Sunday, January 19, 2014

Rewang


Rewang jawa kampung selabak style

Umum sekarang ramai tahu maksud rewang. So entri kali ini saya nak kongsi pengalaman suami saya ber'rewang' di kampung saya. Jarang sekali saya dapat lihat hubby saya sibuk di dapur menolong orang. So kebetulan 2 minggu selepas kami berkahwin sepupu lelaki saya pun turut berkahwin pada bulan yang sama.
Alhamdulillah suami dapat tukar shift dengan member so dapat kami pulang ke kampung. Dapat berjumpa sanak saudara kembali.

Rewang ni selalunya bermula 1 hari sebelum majlis. So saya hubby dan keluarga sibuk kan diri untuk turut membantu majlis rewang. Untuk majlis kenduri keesokan hari makanan yang akan di hidangkan kepada para tetamu undangan agak banyak juga menunya. Untuk Mene Utama adalah seperti : Nasi Minyak, Nasi Putih, Ayam Goreng Rempah, Dalca, Rebung Kelapa Masak Santan, Pajeri Nanas dan Daging Kari. Juga Menu manisan mulut adalah seperti Bubur Kacang, Gemblong, Kerepek dan Kuih Muih.

Ini adalah tradisi bagi orang jawa bila mengadakan kenduri pasti banyak sungguh hidangan makan yang di sediakan. Ia sama seperti di majlis rumah kenduri saya, cuma bila kenduri perempuan lagi banyak makan dan hari untuk kendurinya.

Di pagi hari sebelum hari majlis kami dah ke rumah pengantin untuk membantu, saya membantu untuk menyediakan bubur sum sum untuk hidangan petang rewang nanti. Seronok dapat menyediakan makan tradisi. Sedap dan payah untuk di cari di mana-mana tempat. Kebetulan My MOM yang masak bubur ni so opkos la sedap. Bagi hubby dia menolong membuat gemblong. Dia sememangnya tak tahu apa itu gemblong? So selepas bantu dalam proses pembuatan gemblong baru dia faham apa itu sebenarnya gemblong. So ada tak sapa-sapa tahu apa itu gemblong?

Jom cuci mata tengok suami pukul pulut nak buat gemblong ni dan cara-cara membuat gemblong.

Pulut di kukus bersama kelapa


Selepas siap di kukus pulut perlu di pukul hingga lembut, sebab sekarang nak cari lesung kayu yang saiz besar payah so ini la motif lain untuk pukul pulut itu, masuk pulut dalam bekas plastik beras dan pukul guna tebu. Klasik gitu.

Ok sempat hubby post dan di hadapan hubby tu suami sepupu saya
Tapi sedih pic gemblong dah siap letak kat talam terdelete pulak dari hp saya. But its ok if ada lagi kenduri dan ada yang buat gemblong saya akan upload pic gemblong tu.

Now jom lihat saya bantu isi bubur sum sum dalam mangkuk polister nih bersama saudara dan my mom. Happy face and happy famliy.


Isi-isi bubur ni dalam mangkuk cepat sebelum sejuk
Ini la dia hasil bubur sum sum tu. Enak di makan bersama air gula melaka.

Seronok dapat rewang dan jumpa saudara mara yelah masa kita kahwin ni ada rewang just tak dapat la melepak kat dapur bantu itu ini kan.

Saudara mara dan jirang tetangga hadir rewang sesi pagi.


Sup tulang otw

Pergi la rewang jika ada jemputan. Seronok dapat membantu insyallah mereka yang kita bantu akan bantu kita di lain hari kelak.

Sebelum end kan entri ini nak share beberapa gamba masa hari majlis. Ramai yang tanya khabar pada kami dan ada juga wish selamat pengantin baru lagi pada kami dua. So senyum sokmo jela pada mereka. Apa pun Enjoy uolls......

Salam.

Hubby tersayang

Orang lain sibuk tunggu pengantin kami berdua sibuk snap. Orang lain duk perati kami dua wat dunno.

Sista and anak dia
Sekian.

No comments: