Thursday, May 8, 2014

Asid Folik : Mengapa ia di perlukan semasa mengandung?

Salam,

Hari ini terajin nak update blog, teruja nak kongsi mengenai perihal mengandung. Sharing is caring. Persoalan demi persoalan apa itu asid folik? kenapa la doktor bagi asid folik? berapa pula asid folik saya perlukan? dan apakah sumber pemakanan yang terbaik? 

Ramai di luar sana bila anda sah mengandung doktor pasti akan beri anda asid folik. Kita pun ambil je dan ada yang bertanya apa itu asid folik pada doktor. Sini saya rungkaikan mengenai asid folik pada semua.

  • Apakah itu asid folik?
Asid Folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau dan beberapa buah dan juga yis. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan di perkuat dengan asid folik.

  • Mengapa saya perlukan asid folik?
Asid folik membantu melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil asid folik setiap hari pada masa itu.

Dalam termister kedua, iaitu daripada minggu ke 13, anda sudah boleh berhenti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan bayi anda mahupun anda.

  • Berapakah Jumlah Asid Folik Saya Perlukan?
Anda di nasihakat mengambil 400 mikrogram (mcg) setiap hari sebaik sahaja anda sudah merancang untuk hamil. Begitu awal bukan? Kemudian teruskan mengambilnya untuk 12 minggu pertama kehamilan. Elok juga kalau anda ambil pemakanan yang di perkaya dengan folat.

Bagi mereka yang pernah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub nueral (NTD) mempunyai risiki yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak yang mempunyai kecacatan yang sama. Dalam kes ini doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.

Jika anda mempunyai ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda meresap asid folik.

Apakah sumber pemakanan yang terbaik? 

Isi ini saya akan buat pada entri yang berikutnya. Tengah kerja slumber update blog. GTG ada kerja kena bereskan sebelum balik kerja. Otak pun dah pinar-pinar dok fikir ayat untuk entri ini. Kemudian dahulu.

Sekian.


No comments: