Salam,
Hari ini saya nak kongsi pengalaman saya mengenai luka jahitan cesarean berdarah. Saya alami keadaan ini semasa baru habis berpantang 44hari. Habis pantang saya dan suami balik kampung di melaka (MIL) punya rumah. Happy + excited sebenarnya sebab dah lama tak balik melaka last after raya.
Ammar pun alhamdulillah sepanjang perjalanan balik tak meragam. Yelah kereta bergerak so dia rasa macam terbuai dalam kereta so asik pejam mata jela ammar dengan mama sekali pejam mata.
Keesokan hari masa nak mandi macam biasa la buka semua kan dan cek s sebab siang hari tempat luka rasa pedih semacam. Cek punya cek nampak darah yang dah kering. Cuak jugak la masa tu so time mandi berjaga tak nak kena kan air sangat kat luka tu.
So tanya MIL sebab MIL pun ada pengalaman C-Section dulu. Dia kata dia sapu luka dengan minyak gamat, but my doctor said dont ever sapu minyak dekat luka. So sampai la ni tak pernah sapu apa-apa minyak kat luka tu.
Dok fikir lasak sangat ke buat kerja dan gerak? Tak jaga pantang ke? Pelik sedangkan telan manjakani tu macam tu. Walau pahit tersangat kerana nak jaga luka dalaman tu ku telan jua.
Apa pun sesiapa yang penah di belah perutnya (huhuhu) sila la jaga seelok mungkin. Lap kering, makan benda yang cepat sembuhkan luka dalaman, jangan buat benda berat, jangan angkat benda berat, dan pakai seluar dalam biar lebih dari luka.
Sekian.
No comments:
Post a Comment