Monday, November 25, 2013

Hantaran Nikah dan Hiasan dalam Bilik Pengantin (DIY)

Idea gubahan hantaran

Salam,

Hantaran nikah idea datang dari saya sendiri sama seperti gubahan semasa tunang. Hantaran saya simple dan ia bertema pink dan putih. Manakala di dalam bilik tema kaler lebih kepada putih. Mengapa saya menyusah diri untuk buat gubahan hantaran sendiri? Sebab ia seronok dan saya minat mengubah hantaran ni.

Perkara pertama saya perlu fikir untuk datang idea ni bunga seperti mana sesuai untuk di guna bagi dijadikan gubahan dan bekas seperti mana sesuai dijadikan hantaran. Oleh kerana bakul hantaran untuk tunang kami DIY sendiri so kali ini untuk hantaran saya putuskan untuk beli je.

Keputusan di buat bakul bersegi bulat saya akan gunakan sebagai hantaran. Agak susah nak cari bakul bersegi bulat ni di kedai-kedai. Alhamdulillah cari di selangor ke johor akhirnya jumpa di kampung halaman saya teluk intan. Bunga pula saya memilih bunga rose kadar besar dan akan mengelilingi bakul saya bersama bunga orkid kecil. Warna bunga rose pink,putih dan sedikit hijau muda dan orkid putih pink. Jangan lupa ye lapik dalam bakul tu kena ada dan lace untuk hiasan.

Macam biasa saya buat hantaran ini di kampung kerana duduk rumah kakak kan agak sukar nak menyepah barang ni. Di bantu oleh mak saya siap juga hantaran dari saya kepada suami saya. Hantaran kami 7 berbalas 5.

Antara hantaran kami :

Perempuan
1. Baju dan seluar
2. Sejadah
3. Perfume
4. Kasut
5. Kain pelekat, surah yassin, tasbih dan cincin
6. Set dompet, tali pinggang dan pen.
7. Buah buahan tempatan.


Lelaki
1. Hand beg
2. Sepersalinan baju
3. Kasut
4. Perfume
5. Mas kahwin dan gelang emas.

So ini adalah untuk gubahan hantaran dan bercerita hiasan bilik pengantin. Cadar kahwin saya beli jusco sahaja time sale masa tu. Then bunga-bungaan saya beli dan hiasi di bilik. Bantal love jangan lupa pula penting tu simbol cinta saya pada sang suami. Lampu bilik tidur juga memainkan peranan penting bagi saya. So saya memilih yang simple dan nice utuk di jadikan hiasan dalam bilik.




Hantran dari pihak saya dan ia DIY oleh saya sendiri termasuk hiasan dalam bilik ini.

Kerana saya amat sibuk samapi hantaran satu persatu pun tak sempat nak snap. At least ini sahaja yang ada.
Miss this room and by this thursday saya akan balik kampung. Yipppi......

Sekian.

No comments: