Salam,
Terdetik rasa nak upload entri pasal makan-makan kt luar. Sebenarnya jamuan makan-makan ni dah lama, tapi saja nak upload sebab nk share dan kongsi pengalaman makan di sini, Masa adakan jamuan ini kami pergi seramai 20 orang + kanak-kanak. Ini semua adalah member opis mate lama dulu semasa masih bekerja di UPM serdang.
Aturcara jamuan ini saya yang
in charge, so mahu tak mahu saya mula mencari restoran yang sesuai dan makanan rasa best dan suasana keadaan cantik. Saya memutuskan untuk memilih Village View Restaurant atas faktor yang rasa berbaloi untuk buat jamuan di sini. Saya tak pergi walk in tapi saya awal-awal buat tempahan untuk makan di sini. So saya telah berhubung dengan salah seorang pekerja di situ iaitu Reza. Layanan yang di berikan pada kami saya berpuas hati kerana dia telah memberi cadangan untuk menggunakan konsep per pax berapa RM? kerana lagi mudah pengiraan dan juga pemilihan menu makanan.
Kami mengambil keputusan untuk menerima cadangan dari Reza dengan kos RM25.00 per pax. Ada beberapa pilihan menu makanan yang di cadangankan oleh Reza kepada saya. Sebelum buat keputusan mesti tanya pendapat lain kang ada gak tak mau bayar sebab makanan yang di order tk kena selera. Kes naya la nanti.
Menu yang kami ambil akan anda nampak di dalam gambar yang saya sertakan nanti. So sesiapa berminat nak pergi cuba silakan. Lokasi berhampiran Petronas Persiaran Jaya, Bandar Baru Bangi, ia tidak terlihat dari tepi jalan. Village View ini juga berhampiran dengan Rimba Klasik, Yankies Hut dan juga Soho Seafood.
Saya punya pilihan ialah Tomyam dan Ayam Pandan, luv it so much. So pada mereka yang hunting food and love jalan-jalan cari makan boleh la datang ke sini.
 |
| Air terjun dan ikan koi di hadapan restoran |
 |
| Makan time semua serius | |
|
 |
| Tempat makan di atas air |
 |
| Lampu hiasan berhampiran kaunter |
 |
| Nama bagi mereka yang booking order |
 |
| Siakap 3 rasa Village View style |
 |
| meja tersiap hidangan |
 |
| Ini la hidangan kami iaitu sotong tepung, tomyam, sup ayam, ikan siakap 3 rasa, kailan masin dan ayam merah |
Sekian.
No comments:
Post a Comment