Tuesday, October 15, 2013

My E-Day


Dup dap dup dap....


Itu apa yang di rasa bila Majlis Pertunang akan berlangsung nanti. Majlis Pertunang ku adalah pada 23/3/2013. Tak dapat di sangka dalam jangka yang agak singkat mengenali bakal tunang ku pada saat itu adalah berakhirnya pencarian ku dalam percintaan. Dia adalah insan yang ku pilih untuk jadi teman ku sepanjang hayat akan datang.


Persiapan yang singkat hanya 3minggu, alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Terima kasih pada ibu dan bapa ku yang banyak membantu dalam persiapan ini.


Majlis ini tak undang sapa-sapa pun kecuali mak ku yang undang saudara terdekat sahaja. Alhamdulillah ramai juga yang hadir. Pada sepupuku maaf ku mohon sebab tak jemput anda tetapi ada juga yang hadir.


Berbalik kepada barang hantaran, hantaran yang telah di janjikan adalah 7 balas 9. Barang-barang hantaran kami akan ku buka 1 post khas mengenai barang hantaran kami. Mengenai pemilihan warna pihak perempuan memilih kaler ungu dan pihak lelaki pula memilih kaler emas.



Hantaran kedua belah pihak
Kebiasaan orang kampung bila anak saudara bertunang pasti ada mak saudara yang akan datang membawa hadiah untuk di buat hantaran. So barang hantaran ku telah melebihi dari 9. Terima kasih pada yang sudi memberi.

Cameraman tak sempat nak tempah last minta abang ku jadi cameraman bidang terjun. Ni antara gambar semasa majlis berlangsung.




Purple is my fav color

My Mr. Right


Selamat Bertunang Kek

Majlis berjalan lancar setelah selesai menyarung cincin di jari manis ku serta di jari manis tunang ku. Moga pertunanag kami akan di berkati. Aminnn...


Sekain.





No comments: