Salam darls,
Cerita pasal makan ni memang saya suka sangat. Makan kan sapa la yang tak suka. Kali ini saya menjengah ke restoran Laman Grill Steak and Bar-B-Que yang di ilhamkan oleh Chef Zubir iaitu Chef di dalam rancangan Master Chef Malaysia.
![]() |
Selamat datang ke Laman Grill |
Saya dan kakak saja datang ke sini untuk menikmati hasil tangan Chef Zubir. Hiasan dalaman kedai ni not bad di mata saya. Gambar untuk hiasan dalaman alamak lupa ambil la. Hehehe maaf ye.
Ok tengok punya tengok dan selak punya selak saya memilih menu hidangan Grill Spring Chicken (sos sy mintak blackpepper) dan air pink guava. Untuk my sister pula dia order Clam Potato Chowder dan juga Laman Grill Burito's untuk air sama macam saya pink guava.
Rasa dia boleh tahan bagi Clam Potato Chowder dan ofkos tak dapat lawan rasa dari US dan Burito's dia memang umphhhh sebab dah tukar ke citarasa malaysia. Yang tak umphhhnya makanan saya 1jam setengah baru sampai. Sedih sangat rasanya bila makanan yang di nanti tak sampai-sampai.
Apa la nasib ku, haih perot dah berbunyi tapi makanan tak juga ada di hadapan mata. Akhirnya sampai juga makan ni depan mata. Katanya ayam dara, so kena cari kat ladang kot untuk dapatkan ayam ni tu lambat sampai.
![]() |
Inilah hidangan yang saya kena tunggu 1jam setengah. Fuhhh letih tunggu. |
![]() |
Sorry... sweet right.... Tiramisu |
So rasa makan di sini saya bagi 4 bintang. Salad saya memang sedap dan burito's akak saya pun sedap. Itu pilihan makanan saya untuk hidangan kali ini.
So anda semua boleh la mencuba makanan dia Laman Grill. Restoran ini terdapat 2 cawangan, satu di Kajang dan Shah Alam.Anda boleh la layari laman web http://www.lamangrill.com/ untuk lihat menu dan lokasi.
Sekian.
No comments:
Post a Comment