Wednesday, May 7, 2014

Pakej Bersalin di KPMC Puchong

Salam,

Selepas hubby buat pilihan nak saya bersalin di KPMC so saya pun terus tengok pakej yg telah di sediakan oleh pihak KPMC. Kita cari dahulu kemudian baru tunjuk kepada hubby. Ikut plan hubby dia nak saya bersalin di kampung, saya dengan slumber cakap TAK NAK. Bukan apa yela anak pertama kita nak la suami kita ada kat sisi semasa kita tengah bersalin. Kebetulan pula la mak ada kat sini sebab due akak saya tengah bulan 10 dan due saya awal bulan sebelas. Beza kami dalam 3 minggu kalau tak silap saya.

Walaupun dia nak hantar saya balik kampung, tak boleh sebab mak ada kat sini jaga akak. Ikutkan saya dan hubby ada 2 pilihan antara Columbia Asia Hospital atau KPMC Puchong. Dua2 tempat ni memang la berhampiran. Mungkin kerana kakak saya telah pilih Colombia Asia Hospital so my hubby pilih KPMC Puchong. Tak mau sama la tu nanti gamaknya la kan. Saya tak kisah asalkan ada tempat bersalin.

Kenapa pilih Swsta berbanding Kerajaan?

Mungkin saya ini terlalu memilih dan takut pula dengar pengalaman orang yang pernah bersalin. Nak2 my sis sendri pernah alami pengalaman yang mengerikan. Buat saya takut dan cuak dan panik pula. Bukan kata Kerajaan tak bagus, cuma kita mahu yang terbaik untuk anak kita. Tak gitu. Lagi pun KMPC dan Colombia adalah Panel Hospital untuk suami saya. So apa salahnya kita guna untuk diri dan anak kita kan.

Pakej yang di sediakan oleh KPMC

Print Screen je ni..
Pakej mana nak pilih? tak putuskan lagi. Apa pun nanti kena booking Dr awal2. So saya memilih Dr. Haslinda untuk sambut baby nanti.

Moga segalanya berjalan lancar nanti. Insyallah mudah-mudahan... Aaammiinnnn...

Sekian.

No comments: