Tetibe teringin nak makan puding jagung tapi buatan sendiri, so apa lagi sesi menelepon mak tanya resepi. Kebetulan ada jagung kremer manis and kastad so dah boleh la buat puding jagung ni. Pertama kali mencuba membuat Puding Jagung.
Resepi mak saya bagi simple je nk buat. Jom tengok resepi kot-kot sama macam resepi korang :
1 tin jagung keremel / jagung kernel
1 tin susu cair
1 1/2 gula ( if tk berapa suka manis buat 1 cawan je ckup dah)
1 1/2 tepung kastad
3 cawan air
garam sedikit (ikut sukatan masing-masing ye)
Caranya
- kastard seeloknye di bancuh awal mudah sikit nanti nak kacau sebati.
- campurkan semua dalam kuali iaitu, jagung, susu cair, gula tepung kastard, air dan garam.
- gunakan api yang kecil masa memasak.
- kerap mengacau agar tidak hangit di bawah kuali dan aduna tidak bergumpal.
- setelah siap masuk dalam bekas kesukaan anda
- sejukkan dan siap di hidang
Stail saya :
- masak gune sudip kayu dan rajinkan diri mengacau aduan.
- masak ni anggaran dalam 20 - 30 minit, nak tahu mcm mn dah masak ia akn bertukar warna lebih pekat, berkilat dan adunan makin susah nak di kacau. (ada letup2 macam lava gunug berapi tinggi2 tu dah masak la)
- makan ngn aiskrim, memang masyuk...
![]() |
| Adunan dari permulaan hingga saat mengacau. |
Sekian.

No comments:
Post a Comment