Salam.
Ini sambungan dari kisah entri sebelum ini, entri ini mengisahkan saya di tahan di wad bersalin selama 6 hari. Hari-hari yang tidak menyeronokkan dan menyedihkan buat saya, nasib di temani anak ku si kecil.
1. Pengalaman yang tidak dapat di lupakan:
Ini adalah hari kedua berada di wad. Semua terjaga dari makan, pakai, kesihatan ibu dan anak dan tempat tido. Tapi dalam semua ini hati sayu terkenang rumah, membuak perasaan nak balik. Menitis air mata bila terkenang perkara dah terjadi. Mengapa saya dapat penyakit ini? mengapa anak saya terima dugaan ini? Kadang-kadang berfikir macam orang tak ada iman sebab tak boleh terima takdir dan hakikat. Kita dah la anak pertama, pastu perut sakit, gatal tak abis hilang lag kesan epidural dan pinggang ke punggung masyallah sakit sangat.
Bila anak menagis minta perhatian kita la sendiri angkat letak kat pangkuan. Dah la dia kerap meragam kena duduk atas katil layan kerenah dia. Masa tu ya allah tuhan je tahu sakit pinggang ke punggung dan perut macam mana. Sunggug terseksa sakit sangat punggung dan pinggang ni lebih dari perut yang dah di belah. Ce bayangkan macam mana sakitnya kalau gitu sekali. Si kecil ku tak nak tidur di katilnya nak melekat dengan saya. Kadang-kadang sampai saya tidurkan dia atas dada saya atau letak di pangkuan dan saya baring. Masa ini terkenang suami, if dia ada boleh dia tolong jagakan si kecil ku dan bantu saya untuk bangun dan duduk. Nak harap panggil nurse? ramai lagi pesakit lain yang nak perhatian naik malas saya nak panggil.
Inilah nikmat ada anak kecil kan. Segala susah payah kita menjaga dia harap dapat di balas dengan kebaikannya suatu hari kelak. Susah payah kita jaga anak sendiri macam tu la mak kita jaga kita dulu.
Setiap hari menghitung hari nak balik rumah. Mak, abah, MIL, ayah dan suami tiap hari datang jenguk kat hospital termasuk kakak ku yang pregnant sama datang tengok. Terharu tengok dorang dan pendam rasa sedih di dada. Sebenarnya saya tak boleh terima yang saya ada penyakit ni dan terkejut terpaksa keluarkan anak di dalam kandungan secara paksa. Tiap saat terfikir yang dia sepatutnya masih berada dalam perut ku. Nampak sangat emosi terganggu saat itu, lihat raut wajah si kecil pasti mengalir air mata dan kata maaf pada dia kerana paksa dia keluar awal. Terkebil-kebil si kecil lihat mamanya berkata padanya. Hanya masa yang akan memulihkan kembali emosi, trauma dan kesedihan ini. Ramai kenalan rapat terutama kakak ku pertama yang beri kata-kata semangat pada adiknya ini. Risau adiknya meroyan kerana emosi tak menentu hingga dia minta saya nagis semahunya untuk saya lepaskan stress.
2. Terpaksa tambah hari menginap di hospital:
Hari kelima menjelang,, wah happy sangat syukur hari yang di tunggu tiba. Tapi hiba tekanan darah dah terdapat protein dalam urine membantukan proses untuk keluar dari wad. Doktor pakar kata kita tengok petang nanti tekanan darah awak turun atau tak? if turun awak boleh keluar ok? walau ada protein dalam urine awak. Tersenyum kembali bila ada harapan untuk keluar.
Setelah ku tunggu tapi hampa, tekanan darah tak juga turun maintain 145 - 155/90 setiap kali tekanan di ambil hingga doktor sendiri yang ambil tekanan darah. Bukan rezeki untuk keluar hari ini, mari kita menginap lagi di sini. Selagi tekanan tak turun selagi itu di tahan di wad, rumitnya prosedur di hospital.
3. Alhamdulillah dapat keluar wad tapi si kecil ku jaundis
Kerana semalamnya tak dapat keluar hari ini harapan memang tak ada langsung. Tapi pagi tu tekanan darah di ambil dan cantik bawah 140/90 boleh keluar yippppiiiii!!!! now just tunggu kata doktor pakar untuk pengesahan keluar wad. Tapi dapat berita yang si kecil kena jaundis dan agak tinggi bacaannya dan doktor pedatrik tidak bagi si kecil balik kerana dia perlu berada di bawah lampu. Ohhhhhh tuhan dugaan menimpa-nimpa kami. Kerana kami telah discharge dari wad kami di hantar ke PBBR iaitu Pusat Bersalin Berisiko Rendah. Kami berdua menaiki ambulans dan di hantar ke PBBR untuk menginap di situ pula. Selagi si kecil ini jaundis tinggi selagi itu kami kena menginap.
Sebelum saya keluar saya di beri "taklimat" serba sedikit oleh doktor pakar mengenai penyakit saya ini dalam masa 6 minggu selepas melahirkan bahaya masih ada, perlu cek tekanan darah tinggi selang 2 hari sekali, perlu merancang dengan betul jarak 2 - 3 tahun kerana dan di minta mengambil suntikan perancang kerana pil boleh mengakibatkan tekanan darah saya naik. Doktor pesan " puan ingat jika ada simptom saya di minta segara datang ke hospital kerana saya mungkin boleh kena sawan" saya hanya mengangguk erti kata saya faham doktor.
Di PBBR wad bilik sorang 1 dan tersedia air-cond dan kipas (remote air-cond tak ada ye). Sebenarnya PBBR ini apartment so 1 rumah 3 bilik tersedia. Selesa dan tak bising so memang lebih tenang semasa berada di sini sebenarnya. Walaupun bilik 1 seorang tapi ia di Kelas III tidak seperti di Hopsital wad semua adalah Kelas I.
4. Setelah 8 hari di wad
Setelah 8 hari menetap di hospital hari ini doktor pediatrik mengesahkan si kecil boleh discharge hari ini. Saya hanya senyum kerana semamangnya harap untuk balik terpadam macam tu saja setelah setiap kali pasang harapan pasti semua musnah. Apa pun syukur segalanya berakhir hari ini 14.10.14 kami berdua di benarkan pulang ke rumah. Jaundis si kecil sudah tidak tinggi seperti semalam dan doktor minta ke esokan hari pergi ke Klinik Kesihatan untuk periksa jaundisnya,
5. Terima hakikat ada penyakit eclampsia
Mak akhirnya bercerita yang uri ku tidak elok, erti kata lain uri ku tidak punyai darah yang bayang seperti kebiasaan uri lain. Mak hanya perlu cuci sekali sahaja dan darah pun tidak ada lagi dan uri ku kelihatan kebiruaan. Jelas menunjukkan jika lambat ambil tindakan pasti antara kami akan mati, segalanya telah tertulis di atas sana akan perjalanan kami berdua di dunia ini. Saya beranggapan jika saya susah pasti ada orang lain lagi susah dari saya. So keputusan doktor untuk melakukan pembedahan secara paksa dan segera adalah satu tindakan yang tepat untuk menyelamatkkan kami berdua.
6. Bil semasa berada di Hospital Putrajaya
Selama 6 hari di Wad 2A bil kami adalah RM 1,200.00 lebih
1 hari di PBBR RM 5.00
So sekarang setelah 1 bulan lebih berlalu saya terfikir yang tuhan masih beri kami kesempatan bernnnafas dan meneruskan perjalan di atas muka bumi ini. Bersyukur tidak terhingga padaNya atas segala nikmat yang di berikan. Moga cabaran dan dugaan yang di lalui ini menguatkan diri saya kelak kerana kebangkalian saya dapat semula sakit ini adalah tinggi pada kandungan kedua saya nanti. So prepare diri awal-awal la kan ibarat sediakan payung sebelum hujan.
Perghhh panjang betul karangan saya dalam dua entri ini. Saja je nak melenguhkan jari jemari ini atas keybord, bukan semua baca pun, korang pasti skip-skip baca kan kan kan??? Hahaha.... So next entri mungkin akan cerita lain pula.
Apa pun masing-masing ada pengalaman so apa salahnya kongsi pada saya if ada la pembaca yang serupa masalah macam saya. Nak juga dengar cerita korang kan kan kan. Till next time and now time to tidur.
Sekian. Nenite.