Thursday, February 20, 2014

Shopping di Groupon

Assalamualaikum,

Groupon....Maklum ramai blogger di luar tahu akan mengenai laman web Groupon. Saya ni memang pelanggan setia tengok laman web ini. Macam-macam barangan yang ada dalam di website ini boleh buat sampai rambang mata. Harga yang di tawarkan sangat berpatutan. Tapi pada mereka yang tidak pernah mendengar mengenai laman website ini tak apa saya jelaskan di bawah.

Asas mengenai apa itu Groupon?
Groupon ini adalah singkatan "Group Coupon" yang di tawarkan pada hari berkenaan dan di beri potongan harga oleh mana-mana syarikat dalam mahupun luar malaysia. Groupon ni di asaskan oleh orang amerika dan permulaan pemasaran adalah di Chicago pada November 2008. Ia semakin hari semakin luas pasarannya di sekitar USA. Pada October 2010 Groupon telah pun memasukan pasaran luaran dan ia termasuklah Asia di mana negara yang telah mendaftar bersama Groupon.

Website Groupon Malaysia.
http://www.groupon.my/

Cara menggunakannya?
- Groupon ini macam kebiasan website lain seperti Zalora mahupon MySale pertama kita perlu daftarkan email kita atau guna Facebook anda, fungsi Groupon akan hantar email mengenai deal pada setiap hari yang ada.
- Tapi jika anda tidak berikan email anda pun tidak mengapa, kerana anda masih lagi boleh buka laman web ini. Jika anda cuba lihat akan laman web ni ia amat mudah untuk di pahami.

Cara pembelian?
- Jika anda berminat untuk membuat pembelian anda kena mendaftar di laman web ini. Jika sudah mendaftar anda hanya perlu menekan "Buy Now" kemudian pengesahan belian anda akan terpapar di web berkenaan.
- Jenis pembayaran melalui Bank Online mahupun kad kredit dan juga Pay Pal.
- Selepas selesai membuat bayaran anda akan menerima email dari Groupon mengenai pembelian anda berjaya atau tidak dan selepas itu anda akan menerima jenis pdf. dan anda perlu print kerana dokumen dalam bentuk pdf. itu membuktikan akan pembelian anda.Contoh akan di lampirkan.
- Setelah print anda boleh menggunakan Groupon anda di tempat berkenaan. Tapi perlu tahu setiap pembelian dalam groupon ada tempoh masa sah laku ke tamat tempoh.

Mudah dan pantas sert dapat buat pembelian barang dengan harga promosi lagi. Di sini saya sertakan contoh Groupon setelah berjaya membuat pembelian;

Contoh Slip selepas pembelian

 Info ini saja saya mahu kongsi pada anda semua bahawa terdapat pembelian dapat di buat dengan harga yang murah. Seronok dapat makan tempat kita suka dengan harga yang murah. So malam ini bercadang nak pegi makan Manhattan Fish Market dengan hubby. So pada korang yang nak makan murah, pergi melancong dengan harga berpatutan dan macam-macam lagi boleh la usha Groupon.

Sekian.

No comments: