Salam,
Siapa antara anda pernah ke sini?? Jom share nak pengalaman ke sini bersama-sama. Saya pergi sini time cuti sekolah dalam bulan 9 macam tu. Sebenarnya plan nk ke sini memang tak di rancang pun. Ia bermula bila kakak pertama saya bercuti di kampung dan anak abang pun turut berada di kampung without mak dan ayahnya. So mereka semua bercadang untuk mandi manda di sini last2 ajak saya join sekali. So saya tanpa fikir panjang dalam jam 12.00pm saya shoot taska anak kakak ku yg ke 2 ambik aiman dan ke umah hubby (time tu tunang lagi) ajak dia teman sekali. Nasib hari tu dia off day so boleh la ajak dia temankan saya dari drive sendiri dari Puchong ke Sungkai ni.
Ok jalan nk ke Hot Spring ni senang sangat. Anda perlu la mengikuti Lebuhraya PLUS menuju ke utara dan Exit di Sungkai. Selepas exit di simpang pertama perlu ambil sebelah kiri, dalam perkiraan 1km anda akan berjumpa 1 simpang tanpa traffic light dan belok ke kiri. Kat jalan ni ada signboard nak ke hot spring ni jangan risau. Jalan masuk sini anda perlu melalui Felda Sungai Klah terdahulu baru la jumpa hot spring ni.
Harga tiket untuk masuk ke Hot Spring ni ialah:
Kanak-kanak : RM 8.00
Dewasa : RM 12.00
Fasiliti yang ada di Hot Spring complete, tempat penginapan, tempat makan, PBSM, tandas dan juga shuttle. Ok jom explore dalam ni, tapi malangnya sebab syok sangat mandi dan tetiba lengan tunang tercedera saya pun jadi kelam kabut la sampai lupa nak snap pic semasa berada di kolam air sejuk.
Macam mana lengan dia tercedera? semasa di sliding dari gelongsor secara tidak sengaja dia berpaut pada gelongsor di tepian dan tercedera, kerana ada simen yang tidak rata terdapat di gelongsor itu so pada anda semua minta ye berhati-hati agar tiada kecelakaan berlaku.
Panik-panik saya pun bawa dia ke pondok PBSM dan mereka mencuci lukanya dan membalut agar tidak terkena percikan air. Hai tunang ku (hubby) macam-macam jadi lagi masa perkahwinan makin dekat.
So apa pun ada gak pic masa di kolam air panas so leh la upload untuk tatapan anda.
Aiman posing sebelum pergi mandi |
Ni tempat rebus telor sebab air dia super panas. Telo ni ada di jual berhampiran kolam ni,. |
Berehat di tepi kolam air panas. Memang panas air ini. |
Tanda bahaya di hujung. Memang lagi panas di sana. Anak buah ku berdua angkat tangan. Pose apa tah. |
Kena snap pic so saya tak ada |
Tu aksi mak saya cuba nak letak anak buah saya si Ally ke dalam air ini. |
Huhu berjaya tapi Ally dengan pantas naik semula ke atas. |
Mizan Qistina pose cute. "Konon" |
En. Tunang.. Lihat lengan kiri ada plaster yang di tampal. |
Sekian.
No comments:
Post a Comment