Monday, November 18, 2013

Mini Pelamin

DIY my Mini Pelamin

Setiap orang ada impian untuk mini pelamin anda semasa hari bersejarah anda. Tak terkecuali saya juga, saya memutuskan untuk DIY mini pelamin saya. Ini kerana pelamin saya berada di bawah rumah dan saya akan menikah di rumah so nak tak nak kena la ada mini pelamin.

Post lepas saya ada tunjuk saya buat bunga crepe kan. Bunga tu untuk hiasa di mini pelamin saya. Saya wat mini pelamin saya ni simple je. Tak perlu luar duit banyak pon. Asal kan ada untuk saya duduk masa nikah nanti.

DIY Mini Pelamin


My Hubby
Inilah hasilnya setelah penat lelah membuat bunga crepe ni dengan kekangan masa. Tak secantik mana pun mini pelamin saya reka. Badjet ciput dan masa tak berapa nak ada. Yang penting saya happy dengan hasilnya.

Mini pelamin rekaan saya ni juz perlu bunga crepe besar dan kecil, permaidani, langsir bidai ,ciyo, bantal rose dan lampu. Rekaan asal agak berbeza tapi last2 ni la hasilnya.

Sekian.

No comments: