Monday, April 28, 2014

Rendang Ayam

Salam,

Masa preggy ni la ngidam rendang ayam makan dengan ketupat. Nak minta mak buat, mak jauh. So nak tak nak buat sendiri sebab tak berapa suka rasa bile rendang beli. So sebelum balik kerja dok kira-kira apa nak beli bahan nak masak rendang.

Saya punya ramuan rendang ni simple dan citarasa sendiri dan resepi dari mak. Tak pe saya kongsi resepi rendang saya.

Bahan:

Ayam 1 ekor (potong kecil)
1 Santan ( kotak, parut biji)
Serai 3 - 4 batang
Halia ( Ikut cita rasa)
Kerisik (buat sndri atau beli siap je, 1 pek kerisik siap)
Cili Kering 15-20 tangkai (Siap blender, ikut suka nak pedas ke tidak)
Bawang Kecil 5 ulas
Bawang Besar 1 ulas
Bawang Putih 3 ulas
Daun Kunyit 1-2 helai
Bahan perasa

Cara:
1. Goreng ayam separuh masak dan ketepikan.
2. Cili kering, bawang kecil dan besar, bawang putih dan serai di blend. (saya sekalikan semua ini, tapi nak asing pun boleh)
3. Tumis bahan yang di blend hingga naik bau dan masukkan serai titik (1batang), kemudian masukkan ayam yang di goreng tadi. Biar hingga semua bahan meresap sebentar lalu masukkan santan dan kerisik. Gaul rata masukkan perasa secukupnya dan daun kunyit yang di potong atau racik halus.
4. Siap untuk di hidang.

Rendang ayam yang baru je masak.
Di makan dengan nasi pun sedap. Kata suami saya, di makan bersama nasi panas serta cencalok. Style apa tah di makan oleh suami. Asalkan dia suka apa yang isteri dia masak. Kebetulan mak dan akak datang umah dorang pun sama dapat merasa. Saya happy bila dapat jamu orang makan. Saya ngidam je lebey sekali makan perghhh tekak tk boleh terima.

Sorry kuali comot, gini la orang masak nak cepat siap kan. Tak ada seni tapi asal kan ada rasa rendang ayam. Tak gitu? Nak cuba resipi ni silakan.

Sekian.

Kehamilan Pertama yang amat mengujakan

Salam,


Setelah sekian lama tak update blog. Baru hari ini berkesempatan nak update blog, kisah hari ini saya nak kongsi dengan anda semua iaitu smua dah taw baca tajuk. Alhamdulillah, kandungan saya sekarang dah masuk 3 bulan dan due date doctor bagi awal bulan November.

Kehamilan ini memang di nanti oleh suami saya, plan lain jadi lain. Tapi saya tetap bersyukur dengan kurniaan dan rezeki Allah nak beri pada kami berdua. Happy juga ada baby dalam perut saya sekarang. Perubahan sewaktu termister pertama memang tak syok la. Macam ibu-ibu lain saya pun tk terkecuali kena sakit simptom preggy ni.

Awalnya saya tk pasti saya mengandung, tapi suami yang pasti saya mengandung sedangkan saya baru je lewat datang 3 hari. Dengan confident level yg tinggi dia sndri sah kan saya mengandung. Bila dan 2 minggu lewat saya wat test memang sah saya mengandung. Happynya suami tak terkata.

Awal kehamilan saya, saya alamai kekejangan urat yang agak teruk. Kebetulan Majlis Bertandang saya pada bulan 3 dan masa itu adalah bulan pertama nak masuk bulan ke dua. Kekejangan yang di alami sememangnya teruk. Nasib mak dan kakak ipar sudi nak mengurut. Loya dan sakit kepala ada tapi tak seteruk mana.

Masuk bulan kedua nak ke tiga saya alami alahan pula. Sakit kepala, morning sickness, kejang urat bahagian perut dan juga mabuk. Ku tahan kan saja sakit yang di alami. Al maklumla saya ni bekerja so memang agak payah bila kena sakit ni. Tu namanya nikmat mengandung kalau tak rasa sakit ini tak ada lah kenikmatannya kan?

Alhamdulillah sekarang masuk bulan ke tiga, Alahan mabuk dan morning sickness saya makin berkurangan. Tapi simpton kuat makan pula berkuasa sekarang. Macam-macam rasa ada bila kita berbadan dua. Demi anak dalam kandugan sabar hadapi semua.

Saya dan juga kakak saya mengandung pada tahun sama tapi due date dia awal 2 minggu dari saya. So mak dan abah dapat dua cucu la tahun ini. Rezeki Allah nak bagi pada keluarga kami, kami merancang segalanya Tuhan yang tentukan.

Sampi la ni saya tak pergi lagi buka buku. Suami sarankan buka buku di Klinik Swasta, tah apa alasan dia tk bagi tahu pula. Insayallah Khamis ini saya akan buka buku di Klinik.

Harap kepada mereka juga yang sedang berbadan dua, moga kandungan anda sihat dan selamat hingga masa kelahiran nanti hendaknya.

Nanti saya akan kongsikan rutin pemakanan saya. If rajin.

Sekian.

Friday, February 21, 2014

Kisah Inspirasi (Pengajaran)

Salam,

Perlumbaan antara Angin meniup Monyet (Kisah Pngajaran)

Alkisah.............

Seekor monyet sedang bergayut di pucuk pohon kelapa, si monyet tidak menyedari bahawa dia sedang di inati oleh tiga angin besar iaitu Angin Taufan, Angin Ternado dan Angin Bahorok.

Angin ini sedang bertaruh satu sama lain siapa cepat menjatuhkan monyet dari pohon kelepa.Angin taufan berkata " aku cuma perlu waktu 45 detik" angin ternado tidak mahu mengalah lalu berkata " aku hanya perlu 30 waktu detik" dan Angin bahorok dengan sombongnya berkata "kalau aku hanya 15 detik pasti monyet tu akan jatuh".

Pertarunhan di antara mereka bertiga bermula. Angin taufan bermula dahulu meniup angin dengan sekencang-kencangnya. Wusssssssss , si monyet merasa ada angin bertiup kencang lalu di paut dia pada batang pohon kelapa dengan sekuatnya. Walaupun angin taufan sudah berusaha meniup angin dengan kuat tetapi ternyata si monyet itu masih di atas pohon kelapa lalu angin taufan menyerah kalah.

Giliran Angin Tornado.. wussss... wussss dan ia meniupkan angin lagi kencang dan deras tetapi si monyet masih tidak jatuh. Berlanjutan meniup angin masih si monyet di dahan. Kecewa lalu menyerah.

Kini giliran Angin Bahorok... wuuuuuuusssss...wuuussss...wuuusssssss lebih kencang dan kuat tiupan, tetapi si monyet memaut lagi kuat pada pohon kelapa dan tidak jatuh. Lalu Angin Bahorok menyerah.

Ketiga angin mengakui bahawa si monyet memang hebat, kuat dan daya tahan luar biasa. Kemudia, datang angin sepoi-sepoi dan menyatakan hasrat untuk turut serta dalam pertaruhan tersebut.... Tapi ternyata keinginanny di perlekehkan oleh ketiga-tiga angin. Angin taufan berkata " angin yang lagi kuat dari kamu pun tidak dapat menjatuhkkan monyet itu, ini pula yang kecil?" hahahahaahaha.......

Tanpa banyak bicara angin sepoi-sepoi meniup angin ke arah ubun-ubun si monyet wuuuiiiisssss...wuiissss......makin kelamaan mata si monyet makin kuyu lalu si monyet tertidur dan tanpa di sedari terlepaslah pegangan si monyet pada dahan kelapa dan jatuh la monyet dari pohon kelapa.....

Lalu pertaruhan di menangi oleh Angin Sepoi-sepoi.

SAHABAT!!

Boleh jadi ketika kita,
Diuji dengan KESUSAHAN...
Dicuba dengan PENDERITAAN...
Didera MALAPETAKA...
Kita kuat bahkan kuat dari sebelumnya....

Tapi ketika kita diuji dengan...
KENIKMATAN....
KESENANGAN...
KELIMPAHAN...
PUJIAN...
Saat itulah kita "terjatuh"

Kesimpulannya, jangan sampi kita terlena...
Tetap rendah hati dan awas diri...
Ingatlah hidup kita di dunia hanya sementara...

Ingatlah akhirat kita kerana itulah masa depan kita,
Yang sesungguhnya,
Semua akan ditimbang kelak di sana..

Mari kita jadikan DUNIA KITA sebagai BEKAL
Bukan di jadikan BEBANAN..

Sekian

Thursday, February 20, 2014

Shopping di Groupon

Assalamualaikum,

Groupon....Maklum ramai blogger di luar tahu akan mengenai laman web Groupon. Saya ni memang pelanggan setia tengok laman web ini. Macam-macam barangan yang ada dalam di website ini boleh buat sampai rambang mata. Harga yang di tawarkan sangat berpatutan. Tapi pada mereka yang tidak pernah mendengar mengenai laman website ini tak apa saya jelaskan di bawah.

Asas mengenai apa itu Groupon?
Groupon ini adalah singkatan "Group Coupon" yang di tawarkan pada hari berkenaan dan di beri potongan harga oleh mana-mana syarikat dalam mahupun luar malaysia. Groupon ni di asaskan oleh orang amerika dan permulaan pemasaran adalah di Chicago pada November 2008. Ia semakin hari semakin luas pasarannya di sekitar USA. Pada October 2010 Groupon telah pun memasukan pasaran luaran dan ia termasuklah Asia di mana negara yang telah mendaftar bersama Groupon.

Website Groupon Malaysia.
http://www.groupon.my/

Cara menggunakannya?
- Groupon ini macam kebiasan website lain seperti Zalora mahupon MySale pertama kita perlu daftarkan email kita atau guna Facebook anda, fungsi Groupon akan hantar email mengenai deal pada setiap hari yang ada.
- Tapi jika anda tidak berikan email anda pun tidak mengapa, kerana anda masih lagi boleh buka laman web ini. Jika anda cuba lihat akan laman web ni ia amat mudah untuk di pahami.

Cara pembelian?
- Jika anda berminat untuk membuat pembelian anda kena mendaftar di laman web ini. Jika sudah mendaftar anda hanya perlu menekan "Buy Now" kemudian pengesahan belian anda akan terpapar di web berkenaan.
- Jenis pembayaran melalui Bank Online mahupun kad kredit dan juga Pay Pal.
- Selepas selesai membuat bayaran anda akan menerima email dari Groupon mengenai pembelian anda berjaya atau tidak dan selepas itu anda akan menerima jenis pdf. dan anda perlu print kerana dokumen dalam bentuk pdf. itu membuktikan akan pembelian anda.Contoh akan di lampirkan.
- Setelah print anda boleh menggunakan Groupon anda di tempat berkenaan. Tapi perlu tahu setiap pembelian dalam groupon ada tempoh masa sah laku ke tamat tempoh.

Mudah dan pantas sert dapat buat pembelian barang dengan harga promosi lagi. Di sini saya sertakan contoh Groupon setelah berjaya membuat pembelian;

Contoh Slip selepas pembelian

 Info ini saja saya mahu kongsi pada anda semua bahawa terdapat pembelian dapat di buat dengan harga yang murah. Seronok dapat makan tempat kita suka dengan harga yang murah. So malam ini bercadang nak pegi makan Manhattan Fish Market dengan hubby. So pada korang yang nak makan murah, pergi melancong dengan harga berpatutan dan macam-macam lagi boleh la usha Groupon.

Sekian.

Saturday, February 15, 2014

AURAWHITE

Salam,

Fenemona AURAWHITE ini tidak di nafikan lagi. Ramai telah mencuba AURAWHITE dan terbukti ia berkesan. Saya pun turut menggunakan AURAWHITE ini dan kesannya Alhamdulillah nampak perubahan pada diri saya sendiri. Testimoni pada diri sendiri dulu baru leh jual produk. Mesti korang nak tahu perubahan macam mana yang berlaku pada diri saya. Masalah saya adalah kulit saya Kusam, Jerawat, Bekas Jerawat, Kulit Kering, Mudah Lesu dan Kulit Gelap.

Selepas guna AURAWHITE 1 botol perubahan yang ketara adalah Jerawat saya tidak lagi banyak seperti dahulu dan Kulit Kering pun bertukar kepada biasa. Puas pakai losyen tapi tetap kering, tapi sekarang ahppy sebab dah tak kering macam dulu lagi. Selepas botol ke 2 Lesu Badan dan Jeragat mula berkurangan dan saya rasa bertenaga dan jeragat pun wallah tak ada. Yang paling menggembirakan kulit saya sedikt demi sedikit makin cerah. So pada anda yang ingin mencuba dan hendakkan perubahan pada diri anda, apa tunggu lagi cuba 1 pasti anda hendak lagi.

Terdapat AURAWHITE yang palsu so be aware bila mahu membeli, dapatkan yang asli. Produk yang saya jual di jamin ASLI.

AURAWHITE.





Anda berjerawat? Jeragat? Dapatkan Aura White GlutaCollagen. Dalam masa 7 hari Jerawat dan Parut Hilang! PRODUK TERBAIK !!

Aura White GlutaCollagen 900000mg - Rahsia Kulit Cantik Berseri
Tanpa Jeragat.

Mampu MERAWAT MASALAH SEPERTI BERIKUT :
masalah kulit berjerawat
jeragat semakin kelihatan
kekusaman kulit
badan cepat lesu dan tidak bermaya
Rekahan tumit kaki
Keguguran rambut
Kulit gelap dan kurang menyerlah


Kandungan AURAWHITE

Mengandungi Tilapia Collagen, -Glutathione, Vitamin C, Hyaluronic Acid dan bahan semulajadi yang lain seperti Tomato Stem sell, Epal Stem sell, Rosella stem sell, Lemon, Turnip, Strawberi, Maquiberi, Papaya, Sarang Burung

20 KEBAIKAN AURA WHITE

1)Kulit lebih Cantik & Anjal
2)Mengatasi Kedutan & Garis Halus
3)MenCERAHkan Kulit 50%
4)Kuatkan KUKU & RAMBUT
5)Hilangkan PARUT & SELULIT

6)Mengatasi JERAWAT & JERAGAT
7)Memulihkan Rekahan di Tumit Kaki
8)Awet Muda dalaman & Luaran
9)Mengatasi Sakit Sendi
10)Mengandungi Prebiotik & 5x stem sel

11)Sesuai untuk IBU MENGANDUNG
12)Meningkatkan Pengeluaran SUSU IBU
13)Memberi Tenaga yang Optimum
14)Kurangkan Kolestrol
15)Kuatkan Sistem Imunisasi Badan

16)Membuang Toksik dalam badan
17)Antiokisidan yang tinggi
18)Tingkatkan KUALITI TIDUR
19)Mengurangkan KOLESTROL
20)Sesuai untuk LELAKI & WANITA





HARGA
RM100 (S/M)
RM110 (S/S)


CARA ORDER/PERTANYAAN ANDA BOLEH HUBUNGI:
SMS/WHASTSAPP DI 019-236 5820
WECHAT ID : lady_hani
INBOX


Sinus Cure - Ubat Resdung

Salam,

Hai semua, cerita mengenai kesihatan diri kali ini. Resdung, ramai ada resdung termasuk saya. So saya ada jual produk resdung ini kepada anda kerana ia amat berkesan. Sini saya cerita akan tanda penghidap resdung:-

Tanda-Tanda Penghidap Resdung:

[✔] Hidung tersumbat dan berbau busuk
[✔] Gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan hidung
[✔] Hidung kerap berair walaupun tidak selsema
[✔] Kerap bersin terutama di waktu pagi
[✔] Rasa berat muka atau sakit terutama di kawasan antara mata
[✔] Sakit tekak sacara berpanjangan serta berulang
[✔] Mengalami demam atau rasa tidak sedap badan secara berpanjangan
[✔] Kerap sakit kepala

►Tanda-tanda diatas muncul secara berulang terutama di waktu pagi, cuaca sejuk, tempat berhabuk, selepas mengambil makanan laut, belacan, budu, cencalok dan sebagainya.

►Mungkin ramai juga di antara anda yang telah mencuba pelbagai jenis rawatan di luar sana sama ada mendapatkan rawatan di pusat-pusat rawatan resdung, penggunaan asap dan sebagainya.

NAMUN, ramai yang berhadapan dengan situasi seperti :

[✘] Belum temui kaedah rawatan atau penawar yang berkesan
[✘] Kos rawatan yang tinggi dan ubat yang mahal
[✘] Tidak selesa dengan kaedah rawatan (kaedah asap dan sebagainya)
[✘] Tiada masa untuk mendapatkan rawatan
[✘] Takut atau malu
[✘] Ragu-ragu dengan bahan kimia serta kandungan dalam ubat-ubatan
[✘] Leceh dengan pantang larang rawatan



Ok tu tanda, sekarang ni macam mana SINUS CURE HAY-ONE CY-NUS ini bertindak ?

[✔] Akan bertindak menghilangkan gatal-gatal di muka dan badan
[✔] Akan menghilangkan hingus atau lendir
[✔] Akan bertindak membaikpulih tisu-tisu yang rosak akibat jerawat
[✔] Akan menghilangkan dan mengeluarkan bau busuk dalam hidung serta mulut akibat resdung
[✔] Akan menyembuhkan luka-luka dalam hidung akibat Resdung

⌦ Dijamin HALAL
⌦ Dijamin SELAMAT ( No.Kelulusan KKM : MAL06121075T )
⌦ Dijamin BERKESAN ( Jaminan Wang Anda DIKEMBALIKAN dalam masa 30 hari jika produk ini menghampakan anda )











Mahu mencuba Sinus Care ini? Mari ORDER dengan saya? Tapi harga macam mana? Berikut adalah harga:

Harga Asal : RM 60 Sebotol

✄ ✄ ✄ DISKAUN ✄ ✄ ✄ DISKAUN ✄ ✄ ✄ DISKAUN


Anda hanya perlu Bayar :

RM 40
Postage RM 10 (1-3 botol) SM/SS

Postage RM 15 (4-7 botol) SM/SS

CARA ORDER:

SMS/WHATSAPP : 019-2365820
WECHAT : lady_hani
 

Friday, February 14, 2014

Mendirikan Masjid

Salam,

Berita demi berita saya perolehi sejak kebelakangan ini, satu persatu teman saya akan mendirikan masjid tidak lama lagi. Gembira untuk mereka yang bakal menamatkan zaman bujang. Teringat masa saya dulu akan menamatkan zaman bujang, sibuk memikirkan persiapan tunang dan kahwin. Walaupon penat tapi berbaloi sebab kebanyakannya semua hasil kerja tangan sendiri.

Bila dan masuk fasa nak berkahwin ini, mula la macam-macam nak kena fikir. Hal tuanang dan kahwin, banyak perlu di fikirkan. Rasa macam nak pecah otak la fikirkan semua ni, tapi perasaan teruja tu membuak-buak.

Alamak tercerita hal sendiri pulak. Al kisahnya bile teman-teman beritahu akan bertunanag dan berkahwin mereka pun mula mencari pendapat dan idea bagi majlis mereka nanti. So mereka pun bertanya pendapat kepada saya perihal hantaran, mini pelamin, baju, makeup, hiasan hantaran, dan macam-macam. Saya hanya membantu sebaik mungkin untuk merealisasikan impian bakal mempelai.

Sakarang saya sudah mula menceburkan diri dalam bidang andaman dan hiasan hantaran. Pelanggan tetap saya adalah mak mentua saya. Saya kena buat hantaran untuk abang-abang ipar saya yang bakal berkahwin dan bertunanag tahun ini. Alhamdulillah semua sudah sampai seru untuk dirikan masjid.

So tahun ni banyak hari kena ambil cuti sebab banyak majlis kena datang sebab semuanya adalah teman rapat dan ahli keluarga sendiri.

Sekian.