Tuesday, September 30, 2014

Daftar Bersalin di Hospital Putrajaya dan GL dari PMCare.

Salam,

Rasa berkurun tak update blog, rasa kemalasan nak menghadap laptop ini menjadi satu masalah besar untuk saya. Nasib baik kerajinan masak dan mengemas masih ada kalau tak larilah suami kita.

Alhamdulillah kandungan saya dah nak masuk 35 minggu esok. Keterujaan makin terasa dan makin tak sabar nak tunggu kehadiran baby.

Saya dah suami putuskan nak bersalin di Hospital Putrajaya sebab berhampiran di rumah dan opis dia. Tapi banyak juga terbaca entri dari blogger lain mengatakan mengenai Hospital Putrajaya ini, Kebarangkalian di tolak ke hospital lain amat tinggi. Al maklumla ramai pesakit di hopsital so di sebabkan itu Hospital Putrajaya terpaksa menolak pesakit yang datang. Jika tuah dan rezeki anda insyallah dapat juga bersalin di situ.

So saya dan suami pun hanya berserah pada Allah ada rezeki kami ada la nanti di Hospital Putrajaya ni, pendekkan cerita saya daftar bersalin di Hospital Putrajaya ini semasa kandungan saya 33minggu. Saya pergi pada hari Jumaat sebab doktor Gynea saya beritahu yang pendaftaran di Hospital Putrajaya ini hanya pada Isnin dan Jumaat sahaja. So selepas saya terima surat dari Doktor saya, saya dan suami pun pergi la ke Hospital Putrajaya. Ingat ye puan-puan bila nak daftar ini ada benda kena bawa seperti

i. Surat Rujukan (Dari Doktor anda)
ii. Buku Pink
iii. IC
iv. Kena ingat no IC suami (Bawa je suami ikut sekali senang)

Ok, pada anda yang buat pemeriksaan di Klinik sekitar Putrajaya, anda tidak perlu pun daftar di Hospital. Just bila dah nak bersalin anda terus je pergi Emergency dan tunjuk Buku Pink tu. Tapi pada yang bukan buat pemeriksaan di situ seelokknya pergi la daftar. If tak daftar rasanya boleh je kot nak bersalin di Hospital Putrajaya ini. Tak sure pula pasal ini kena tanya pihak Hospital takut bagi salah informasi.

Ok macam mana nak daftar saya kongsikan macam mana. Mula-mula perlu pergi ambil no dan tekan C if tak salah atau button nombor 3. Dalam 10minit nombor anda telah di panggil (cepat mungkin sebab tak ramai time saya datang tu). Time ini suami tengah cari parking lagi dia suh saya pergi dulu daftar. Jumpa orang di kaunter bagi Buku Pink dan Surat dari Klinik dan dia cakap nak daftar bersalin kat sini. So dia pun akan tekan-tekan keyboard masukkan data anda, so sambil-sambil tu anda boleh bertanya soalan apa sahaja berkaitan proses bersalin nanti.

Saya bertanya mengenai GL suami saya, dia bukan kerja dengan Kerajaan so kena la bertanya macam mana kan, kang nak bersalin dah payah pula nanti kalau tak taw pasal GL. Kepada mereka yang kerja Kerajaan perkhidamatan secara Online telah di sediakan untuk memudahkan anda. Kepada yang ada GL dari syarikat masing-masing anda harus sahkan cara pembayaran ke Hospital bagaimana. Sebab saya di beritahu bahawa ada GL dari syarikat yang memerlukan pesakit yang membuat pembayaran dahulu baru anda boleh claim pada syarikat GL anda.

Ok sini saya nak cerita GL dari PMCare (Telekom Malaysia). Saya di bertahu seeloknya kita minta pada HR di tempat kerja untuk uruskan GL bersalin nanti bagi memudahkan urusan. Bila dah borak-borak akhirnya saya di beritahu bahawa walaupun kita datang bawa surat GL pihak Hospital tidak akan lihat dahulu pun surat GL kita tu. Pihak Hospital akan tengok bila kita sudah selamat bersalin, sebab dorang nak tetapkan anda layak duduk di bilik mana. Pengetahuan anda, pihak hospital tidak akan menelefon PMCare bagi pihak anda, sebaliknya suami anda kena telefon sendiri pihak PMCare untuk mereka fakskan surat GL kepada pihak hospital.

Surat GL ada tamat tempoh ye untuk pengetahuan anda semua. So better jangan ambil surat GL awal sangat. Ok tamat cerita pasal GL, sekarang kita cite bab seterusnya selepas nama anda telah di daftar ke data Hospital.

Selepas daftar anda perlu ke Bahagian Gynea, macam mana nak tau mana bahagian Kaunter tu, sambil jalan di situ anda pasti nampak ramai perempuan mengandung tengah duduk di kerusi berhampiran kaunter. Sah-sah la situ kaunter yang perlu anda pergi, sampai di kaunter tu anda letak je Buku Pink anda dalam bakul yang tersedia dan Nurse bertugas akan ambil dan keyin lagi apatah dalam database mereka.

Kemudian nama anda di panggil dan di beri penerangan, bahawa "puan hanya daftar dan bukan datang booking bersalin di sini, jika tiada kekosongan mungkin puan akan di minta pergi ke hopsital lain" "selepas ini puan buat pemeriksaan di tempat yang puan pergi sekarang ye" "terima kasih puan". Ringkas dan padat, awal-awal dah di kabo yang mungkin kita tak dapat bersalin di Hopsital ini.

So dah boleh balik..... Terfikir juga kalau la katil penuh kena hantar ke Hospital lain, aduhai lah Ada rezeki anak ada la kan. Moga-moga dipermudahkan segala urusan nanti. So moga perkongsian yang agak panjang ini dapat beri manfaat pada anda semua.

No comments: