebut.

Tetapi perkembangan bayi berbeza dan tidak sama untuk setiap bayi.

Jaga pemakanan anda agar bayi dapat membesar dengan sihat. Pasti bakal ibu di luar sana sudah tidak sabar menantikan kelahiran anak dan ingin memeluknya.

Untuk ibu, berat badan anda akan bertambah ketika ini dan ia adalah normal jika berat anda bertambah untuk 3bulan lagi. Tidur malam anda akan menjadi sukar kerana perut anda yang makin besar dan ia menyukarkan anda untuk mendapat posisi tidur yang selesa. Mimpi juga akan mengganggu anda ketika  tidur, lalu abaikan dan teruskan tidur agar keesokan harinya anda bangun dalam keadaan yang segar dan rehat yang cukup.

Saya juga mengalami masalah ketika tidur dan mimpi yang menggangu tidur saya. Ketidakselesaan ini kerap berlaku dan tiap pagi bila saya bangun pasti badan saya akan terasa lemah dan tidak bermaya. Jika ini berlaku pada saya, saya akan mengambil sarapan untuk cerdaskan badan dari lemau dengan mengambil 1 gelas susu segar dan roti.

Juga perlu diingat walau penat dan letih mana pun anda jangan malas untuk lakukan kerja-kerja rumah kerana ia di anggap senaman untuk diri anda seperti mencuci pakaian, melipat baju, mengemas dapur serta masak. Tiap hari saya lakukan perkara ini dan saya menganggap ia sebagai senaman harian saya walaupun saya dalam keadaan penat. Senaman bagus dan dalam islam juga ia digalakkan.

Rasanya dah panjang lebar saya berceloteh hari ini. Till we meet again maybe next week. Saya ambil cuti panjang minggu ini kerana nak pulang ke kampung. Happy time this week by having kenduri kesyukuran dan bakal bidan saya akan datang jumpa saya. Boleh saya minta dia urut kan badan saya yang tengah sakit ini. Opssss lupa saya sebenarnya akan berpantang di kampung halaman tapi bersalin di sini.

Again...Till we meet again.

Sekian.

Thursday, August 28, 2014

Kejang Kaki Ketika Mengandung

Salam,

Soalan lazim setiap wanita yang mengandung mengalami kekejangan kaki ketika waktu malam. Ia biasa berlaku semasa wanita memasuki trimester kedua dan ketiga, ini berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang menyebabkan otat anda menjadi kejang.

Otot yang biasanya menegang adalah otot betis, memang rasa tidak selesa bila keadaan ini berlaku ketika waktu malam menyebabkan anda terjaga dari tidur yang lena. Ia akan berlanjutan selama beberapa minit tapi ia tidak membahayakan otot betis anda. Saya jarang mengalami kejang otot waktu malam, adalah sekali sekali. Tetapi kini saya biasa alami kejagng otot bila-bila masa sahaja. Terutama apabila saya cuba menunduk atau pun semasa sembahyang iaitu duduk antara dua sujud. Ibarat urat atau otot saya mahu putus kerana menahan sakit.

Berikut adalah teori yang saya dapat cari dari BabyCenter menagapa terjadinya kekejangan otot:

- Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambail apa yang diperlukan daripada simpanan anda.
- Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan keatas saluran darah besar pada kaki anda serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progestron ia boleh beri kesan kepada otot kaki anda.
- Serpti anda berlari, bersukan atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda menjadi letih, begitu juga kandugan anda yang sarat ini.

Tercari-cari bagaimana untuk mengurangkan kesakitan yang dialamai, rasa yang tidak selesa menyebabkan pergerakan kita menjadi terbatas dan sukar untuk buat kerja seharian kita. Mujur kekejangan ini boleh diatasi dengan melakukan:

- Buat regangan, mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Permulaan anda akan merasa sakit tetapi lama kelamanan kesakitan itu akan mula hilang .
- Urut otot yang kejang.
- Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan berna-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Saya ada berberapa tips bagaimana anda boleh mengelakkan kekejangan. Berkesan atau tidak ia adalah bergantung. Sesetengah pakar mengaitkan kekejangan otot ini berlaku kerana kekurangan nutrien tertentu iaitu garam. Tetapi tidak dapat di pastikan samada jika anda mengambi garam magnesium atau kalsium dapat bantu melegakan kesakitan ini. Ini adalah langkah yang boleh anda cuba:

- Senaman regangan kaki, berdiri satu meter daripada dinding dan ujurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada dinding. Tahan selama lima saat, ualang senaman ini selama beberapa minit dan lakukan 3 kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
- Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki kebawah dan kemudian tegakkan tapak kaki keatas dengan cepat sebanyak 30kali. Buat pada kedua-dua belah kaki anda.
- Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki anda menghala ke bawah.
- Cuba elakkan berdiri terlalu lama dan duduk bersilang kaki.
- Mandi dengan air suam sebelum tidur.
- Minum air putih dengan banyak.

Senaman ini mungkin dapat bantu anda semua serba sedikit. Tapi jika kekejangan ini berlarutan ini adalah bukan sebab kekejangan otot terapi adalah kerana sakit kaki. Ia berlaku apabila darah terkumpul pada saluran darah dibahagian kaki (venous thrombombolisme). Walaupun sakit ini jarang berlaku tetapi ia adalah penyakit yang serius dan memerlukan rawatan segera. Simptom berlaku adalah seperti:

- Sakit berlarutan dan ternyata ia bukanya kekejangan otot yang biasa.
- Betis anda membengkak

Pastikan semasa mengandung anda menitik beratkan akan kesihatan anda dan bayi. Jika kesakitan berlarutan digalakkan anda berjumpa dengan doktor anda secepat mungkin agar dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Semoga perkongsian hari ini dapat sedikit sebanyak membantu anda mengatasi masalah yang anda hadapi. Moga dapat saya kongsikan lagi beberapa artikel untuk tatapan anda.

Sekian.









Tuesday, August 26, 2014

Baju Doraemon untuk Baby

Salam,

Happy sungguh semalam akhirnya dapat juga set baju baby Doraemon untuk anak bakal lahir ini, teruja memang teruja tapi agak terkilan sebab set baju Doraemon habis dan tinggal last je yang ada semalam pun. Baju kaler pink banyak la, terfikir mungkin tahun ini ramai yang melahirkan anak lelaki sebab licin baju Doraemon kaler untuk baby boy.

Nak tak nak ambil juga la dari tak ada dan alang-alang tengah ada. Saya beli baju doraemon ini di outlet Anakku di alamanda. Kami kesana sebab nak pergi tengok wayang sebelum deliver baby nanti. Pasni nak pergi tengok wayang dah susah la sebab ada anak kecil. Thanks to my hubby sudi bawa isteri dia ini pergi tengok movie. Sambil selam kita minum air dan minta baju baby walaupun baju untuk dia dah banyak.

Dalam set, short hand, long sleeve and handkerchief 


Semua butik mengadakan Sales dari Raya hingga Merdeka. So harga wow wow semua ada potongan yang menarik. Semalam hubby hampir beli Baby Cot untuk dia, tapi dapat saya tahan sebab harga RM1k untuk Baby Cot + Matteres + Pillow and etc. Haihhh mahainya la, tapi produk yang harga mahal pasti kualiti dia pun bagus. Saya cakap pada suami kita fikir dahulu baru kita beli, sabar ye hubby ada rezeki anak kita beli. Baby cot yang semalam kami tengok di outlet Modernmum, jenis kayu Meranti ada kaler coklat dan putih. Diskuan yang di beri adalah 20% berbaloi seberarnya kalau beli. Untuk playpen plak harga RM300+ so murah la dan cantik. Tepuk dada tanya duit dalam poket cukup ke tidak nak beli?

Apa pun still lagi masih mencari baju Doraemon 1 set dan Tilam. Pasni nak pergi cari kat Parkson sebab semalam tak sempat kerana kengkangan masa. Selain Parkson nak cari kat Bebe's Home juga mana tahu terjumpa di sana nanti.

Sekian.


Monday, August 25, 2014

Bertandang - Umbai Melaka by Shooterpixtures

Salam,

Haihhh berkurun dah Majlis Bertandang kami baru sekarang nak upload gambar sampai baby dah nak keluar. Lagi pun album dan soft copy baru ambil masa raya ritu. Al maklumla our Jurugambar dari melaka so jauh dan tak berkesempatan nak ambil.

So saja nak kongsi gamba Memori Cinta kami berdua, masa ini saya dah pun berbadan dua dan tengah mabuk lauk, sakit belakang dan tak sedap badan. Tapi ku gagahkan jua senyum dan berdiri melayan tetamu. Sebelum sanding sempat mak urutkan pinggang sebab pinggang teramat sakit masa itu. Dugaan betul sanding sakit belakang dan mabuk. Sanding belah saya demam sampai suara tak ada belah lelaki pula jadi macam ini. Sabar dugaan semua ini.

Kami agak kepeningan nak memilih jurugambar mana masa bertandang nanti, masing-masing ada kawan sebagai jurugambar. Last kami memilih kawan suami yang jurugambar yang memang berasal dari Melaka senang nak berurusan dan dia arif kat mana tempat nak shoot yang terbaik untuk kami nanti.

Member punya pasal dapat la harga member, alhamdulillah rezeki anak mama ini. Kami booking tarikh masa semua agak lambat sebernarnya tapi rezeki kami mereka semua free masa itu. Jom cuci mata lihat gamabr kami dari Shooterpixtures.

Jom berperfume dulu sebelum sanding

Muke bambam, naik berat badan time ni.

Agaknya apa la saya tengah tengok masa ini

Pakai kasut dulu sebelum keluar rumah

Hai kalau la rantai ini belian betul...

Touch up, mak andam nak buatkan dia tak mau. Mengadanya suami.
Selfie dulu before gerak



rambut cacak tak ni?

(",)

Nak keluar keta pun tak larat, pening pale tapi sempat senyum bila snapping picture

Haii suami borak apa dengan pengapit awak tu?

Gerak ke dewan

Dua pengantin sekali 1 pelamin

Saya sayang mak saya

Family mentua, tema gold.

Mak dan abah sanding sekali, tema purple.

Hahaha, love this picture ibarat suami ku adalah raja, dan diriku hanya la isteri.

Senyum atas pelamin. Lenguh mulu senyum.

Di celahan kek pun jadi la ye.

This cake is to good and delicious. Abih kau sepupu dan anak buah balun.

Ok gambar di atas semua adalah dari rumah menuju ke Dewan Umbai, Merlimau Melaka. Sekarang kita akan gerak ke Outdoor session pula ye.

Memori Cinta di beri sempena bertandang kami 

Menuju ke kebahagiaan yang berkekalan

Lokasi ini adalah di tepi AMJ, time-time ini banyak tepi jalan yang terbakar.

Loving you my hubby

Layah ku yang panjang

Terapung di udara

You are to meaning full to me

Lokasi di atas di tepi Lebuh AMJ area Bukit Tembakau, penat hampir 2jam sahaja berada di sini. Now gerak ke Masjid Selat Melaka.


Masjid Selat

Penat + Happy + Bahagia

Masjid Selat Melaka 
Ramai yang komen gambar akhir ini boleh di jadikan kalender tahunan, haihhh takkan la kami nak buat kalender kot. Cuci kasi besar letak kat rumah jela senang dan cantik.

Kepada anda berminat mencari jurugambar di area Melaka dan ingin lihat hasil daripada mereka boleh la kunjungi https://www.facebook.com/shooterpixtures.

Baju kaler ini di pilih atas dasar kerana dah tak ada baju kaler lain yang menarik dan tertarik. Agak kurang puas hati sebenarnya tapi kami berdua ikutkan sahaja kerana mak mentua pilih butik ini. Asal ada baju untuk bersanding. Ye dak? hehehe

Sekian

Sunday, August 24, 2014

Barang baby dan keperluan ke hospital

Salam,

Rini nak kongsi barang baby yang dah di beli oleh kami... Kebanyakan barang beli time wholesales... Jimat sikit dan dapat bajet.. Hehehe... Kira mama ni agak dekut gak sebenarnya...

Antara barang yang di beli bag baby kale oren biru lagi tu.. Papa dia gila kn kale oren so mama ikut jela.. Tema oren biru untuk baby kami..

Kalau anak pempuan opkos pinky. Sebab mama dia gilakan pink. Huhuhu....Bag baby saya beli jenama pureen time wholesales last week, kebetulan nama keta suami pun puren so di suruhnya beli brand pureen. Di sebabkan dah beli beg terus siap-siapkan barang baby masuk dalam beg. Ter"excited" pula nak siapkan barang baby masuk dalam beg. So ini bag yang saya pilih untuk anak saya bakal lahir nanti.

Oren Biru by Pureen
Sisi Kiri, saya letak set mandian baby

Bahagian Belakang, saya letak wet tissue


Sisi Kanan, Letak Minyak Telon dan lain-lain
Harga beg ini RM40.00 masa wholesale Pureen, so sama je harga tak ada kurang lebih. Paling best dapat beli bedak pureen 3 botol dengan harga RRM10.00 sahaja. Bukan baby je boleh pakai mama dia pon boleh pakai sekali huhuhu, mula-mula tak mau beli bedak sebab stok bedak saya memang banyak yang tak guna lagi. Tapi dah terjumpa yang harga macam ni rembat jela.

RM 10.00 masa wholesales
Ok sini saya nak kongsi barang apa saya masukkan dalam beg baby untuk di bawa ke hospital, antaranya baju 4 helai iaitu lengan panjang suar panjang 1 helai, lengan pendek suar panjang 1 helai, jumpsuit 1, romper 1, topi 1, mitten and pair 3 helai, barut 3 helai, lampin 2 helai, selimut 1 helai, wet tissu 3 pek bersamaan 30helai, toiletries, pampers 1 pek kecil, tuala, sapu tangan dan minyak telon. 

Baju, barut, tuala, sapu tangan

Mittern and pair 3 helai, sapu tangan dan topi dia.
Alat mandian yang comel beli brand ini, tapi yang besar beli brand Pureen

Wet tissues brand OK Baby
Pampers tak beli lagi, sempat lagi nak beli nanti-nanti sebab tengah survey mana yang elok untuk new born. So ini antara barang yang saya masukkan dalam bay baby saya buat masa ini.

Baju baby saya rasa saya terlebih beli kot sebab dah berbelas baju dia saya beli, takut juga anak ni cepat membesar so kejap je pakainya. 


Ini antara barang baby dan barang saya yang sempat saya sambar masa wholesales
Abih beli semua barang ni masa kedua-dua wholesales ni RM320.00+ dapat semua ini, agak berbaloi juga la pergi wholesales. Jika ada lagi barang yang tak cukup saya beli lagi pas baby dah lahir nanti. Saya nak kongsi beberapa baju yang sempat saya beli.

Baju dan topi beli di Butik QQ Baby cawangan Seri Kembangan

Brand OK Baby romper RM 3.00 masa wholesales

Brand OK Baby Jumpsuit RM 10.00 kot (tak ingat) masa wholesales

Ada lagi beberapa baju yang malas saya nak tangkap gambar, bukan nak menjual ye dak. hehehehe.... kasut baby lupa plak nak sanp. Itu eksklusif sebab papa dia pilih, sampai malas nak tengok kasut baby itu. Nanti nak sedekah jela pada orang lain.

So pasni saya share barang mama baby pula untuk di bawa ke hospital. Sekarang masa untuk rehat di rumah bersama suami kerana minggu hadapan berada di kampung untuk kenduri.

Sampai bertemu lagi semua. Selamat bersantai di hari ahad ye.

Sekian

Saturday, August 23, 2014

Baby and Kidz Fair at MIECC The Mines Serdang 22-24 Ogos 2014

Salam,

Saya terlupa nak update entri Warehouse Sales Pureen minggu lepas di Shah Alam. Sebab terlalu sibuk banyak sangat perkara kena buat. Dengan kenduri kahwin kawan,open house melambak dan mak mentua pula datang sini dan last nak ke Warehouse lagi. Tak sempat nak pandang lappy or PC kat rumah.

So di sebabkan hari ini ada masa so saya nak update pada rakan dan teman mengenai Fair di The Mines minggu ini. Sebenarnya Fair di The Mines ini bukan sahaja untuk Baby and Kidz Fair tapi termasuk Exhibition untuk Home and Electrical Appliance. Company saya termasuk sekali join Exhibition di The Mines ini. Ia di anjurkan oleh KH Event Management Sdn Bhd untuk "Mega Home" bagi Home and Electrical Appliance manakala Linkz Event Sdn Bhd menganjurkan "Baby and Kidz Fair". I berada di tempat yang sama. So memang tak ruga datang sambil leh cuci mata tengok dan membeli barangan baby leh juga tengok barangan rumah.

Tapi "exhibition" kali ini saya tak join almaklumla mom to be so saya malas nak "join" company punya exhibition, penat kat sana sebab terlalu ramai orang yang datang dan kena "Entertain". Kawan saya semalam sibuk call saya cakap barangan baby banyak di jual di sana dan murah-murah harganya dan menyuruh sya datang di situ untuk tengok sendiri. Keterujaan kawan saya mencuit hati saya sebenarnya, ingat dia pada saya di opis ini ye. Apa pun saya sebenarnya telah 90% persiapan barangan baby dah sedia ada, so kalau pergi pasti membeli dan membazir.

Elakkan pembaziran dan kena berjimat, walaupun anak pertama saya sentiasa ingatkan diri sendiri mengenai perkara ini. Barang yang tinggal pampers New Born dan tilam dia je tak beli lagi. Tengak survey tilam Doraemon dan Pampers mana yang bagus untuk New Born baby.

So pada anda yang masih mencari barangan baby boleh la pergi Fair ini. Tak rugi dan tak akan menyesal cuma parking tula yang susah nak cari.



Selamat bershopping semua...

Wednesday, August 20, 2014

Senarai Keperluan Baby dan Ibu

Salam,

Sekian lama kata nak kongsi senarai semak barang baby n mommy baru hari ini sempat nak update. Bila kandungan dah masuk minggu  ke 29 rasa tak sabar pula nak sediakan ke semua barangan baby dan mommy. Teruja, tak sabar, happy dan seronok bila dah masuk trimester ke 3 ini. Saya punya doktor pun awal-awal lagi dah kongsi jantina anak kami. Hahaha no surprise and i already expecting that my baby is a boy. Naluri ibu mungkin dapat rasa yang my baby ini lelaki. Lelaki atau perempuan tak penting bagi kami, asalkan baby kami sihat serba serbi dan selamat di lahirkan.





Keperluan baby ini jangan pula sediakan lebih-lebih. Beli apa yang perlu sahaja karang membazir pula sebab new born baby ini tumbesaran dia cepat. So apa yang anda perlukan untuk menyambut orang baru dalam keluarga anda? Ini list saya buat so mungkin ada penambahan dari masa ke semasa akan saya lakukan dan mungkin ada benda yang akan di tolak. Saja share untuk bakal mommy seperti saya sebagai panduan sahaja. Set pantang saya rasa saya akan beli Brand Afiat, sebab banyak juga review mengenai set berpantang ini ok. Harga pun memang berpatutan.





Mommy:

1. Keperluan Hospital

Buku Pink

GL

IC

HP

Baju T-Shirt/Baju Blouse
5 helai
Kain Batik
3 helai
Sluar dalam (Disposal)
5 helai
Baju dalam (Nursing Bra)
5 helai
Stokin
2 helai
Tudung
3 helai
Tuala
1 helai
Tuala Kecil
1 helai
Pad Maternity
1 pek
Pad Biasa
1 pek
Alat Mandi (Sabun.Pencuci Muka,Berus Gigi,Ubat Gigi)
1
Selipar Biasa
1
Kamera
1
Bedak
1
Sikat
1
Getah Rambut (Extra)
1
Baju Sejuk
1
Beg Plastik Baju Kotor
1
Minyak Angin
1
Breast Pad
4
Makanan/Minuman (Milo,Roti,Kurma,Thermos,Air Masak)
Ikut suka
Tisu (Letak dalam kereta)
1
2. Pampers New Born
10 helai
Baju dan Seluar Panjang
1 helai
Baju Pendek seluar Panjang
1 helai
Jumpsuit
1 helai
Topi
2
Selimut
1
Lampin (Bedung)
2
Barut
3
Set Mandian Baby*
1
Minyak Telon
1
Tuala Mandi
1
Mitten
3
Wet Tissue
1 pek
Bedak/Lotion
1



Baby:
1. Pakaian

Baju dan Seluar Panjang
3
Baju Pendek dan Seluar Panjang
3

Romper
2
Baju dan Seluar Pendek
2
Jumpsuit
2
Mitten
5
Topi
2
Selimut
2
Barut
5
2. Diapering

Lampin
10 helai
Baby Pin
4 ( 1 pek )
Pampers New Born
1 pek
Wet Tissues
5 pek
Changing Mat
1
Botol Sembur Air
1
Nappy Liner
1 Kotak
Detergent Khas Cuci Baju Baby
1 botol
Baby Grooming and Care

Toiletries (Kecil)
1 set
Shampoo
1
Sabun
1
Bedak
1
Lotion Baby
1
Minyak Panas
1
Sapu Tangan
2
Tuala
2
Nappy Rash Cream : Jenama Bepathen dan Melamine. Jenama Bepathen boleh juga guna sebagai nipple cream. 
1
Vicks
1
Pemotong Kuku Baby
1
Nasal Aspirator - Yang ini untuk baby ketika baby kena selsema.
1
Cotton Bud
3 pek
Cotton Ball
1 pek
3. Breastfeeding

Botol Susu
2

Berus Pembersih Botol
1
Putting*
0
Cecair Perncuci Botol
1
Sterling Tablet
1
Breast Pump Set
1
Storage Bottle
1
Nursing Cover
3
Nursing Bra
5
Nursing Pad Disposal
6
Nursing Pad Washable
6
Thermos
1
Nipple Cream
1
4.Tempat Tidur Baby
1
Set Tilam
1
Kelambu
1
Tilam
1




Sekarang barang yang tinggal set tidur baby tak beli lagi. Cadang nak beli yang bercadar Doraemon kat 1 website ini http://www.familydiaperbag.com/. Comel-comel set tilam yang di jual dalam website itu. Harga pun berpatutan.

So pada mereka yang sedang menyiapkan barangan keperluan baby, di galakkan buat 1 list bagi memudahkan anda untuk semak semua barangan yang harus di beli. Selamat bershopping semua.

Sekian.