Monday, November 18, 2013

Inai di Jari

Inai original atau inai tiub?

Saya tak terkecuali untuk memakai inai di jari tangan dan kaki untuk majlis saya nanti. Saya memilih memakai inai tumbuk, ori punya yang di tumbuk sendiri oleh mak saya. Saya ni jenis tak berminat memakai inai. Tapi demi majlis sehari saya so saya pakai jela inai di jari ku yang comel ni.

Ramai pengantin yang memakai inai siap bercorak2 di tangan mereka, tetapi tidak saya sebab tak minat dan mak saya pun tak bagi buat ukiran corak2. Timbul persoalan adakah inai ukiran corak2 ni haram di guna pakai oleh orang islam? Macam2 fakta keluar mengenai perkara ini. Saya dah cek pada ustaz dan ustazah maka jawapan ialah "ukiran berinai untuk majlis pernikahan adalah di haruskan selagi tidak melampaui dari segi pemakaiannya, ukiran perlulah bermotifkan tumbuhan ataw bungaan sahaja".

So pada mereka yang berminat nak buat ukiran inai ni boleh la buat. Tapi saya hanya memilih untuk memakai seperti gambar di bawah. Simple dan original pilihan hatiku. Terima kasih kepada makcik saya yang telah memakai kan saya inai ni. Ini di pakai siang ari pada jumaat 1/11/2013 sbb nikah besok ari. Malam kang saya akan pakai lulur pula. Yey...


Berinai

No comments: