Setiap ibu mengandung pasti ingin memastikan pemakanan yang baik untuk diri dan bayinya. Sini saya nak kongsi beberapa jenis makanan yang sesuai semasa anda mengandung. Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi. Berikut adalah senarai makanan yang tinggi dengan folat:
Makanan berikut mengandungi 100-200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
- Bayam, 1 cawan
- Kacang bendi, 1/2 cawan
- Asparagus, 1/2 cawan
- Lentil, 1/2 cawan
- Hati, 1 keping
- 11 batang tauge brussels
- Kacang mata hitam, 4 sudu makan
- Empingan bran, 7 sudu makan
- Germa gandum 25 g / 1aun
- Betik sederhana besar
Makanan berikut mengandungi 50-100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
- Brokoli kukus, 2 pucuk
- Buah Oren saiz besar
- Nasi Putih, 1/2 cawan
- Oat, 1/2 cawan
- Kacang Merah, 1/2 cawan
- Jagung Saiz besar, 1
- Biji Bunga Matahari, 1 aun
Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak di buang kulit. Ingat asid folik dalam makanan akan cepat musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali yang bertutup dengan sedikit air. Cuba makan sayuran yang di celup sebentar atau pun mentah.
Setiap termister pelan makanan berubah-ubah. So saya hanya kongsi entri mengikut perkembangan bayi dalam kandungan saya. Jaga pemakanan agar kita sentiasa sihat dan bayi juga. So until next entri.
Sekian.
No comments:
Post a Comment