Monday, November 18, 2013

Guestbook Corner (DIY)

Buku Tetamu (DIY)

Entri kali ini nak cite mengenai Guestbook Corner. Apa tu guestbook? Rasanya ramai dah taw apa itu guestbook corner. Bezanya saya tk buat candy corner and photobooth sebab kenkangan ruang di rumah saya ni.

Ni sample saya siapkan atas goodie bag. 

Guestbook corner ni agak lama saya pikir idea macam mana nk hias coner ni. Apa perlu di letakkan, barang apa nak beli, nak buku tetamu macam mana dan lain2. Alhamdulillah saya dapat gak settle kan hal ini. Happy sebab masalah untuk hiasan ini telah pon settle.

Antara barang yang saya letak untuk hiasan:

- Pagar Kayu 3 Segi
- Frame kertas
- White board (Size kecil)
- Black Board (Saiz Kecil)
- Props untuk photobhoot
- Bunga daisy
- Gula-gula
- Kerusi kecil

Saya telah di bantu oleh rakan saya untuk menghias tempat ni. Terima kasih pada mereka kerana sudi membantu bukan tu sahaja malahan sudi datang dari jauh untuk majlis saya ini.

Untuk buku tetamu ini saya ada 2 jenis iaitu satu saya beli di memory lane dan 1 saya beli buku kertas hitam dan hiasa sendiri. Kenapa ada 2 sebab risau helaian pada buku tetamu dari memory lane tidak mencukupi so need back up.

My friend yang tengah sibuk nak menulis di whiteboard
Simple for my Coner

Simple is my line here. If anda minat yang fancy anda boleh hiasa macam-macam lagi. Just bila buat guestbook corner di kampung so ramai yang agak pelik dan tak biasa lihat perkara sebegini. Pengenalan pada kampung saya akan Guestbook Corner.

If anda berminat nak minta nasihat saya yang tk berapa nak ok ni boleh juga.

Love is Sweet u alls....

Sekian.

Pelamin Di Hari Perkahwinan Saya

Pink and White Pelamin Impian

Pelamin memang wajib untuk kita semua ketika Perkahwinan. Setiap orang mesti ada impian pelamin masing-masing. Saya tak terkecuali, pelamin impian berwarna pink dan putih. Saya ini memang minah pink sebenarnya.

Deco pelamin saya ni di pilih mak saya. (Sempoi kan mak pilihan pelamin) Baju je saya plih sendiri. Sebenarnya saya dah beritahu mak saya impian pelamin saya macam mana so tu mak saya boleh buat pilihan bagi pihak saya.

Pelamin saya di pasang pada jumaat petang. Excited gak nak tengok pelamin saya ni siap. Sebab nak tengok hasilnya macam mana. Hope kaler dan deco yang di pilih memang tepat dengan impian saya. Pelamin saya ni putih lebih banyak dari kaler pink sebenarnya ini kerana baju sanding saya berwarna pink (pink belacan + peach)

Pelamin 
Inilah dia pelamin saya. Simple je but saya suka sangat sebab ia adalah pilihan kaler saya. Bagaimana pula impian pelamin anda? Hehe.... jangan nanti menyesal lepas sanding sebab pelamin bukan seperti anda impikan pula.

Sekian.

Inai di Jari

Inai original atau inai tiub?

Saya tak terkecuali untuk memakai inai di jari tangan dan kaki untuk majlis saya nanti. Saya memilih memakai inai tumbuk, ori punya yang di tumbuk sendiri oleh mak saya. Saya ni jenis tak berminat memakai inai. Tapi demi majlis sehari saya so saya pakai jela inai di jari ku yang comel ni.

Ramai pengantin yang memakai inai siap bercorak2 di tangan mereka, tetapi tidak saya sebab tak minat dan mak saya pun tak bagi buat ukiran corak2. Timbul persoalan adakah inai ukiran corak2 ni haram di guna pakai oleh orang islam? Macam2 fakta keluar mengenai perkara ini. Saya dah cek pada ustaz dan ustazah maka jawapan ialah "ukiran berinai untuk majlis pernikahan adalah di haruskan selagi tidak melampaui dari segi pemakaiannya, ukiran perlulah bermotifkan tumbuhan ataw bungaan sahaja".

So pada mereka yang berminat nak buat ukiran inai ni boleh la buat. Tapi saya hanya memilih untuk memakai seperti gambar di bawah. Simple dan original pilihan hatiku. Terima kasih kepada makcik saya yang telah memakai kan saya inai ni. Ini di pakai siang ari pada jumaat 1/11/2013 sbb nikah besok ari. Malam kang saya akan pakai lulur pula. Yey...


Berinai

Mini Pelamin

DIY my Mini Pelamin

Setiap orang ada impian untuk mini pelamin anda semasa hari bersejarah anda. Tak terkecuali saya juga, saya memutuskan untuk DIY mini pelamin saya. Ini kerana pelamin saya berada di bawah rumah dan saya akan menikah di rumah so nak tak nak kena la ada mini pelamin.

Post lepas saya ada tunjuk saya buat bunga crepe kan. Bunga tu untuk hiasa di mini pelamin saya. Saya wat mini pelamin saya ni simple je. Tak perlu luar duit banyak pon. Asal kan ada untuk saya duduk masa nikah nanti.

DIY Mini Pelamin


My Hubby
Inilah hasilnya setelah penat lelah membuat bunga crepe ni dengan kekangan masa. Tak secantik mana pun mini pelamin saya reka. Badjet ciput dan masa tak berapa nak ada. Yang penting saya happy dengan hasilnya.

Mini pelamin rekaan saya ni juz perlu bunga crepe besar dan kecil, permaidani, langsir bidai ,ciyo, bantal rose dan lampu. Rekaan asal agak berbeza tapi last2 ni la hasilnya.

Sekian.

Sunday, October 27, 2013

Dinner At Cafe di Pusat Maritim Putrajaya

Cafe Maritim Putrajaya.

Last night me n my family pg dinner kt sini. Tempatnya mudah nk cari. Ia berhampiran Pullman Hotel Putrajaya. Pullman ni berhampiran PICC.

My sis la ajak my mom makan sini saja nk ajak tukar suasana tempat makan. Quite nice n pelayan yg amat pro. Actually my famliy blh di katakan kesemua having flu n sore throat. So kami pakat ambik chinese tea. Minum utk kasi lega.

Now we heading to the menu. Makanan sini actually mcm cafe biasa. Ade part noodle,rice,salad and western food.

Hanim teringin nk mkn kuew teow goreng so i order for it. Other ade yg order fried rice spicy, fish n chip,cantonese noodle, sup keuw teow and ice creme.

Harga pula berbaloi dengan pemandangan yang menghadap tasik, jambatan dan bangunan kerajaan putrajaya.

Taste makanan pula ade yg sedap and biasa. Mungkin ikut tekak masing-masing.

So hanim attched pic beberapa makanan yang sedap di snap before di "ngap". Kuew teow goreng n cantonese noodle je yang smpt snap. 

Enjoy.


Sekian.

Friday, October 18, 2013

Rabbit My New Pet

Rabbit

Melihat telatah binatang yang comel ini membuatkan saya tercuit hati dan terdetik untuk memiliki. Akhirnya saya telah membeli 2 ekor arnab. Arnab ni saya beli di Car Boot Sale di Stadium Shah Alam. 

Arnab yang comel ku beri nama putih-putih melati dan yang lagi seekor abbit. Terhibur melihat kecomelan kedua arnab saya ni. Tapi cata penjagaannya macam mana pula? Apa lagi GOOGLE kan ada. 

Putih melati dan Abbit

Oh my rabbit both are so cute. Aiman anak buah ku "asik ayang abit, ayang abit". Harap keduanya dapat membesar dengan sihatnya.

Sekian.

Bantal Rose For My DIY Mini Pelamin

Bunga Rose


Alhamdulillah dapat juga bantal rose ini. So boleh la wat deco untuk Mini Pelamin yang saya DIY sendiri. Hope will look nice kt mini pelamin tu nanti. Apa yang saya taw kawan-kawan dan saudara sudah pun mula berkata nak ambil bantal ni secara senyap2. Macam-macam ragam la diorang nak nyakat.

Macam-macam kaler ada untuk bantal ni. Putih, pink soft n light,purple dan coklat. Saya memilih kale soft pink. Cantik kaler dia di mata saya ni. So nak if anda berminat bole la hubungi saya. 



Bantal Rose Soft Pink