Thursday, January 3, 2019

Tadika Iltizam Jaya Putra Perdana

Alhamdulillah tahun baru dah pun menjengah kita. Tahun ni anak dah pun berusia 5 tahun and kami decide nak sekolahkan dia. Mama la paling excited mencari tadika untuk ammar kalau boleh yang dekat dengan rumah. Pusing satu putra perdana ni dengan kawan last mama pilih Tadika Iltizam Jaya. Tahun lepas masa mama pilih tadika berada berhampiran dengan rumah. Tapi last minit tadika kena pindah ke tempat baru. But its ok coz still lagi tak jauh mana and mama pun dah daftar kat cikgu su.

Saya nak share sedikit info berkenaan Tadika Iltizam Jaya aka TIJ. Tadika TIJ ada 2 cawangan kat Putra Perdana, 1 di Shop Lot berhampiran La Cottage dan 1 lagi di Seroja Apartment. Berkenaan yuran pula memang mampu bayar dengan pendaftaran RM600 dan bayaran bulanan RM140. Anak-anak akan dapat Baju Sekolah 1 pasang, Baju Sukan 1 pasang dan Buku Sekolah. TIJ juga ada menyedikan taska bagi ibu bapa yang bekerja so tiada masalah untuk ibu bapa berkejaya cari tadika dan taska 1 tempat. 

TIJ ada optional pilihan untu QAFA, so saya pilih untuk ambil kelas Qafa untuk ammar and bayaran tambahan di kenakan RM20 sahaja sebulan. Semalam pengalaman pertama ammar pergi sekolah after 1 year mama jaga lepas berhenti kerja. 

Cabaran bangun pagi done by him self, dia dengar alarm dia bangun sendiri. But cabaran paling besar sekolah memang dah duga dia akan menangis and minta bukan-bukan. I waited until break time try to make him understand to eat with friends and the way to behave will im not around. Tadika ada sediakan makanan tapi mama juga sediakan bekal untuk ammar risau dia tak nk makan kuih yang tadika order. After time break mama balik tinggal dia. 

Time balik we both pergi ambil panas badan dia makin naik. Papa mcm biasa cakap esok MC but mama try bagi panas badan turun. Saya kerap mandikan dia bagi badan dia sejuk and minta dia rehat and tidur. Ubat jangan lupa, and alahamdulillah subuh tadi panas dia dah susut and ready to go school today.


2nd day school dia malas bangun and tak nak pergi school alasan "TAKUT". Pujuk punya pujuk dia minta papa hantar dia ke school dengan kami bagi alasan papa tunggu kat bawah dalam kereta. Today mama bekalkan dia nuggret and oreo. Before ammar go to school mama minta dia makan takut dia lapar pula macam semalam. Hope today dia boleh biasakan diri and tak nangis macam semalam.

Here is the memory of yesterday

Dia minta bekal nasi and telur


Sebelum kelas bermula mereka perlu bersenam dahulu. Tapi ammar buat senaman muka



Moga dapat bantu ibu bapa luar sana untuk cari taska di kawasan sini. Nanti mama share lagi apa-apa info masa depan.

No comments: