Sunday, September 7, 2014

Dinner di Restoran Haji Sharin Low Cyberjaya (Chinese Muslim)

Salam,

Weekend adalah hari yang seronok, kebetulan suami tak bekerja hari ini sebab kawan dia ganti slot dia, tapi suami akan ganti slot kawan dia next week pula. Apa pun as long weekend my hubby with me and im feel so happy. Tengah ari just masak masakan simple, chicken wing with salad and mayonis sos and my hubby makan pizza (mat salleh sangat).

Dah alang-alang hujung minggu dan suami pula cuti, suami pun ajak pergi dating petang ini. Selalunya kalau kami dating memang tak ada tempat lain Cyberjaya la tempat destinasi yang di tuju. Kami menghala ke Taman Tasik Cyberjaya, perghhhh memang ramai la umat di sini petang tadi. Masing-masing datang bersama keluarga sambil cuci mata dengan pemandangan yang cukup indah sekali di tasik.

Kebetulan pula kami di sini bertembung dengan kakak ku, sah mesti bawa aiman (anak akak) pergi main di taman permainan. Sambil borak-borak suami memasing sibuk membeli aiskrim untuk kami. Tapi tak lepak lama pun sebab kami nak menuju ke bank dan tempat lain. Syoknya panas-panas dapat makan aiskrim.

Muka puas hati dapat makan aiskrim

Tetiba pula saya mengidam kek Secret Recipe (SR) dan makan masak cina muslim. Kebetulan area cyberjaya ada kedua-dua tempat ini dekat area Restoran Saba yang famous amous tu.

Nak pergi shopping mall tak buka lagi. Kejap lagi ada la TGV dan shopping mall area Cyberjaya ini. Wahhh syok tak yah pergi Alamanda atau Pusat Bandar Puchong lagi semata nak pergi shooping mall dan tengok wayang.

Ok back to story makan, kami pergi beli kek dulu di SR, suami sahaja ambil 4 slice and saya hanya pilih 1 slice. Nak New York Cheese Kek tapi abih pula so last no choices ambil Banana Cake dan suami ambil black forest and Oreo Cheese Kek.

After membeli belah kek kami ke kedai sebelah SR iaitu Restoran Haji Sharin Low ( Chinese Muslim ) untuk dinner.


Cantonese Fried Koew Teow (Berkuah) this is mine
Sotong Sambal dan Kangkung Belacan hubby punya

The taste is not bad for me, but my hubby say dia tak leh terim tekak makan dua dish yang dia pilih. Last hubby makan saya punya dan saya makan nasi dia. Hahahaha.... Sungguh lawak dan sungguh kelaka.

Banner bersama alamat dan no telefon
So for those yang nak rasa kelainan dan nak tukar arah tempat makan boleh la mencuba di sini. Setahu saya dia ada banyak cawangan area Lembah Klang. So after done our dinner time for paying, total for all what i eat is RM 40.30. So for me the price is normal but for my hubby "mahal la anje" apapun tepuk dada tanya selera.

So after this my entry would be recipe for Chicken Grill Black Paper with Cheese and Ceaser Salad with chicken and croutons.

Moga berjumpa lagi semua.

Sekian.

No comments: