Monday, January 20, 2014

Resepi Donut Simple

Donut Resepi Mak

Salam,

Setelah bergelar isteri membuatkan saya rajin ke dapur dan masak untuk hubby. Kebetulan barang-barang ada di dapur so apa lagi mari mula operasi buat donut resepi mak. Donut resepi mak saya ni tidak menggunakan majerin atau pun butter. Saya akan kongsi resepi mak untuk anda semua kemudian.

Kebiasaan bila dah siap apa yang kita masak then hubby makan mesti kita rasa gembira, tapi lagi rasa gembira bila dia kata " sedap sayang masak " senyum sampi telinga la kita. Syukur alhamdulillah dapat pujian dari hubby. Resepi mak saya ni saya dapat masa zaman remaja lagi belajar sebab saya penggemar donut. Donut ni gebu di dalam dan rangup di luar. Tapi hati-hati jika mencuba, cubaan anda tidak menjadi. Jom kita tengok resepi mak.

Bahan-bahan : Anggaran 10 - 15 biji donut

Tepung Gandum - 3 cawan
Gula - 1 sudu besar
Garam - 1/2 sudu teh
Minyak Masak - 3 sudu besar (perlu di panaskan)
Mauripan - 2 sudu besar
Air - 1 - 1/2 cawan (ikut pada adunan anda)
Telor - 1 biji (letak jika suka) *saya tak letak
Minyak - Secukupnya untuk menggoreng
Gula - Kisar ( beli gula icing )

Cara-cara :

1. Mauripan masukkan di dalam bekas lalu letak sedik air suam ke dalam dan biar hingga ia mengeluarkan buih di permukaan. Tempoh ini dalam jangka masa 10minit.
2. Masukkan tepung dan gula ikut sukatan dalam bekas.
3. Kemudian garam perlu di bancuh bersama air sedikit baru letak dalam tepung.
4. Gaul sekekita adunan ini, baru di letakkan mauripan yang sudah kembang.
5. Panaskan minyak masak seketika. Setelah panas masukkan minyak panas sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
* 6. Masukkan sebiji telur ke dalam adunan dan gaul sebati. ( if tidak menggunakan telur anda boleh skip )
7. Terakhir masukkan air sedikit demi sedikit pada adunan hingga sebati. ( jangan hingga ia terlalu lembik atau keras ).
8. Setelah siap adunan biar seketika selama 20 - 30 minit agar doh anda akan naik.
9. Selepas doh telah kembang naik anda perlu memukul doh anda supaya angin / udara di dalam doh dapat keluar. Uli seketika setelah di pukul.
10. Bentukkan adunan mengikut kreativiti anda.
11. Siap untuk di goreng.
12. Setelah masak golekkan donut pada gula anda.

Tips:

1. Minyak panas perlu la menggunakan minyak yang baru ( bukan minyak yang sudah di guna yerrr). Pastikan minyak anda betul2 panas. Bila di curah minyak panas dalam adunan tepung bila di uli akan bergumpal. Jangan risau anda hanya perlu pecah kan gumpalan tepung itu.
2. Garam mengapa perlu di bancuh dahulu ini kerana jika anda tidak membuat bancuhan garam, garam itu akan ada sebutir di dalam doh anda nanti. Jika di bancuh rasa masin itu akan sebati dalam doh.
3. Pengiraan untuk adunan saya ini anda boleh ubah mengikut kehendak masing-masing. Jika suka masin boleh la lebihkan sukatan ni jika tidak maka sebaliknya.
4. Tips menggoreng donut mudah, pastikan minyak betul2 panas dan selepas donut semua berada dalam kuali maka kecilkan la api agar tidak hitam di luar dan tak masak di dalam.
5. Lebih mudah selepas siap menggoreng anda terus letak pada gula icing supaya mudah ia melekat.

Gambar hiasan, hasil dari tangan saya :
Donut resepi mak
Saya bila buat donut ni tak ada menggunakan acuan yang ada di jual. Guna tangan dan bentuk-bentuk macam cincin taw bola. Bentuk bulat ni senang nak makan. Sekali ngap pun bole suami saya makan.

Jika anda nak tukar dari guna icing sugar kepada lain, anda boleh la buat topping atas dia ikut kehendak masing-masing.

Ada juga orang lain mencuba tapi tidak berjaya buat donut lembut isinya. So harap anda semua berjaya dan selamat mencuba resepi ini.

Sekian.

3 comments:

Puan maggie said...
This comment has been removed by the author.
Puan maggie said...

Saya da try buat donut lembut & sedap sangat thanks share resepi.. ��

Unknown said...

awak letak telur tk...