Salam,
Setelah kandungan saya mencecah 3 bulan, baru saya buka buku pink kat klinik. Teruja sebenarnya nak buka buku pink ni. Al maklumla anak pertama cenggini la keterujaannya. Bila di fikir-fikir nak buka buku pink kat Klinik Kesihatan atau Klinik Swasta? Last hubby saya yang putuskan buka buku kat Klinik Swasta je kata dia, tambah lagi buka je kat Klinik Suraya tu senang dekat dengan rumah. Dengan menurut perintah ikut kan sahaja bila hubby dah buat keputusan.
Sebelum masuk 3 bulan kandungan ni, ada pergi klinik kadang-kadang teman hubby ambil ubat atau jumpa doktor. So sambil-sambil tu tanya terus pada doktor nak buka buku pink kt sini kena berapa bulan kandungan saya doktor? Dr. Suraya senyum dan menjawab bila awak dah masuk 3 bulan. Tapi lain Klinik lain gaya. Sebagai contoh Klinik Medi-Nur, sana kandungan 2 bulan dah boleh buka buku. Sebenarnya pilihan hati ini nak ke Medi-Nur sebab Dr. Nor tu la panel Klinik selalu saya pergi masa bujang dan Klinik Suraya panel dan tempat hubby selalu pergi masa dia bujang. Last pilih Dr. Suraya sebab dekat dengan rumah. Mengalah dengan kehendak hubby, dengar kata dia lebih afdal. (huhuhuhu)
Kembali cerita buka buku. Actually saya buka buku Isnin lepas 5/5/14 bertemankan suami, terharu juga la bila isteri dia MC dia pun MC juga semata nak teman isteri buka buku. Klinik Suraya ini macam biasa la orang tak pernah tak ramai kat sini. Dekat sejam juga la kami tunggu giliran nak jumpa Dr. Suraya. Last bila nama di panggil kami berdua masuk. Borak itu ini dengan doktor last scan baby, mula la hubby teruja nak tengok baby dalam perut mama dia ni.
Alhamdulillah anak kami sihat dalam perut mama dia. Nampak jantung dia berdegup, nampak kelapa, nampak badan, tapi kaki dan tangan tak berapa nampak sebab dia tengah mengeraskan badan bengkok macam papa dia bila tidur. Boleh pula la baby ni mengeras masa tengah scan, sejuk kot bila letak gel kt perut. Macam-macam soalan hubby ajukan pada doktor masa scan baby. Teruja sangat bila nampak baby.
So lepas scan kena beri urine dan cek berat. Jeng jeng jeng... alamak cek berat? sah-sah la aku ni makin berat dalam hati ni bisik. Bila timbang berat, aduduhaiiii. 70kg dah. Alamakkkkkkk!!! beratnya la. Ni la akibat asik makan je. Tapi tak cakap kat hubby pun berat berapa. Tapi kalau dia terbaca entri ini sah dia tau juga nanti.(hahahaha, senang ati)
Dr. Suraya ada bertanya nak bersalin mana nanti. Opsss kami berdua tergamam sebab tak habis fikir pula nak bersalin mana. So hubby tolong jawab bersalin dekat KPMC Puchong. So already decide when will i deliver our baby.
Kepada para ibu yang tengah terfikir nak buka buku pink dekat mana Swsta atau Kerajaan, jangan pening kepala. Bagi pendapat saya mana-mana pun sama, cuma kenapa saya buka buku kat Klinik Swasta sebab kengkangan masa. Tapi kalau rajin buka buka pink kat dua2 tempat pun boleh, tak ada masalah.
Buat yang terbaik untuk anak anda, baru puas hati kan? So until next time will see again.
Sekian
No comments:
Post a Comment