Tuesday, November 18, 2014

Bersalin di Hospital Putrajaya dan Eclampsia (36 minggu)

Salam,

Alhamdulillah hari ni berkesempatan nak update blog setalah 1 bulan tak update. untuk pengetahuan semua saya telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.4kg di Hospital Putrajaya pada 9.10.2014 dan jam 12.22pagi secara pembedahan kerana saya menghidap eclampsia. Walaupun belum sampai EDD lagi dan baru hanya 36minggu sahaja kandungan saya tetapi saya terpaksa di bedah kerana di khuatiri akan membahayakan nyawa kami berdua. Kini syukur kami berdua selamat dan si kecil ku sihat sekarang dan dia sudah pun 42hari. Sini saya nak kongsi kenangan suka, duka, pahit dan manis semasa di hospital.

8.10.14 ( Hari Pertama) - Hospital Putrajaya, Wad Bersalin

Sebenarnya saya dan suami memang tak bersedia lagi dalam 36minggu akan menerima anak kami, yela EDD lambat lagikan. Actually sudah 3 minggu saya sakit kepala dan tekanan darah saya melebihi 140/90. Kebetulan pada 8.10.2014 saya pergi ke hospital putrajaya atas nasihat gynea saya, So kami pergi sehelai sepinggang dengan berfikiran tiada apa terjadi dan kami akan balik sebentar lagi after buat chekup. Semasa di OnG nurse minta saya uji urine saya, pengalaman dapat buat test urine sendiri dan nurse kata terdapat protein dalam urine dan saya di pindahkan ke wad bersalin siap ada nurse dapat ambil dan saya kena naik wheel chair lagi. Dalam kepala terfikir aikk kenapa kena pegi wad bersalin nih??? Dup dap dup dap la jawabnya.

Sampi di wad bersalin saya di minta baring di dalam bilik dan nurse cek degupan jantung baby (ultrasound) degup kencang jantung se kecil ku dalam perut sambil tekanan darah di ambil. Dari jam 4.30petang hingga ke 8.00malam saya di situ. erdapat protein yang tinggi dan tekanan darah saya tidak menurun dari 4.00 petang hingga  8.00  malam. Akhirnya Doktor Ain (yang merawat saya ketika di hospital) merujuk kepada doktor pakar iaitu Dr. Linda (yang bertugas ketika itu) menyarakan agar saya di bedah waktu itu juga oleh kerana terdapat protein dan tekanan saya tetap tinggi saya disahkan menghidap eclampsia, Woww woooo dear doc im not ready yet, dengan muka gelabah dan fikiran bercelaru. Doktor bertanya, mengapa awak tak nak cesarean section malam ni ke? Jangan macam tu puan, bahaya pada baby, puan nak ke baby puan mati? nanti kalau puan balik 2-3 hari ini puan pengsan dan koma macam mana??. Haaaahhhh!!! baby mati kalau tak operate?? . Cepat-cepat telefon suami dan beritahu berita tak di sangka, kebetulan suami pergi office sebab nak uruskan gl untuk saya. Saya terus minta suami balik bawa ambil barang apa yang patut dan datang ke hospital semula. Doc Ain cakap dengan staff nurse yang dia dah dapatkan katil untuk saya di wad. Dalam hati wow wow cepatnya semua dah tersedia untuk saya, setahu saya bukan katil di hospital ni sentiasa penuh ke? ahhh abaikan pasal katil. Nak call mak nak bagi tahu berita ini.

Saya terus di pakaikan tagging di lengan dan di minta pergi ke bilik yang tersedia di dalam wad bersalin. Saya di minta bersiap untuk pembedahan, suami pula dengar penjelasan doc mengapa perlu lakukan pembedahan malam ini juga. Ketika saya hendak di usung ke dewan pembedahan suami sempat datang dan mengucup dahi saya, terharu dan aie mata bergenang waktu itu.


9.10.14 (Hari Kedua) - Dewan Bersalin

Hampir 1jam saya selamat melahirkan baby boy, setelah baby keluar nurse datang tnjukkan muka dan minta saya kenalpasti  jantina. Nak share sumting, semasa operate badan akan menggeletar teruk akibat kesan epidural, selain itu perut anda akan di tekan (sakit sebab bahagan atas tak ada bius kan), perut anda di belah menggunakan laser (bau semacam masa di laser, tapi tak sakit pun) dan akhir semasa di cucuk untuk masukkan ubat epidural tak sesakit di sangka masih boleh bertahan. Habis je bedah saya di letak di bawah pemanas seketika srbab kesan epidural buat badan kita sejuk.

Selesai semua saya di tolak ke dewan bersalin dan tangan saya kanan dan kir di masukkan sumting, Belah kiri air elak saya lapar dan kiri ubat untuk darah tinggi, masuk je air tu dalam tangan memang panas satu badan ibarat kat hospital tu tak ada aircond. Kemudian baby saya pun datang, ku ingatkan dia akan bersama saya rupanya baby akan di tempatkan di wad dan saya di dewan bersalin. Mengapa saya di pisahkan?? tapi time tu memang tak larat dan penat so saya pun tidur la.

Selepas pembedahan sempat snap gambar

Siang hari doc datang lawat saya dan beritahu esok baru saya akan naik ke wad. Uwaaaaa ku rindu anak ku, Dorang hanya bawa turun anak sekejap-sekejap je dua kali je baby ku turun. Dan tu kat dewan bersalin hanya suami boleh datang tapi hanya sekejap je. Hari pertama saya hanya berbaring lain nurse uruskan. Tapi saya tak boleh makan lagi time ini so berbekalkan ubat yang di salurkan dari tangan jela saya bergantung. Time ni la saya emosi terganggu dengan persekitaran bising, baby jauh, tak leh terimma hakikat yang saya kena eclampsia. Dugaan datang menguji saya dan air mata berlinangan rindu anak dan suami.


10.10.14 (Hari Ketiga) - Wad 2A

Sesubuh saya di minta untuk cuba bangun dan pergi bersihkan diri. Belum bangun lagi dah terfikir aduhai macam mana sakitnya. Rupanya sakit masih boleh di tahan tapi terkedek juga la. Perut kena di ampuh supanya kurang bebanan. Jalan lagi sakit dari duduk. Tapi duduk lama memang terasa sangat kepedihannya.

Happynya rasa dapat naik wad boleh bersama si kecil ku. Dalam seronok dapat berita dari doctor pakar (Dr. Liza) saya kena menetap di wad selama 5hari bermula hari ini. Ini adalah kerana kesan ubat yang di masukkan ke dalam badan saya itu kesannya selama 5 hari. Ohhhhh seksanya lama sangat ini. Dah la kat dewan bersalin tu terseksa dengan kanan kiri ada jarum dalam tangan pastu dengan setiap 15 minit tekanan darah di ambil sampai tak cabut la benda alah tu kat lengan, lekat je sebab guna alat automatik. Pastu dengan kena cucuk lagi kat atas lengan alasan ubat nak bagi cair darah sampi lebam lengan. Memang terseksa dan alih-alih naik sini tak dapat balik, ya allah sungguh dugaan,

Tapi sedih hilang bila anak di tolak menuju ke saya. Dapat peluk cium dia dan tatap mukanya lama, walaupun kecil badannya tapi dia sihat. Dari hari ini kesukaran lain pula, sudahla kita sakit di perut anak pula kena angkat sendiri, seksanya rasa perut ini bila kena duduk masa nak menyusukan dia. Dugaan di turunkan, keredhaan sangat teruji.

Si kecil ku Muhammad Ammar Bin Muhammad Aminuddin, tapak tagan mama lagi besaar dari muka mu anak.

Selebih hari akan bersambung entri nanti. Gelora dada bila kongsi pengalaman saya. Dan apa itu eclampsia dan bagaimana ia boleh mengancanm kedua nyawa boleh baca di sini http://www.webmd.com/baby/guide/preeclampsia-eclampsia.

Sekian.

1 comment:

Anonymous said...

SALAM, SIS, BOLEH SAYA TAHU KOS BERSALIN CZER DI HOSPITAL PUTRAJAYA? SIS X AMBIK YNG FPP TU KN?