Monday, September 8, 2014

Majlis Doa Kesyukuran, Bacaan Yasin dan Tahlil (Syukur dapat 2 cucu)

Salam,

Sudah 1minggu lebih Kenduri di kampung telah berlalu, baru sekarang nak update sebab tengah berkira-kira nak reka ayat. Kenduri yang berlangsung alhamdulillah ramai juga yang datang. Syukur pada illahi dapat juga berkumpul bersama untuk menjayakan kenduri ini.

Menu untuk kenduri ni mak yang pilih ikut kehendak akak ku, haihhh kite ini teringin nak makan lain tapi mak nak ikut tekak akak ku yang tengah pregnant so kita folo on jela, saya kan adik. (",)

Kami balik ari sabtu petang, sebab suami ini punyai masalah nak meninggalkan PS3 dia. Sesampai kami di kampung kami berehat, kepenatan saya duduk lelama dalam kereta. Menjelang hari ahad kami sekeluarga dapat bekumpul bersama. Paling best breakfast ubi rebus bersama sambal ikan bilis dan nasi goreng. Memang syok dapat makan ubi rebus dengan sambal ikan bilis lagi-lagi mak yang masak.

Petangnya saya menemani mak dan abah ke giant beli ayam untuk di masak. Suami dan adik beradik lain pergi keluar untuk minum petang. Boleh kan suami dan isteri bergerak berasingan. Saya siap teman mak petik daun ubi kayu lagi, masuk kebun dan shopping barang untuk kenduri besok. Perghhh balik-balik kaki krem sebab terlalu lama berdiri dan berjalan. Sebelum pergi beli barang saya pergi kenduri akikah anak kawan. Lama tak berjumpa dia last jumpa sekolah rendah sampai la ni. Apa pun alhamdulillah dah 2 orang anak dia sepasang dapat, laju je dia.

Malam sebelum kenduri kami sekeluarga sibuk mengupas bawang,kopek kentang,siang udang,goreng ayam, asingkan daun ubi dari batangnya, dan lain-lain. Seronok dapat rewang antara adik beradik dan bersama anak buah. Saya pukul 11 dah masuk tidur kerana kaki ku yang terlalu sakit berdenyut.

Terjaga dari lena terdengar mak blender bawang dan lain-lain, tapi dalam hati rasa seperti tak puas lagi tidur. Ketika bangun baru sedar yang mak dah bangun kul 4 pagi gara-gara tak dapat lena tidur sebab batuk. Kesian mak tak dapat tidur dan sorang-sorang kat dapat tengah masak breakfast bihun goreng untuk tetamu yang akan datang kul 8.00 lebih nanti.

Kenduri kali ini saya tak masak, hanya bantu buat kerja lain. Paling best mak cik ku akan menghantar apam manis dan pau. Kebetulan mak buat kuah durian perghh memang mabeles la breakfast pagi tu. Menu untuk breakfast adalah Bihun Goreng, Karipap, Pulut Panggang, Apam Manis kuah durian dan Pau.

Sebenarnya mak memanggil 2 kumpulan iaitu kumpulan wanita bacaan Yassin dan Kumpulan lelaki untuk tahlil. Kumpulan wanita datang waktu pagi dan lelaki datang waktu tengahari. Usai saya sibuk menyiapkan diri sebelum kumpulan wanita datang, sedara mara datang untuk membantu. Tetapi kebanyakkannya semua hidangan telah siap di masak oleh mak dan kakak sulung ku.

Menu untuk tengahari adalah Ayam Kicap,Ikan Rebus Goreng, Kari Udang, Keluban (Kerabu) dan telur rebus. Yang specialnya kami buat makan dalam dulang, aka bancaan/berokohan. Seronok makan dalam Ambeng sama-sama. Selain nasi ambeng akak saya ada buat jajan pasan aka Jajan yang letak dalam talam, ini tradisi orang jawa. Kalau lain tak tahu pula ada buat atau tidak.

Anak buah ku bersama my hubby yang senyum haihh tah apa tah

Lihatlah diriku yang bambam dan anak buah ku yang sudah besar belaka

Time ini ramai sudah tetamu yang hadir sempat juga kami bergambar depan rumah. Huhuhu sebelum bermula mari selfie ye anak-anak perempuan ku.


Kumpulan wanita yang sedang bersarapan


Jemput-jemput makan dulu

 Sambil mereka bersarapan akak saya dah pun keluarkan jajan pasarnya di depan, yang membalunnya anak buah ku dahulu sebab budak-budak tak ramai lagi time ini datang. Habis separuh kat mereka sahaja. Huhuhu seronok la tu 1 talam jajan depan mata ye.


Pilih nak mana jajan yang suka

Bila sahaja bacaan yassin bermula bermula la doa untuk anak ku dan anak akak ku agar selamat keduanya bila bersalin dan sempurna sifatnya. Ammminnn..... Insyallah sempurna dan selamat kami berdua.

Yang ada daun pisang tu la Nasi dalam talam

Bismillah

1 talam boleh makan 5 orang


Pic macam mana di susun alamak lupa pulak nak ambil. Yang kami buat ini lebih kepada Bancaan yang di panggil sebab kena ada keluban, if nasi ambeng nasi kena letak dalam besen dan di tekup atas talam lauk perlu ada serunding,mee goreng, ayam atau ikan masak kicap. Jangan terkonpius pula ye
Jawa banyak versi makan-makan gini, seronokkan jika kita masih lagi buat benda-benda yang hampir nak pupus zaman.

Kumpulan lelaki mereka hanya makan buffet sebab dorang makan kat khemah luar, hanya kumpulan wanita yang baca Yassin di dalam rumah. Apa pun segalanya berjalan lancar. Adik beradik pun dah kepenatan mebanting tulang termasuk suami yang selama ini tak pernah buat kerja berat macam ni dari malam hingga ke siangnya.

Jelang petang semua adik beradik menuju destinasi ke rumah masing-masing, al maklumla selasa anak-anak sekolah. Saya dan suami pula selasa bercuti tetapi suami dah ajak pulang dari petang tapi saya menolak dan ajak balik malam sebab nak jumpa anak sepupu yang lahir pada hari merdeka. Balik kampung penuh dengan jumpa baby je tapi semua baby girl, anak dalam ini je boboy.

Apa pun dapat lepas rindu pada mak, abah dan kampung. Insyallah bulan 11 balik kampung lama sebab berpantang di sana. Huhuhu....

Ok la semoga bertemu lagi besok, saya dah sampai masa nak menutupkan mata kerana kepenatan bekerja siang hari.

Sekian.

No comments: