Lama mendiam diri sebab tak ada mood nak menaip. Sekarang setelah mood kembali mari kita hias blog ni dengan penambahan cerita baru.
Setelah sekian lama tak balik kampung halaman akhirnya dapat juga balik, seronok tak terkata. Tujuan balik ni pun sebab nak mengundi.
Isu pilihan raya di teluk intan memang menjadi isu hangat buat seketika di seluruh negara. Mana tidaknya perlawanan 1 lawan 1 antara BN dan DAP. Agak mengecewakan bila teringat kembali isu DAP iaitu di wakili Dyana Sofea yang dengan lantangnya menolak hudud dan membangikitkan isu UiTM. Haiii Dyana mengapakah kamu begitu? Mungkin ingin memenangi hati pengundi bangsa cina. Stategi yang di mainkan oleh Lim Kit Siang. Tapi ada gak kesian pada Dyana ni asyik di halau sahaja dari mana-mana kampung yang dia pergi, mana kan tidak di halau kalau dah masuk ke Kampung Barisan Nasional. Sempat bertanya kepada sepupu di kampung ada ke Dyana datang ke kampung halaman. Jawapan " hahahaha...berani dia (Dyana) nak masuk kampung kita mau di halaunya " alahai gitu pulak.
Untuk makluman kampung saya ni Pilihan Raya dahulu di menangi oleh BN, itu la jadinya mengapa kalau dia (Dyana) masuk kampung sah di halau.
Sebelum sampai ke kampung kami sempat singgah kenduri kahwin kawan opis hubby di tanjung malim. Sesudah pergi kenduri baru pulang ke kampung. Sampai saja di kampung terus pergi mengundi yang di temani suami tercinta. Dia pula teruja dengan PRK kat kampung saya. Paling tak di sangka saya terlihat bendera PAS berkibar di tepi jalan sekolah tampat membuang undi. Apakah maksud itu? terlihat banting yang di pegang oleh pengikut PAS dan bendera PAS berkibar di pegang mereka. Aikk sejak bila pula PAS tercalon dalam PRK kali ini???? Confius pula mike ni?? Bila di amati muka-muka yang berdiri di tepi jalan sah bukan anak kampung. Sanggup benar mereka berdiri di bawah matahari panas terik dan memegang bendera serta banting walaupun PRK ini dari tempat mereka. Semangat yang boleh di katakan tak bertempat.
Setelah habis melaksanakan tanggungjawab kami ke Dewan UMNO, untuk menuntut sesuatu. Meriah di dewan UMNO kampung saya. Begitu ramai orang yang setia menanti berada di Dewan. Si suami sempat lagi minta baju payung dan juga bendera. Terlihat kelibat abah di dewan, laju datang ke arah saya dan bertanya dah undi belom? hehehe... terus tunjukkan jari yang dah berkaler ni pada dia.
Selesai semua hal di dewan so jom balik rumah. Kebetulan abang saya pun ada balik sekali, al maklum musim cuti sekolah kan. So cuti-cuti balik kampung bawa anak isteri jumpa atuk dan nenek. Sampai je di rumah rasa lega dan lepas rindu nak balik ke kampung. Mungkin terasa sedih semacam bila sampai rumah ni sebab tahun ni raya di belah suami. Walau belom masuk bulan Ramadhan tapi kesedihan sudah terasa di hati.
Kami sekeluarga keluar ke bandar saja cuci mata dan minum petang. Teluk Intan begitu popular dengan makan yang sedap dan harga yang murah. Tetiba mengidam nak makan Mee Jawa Padang Speedy, makanan fav ni...
Malam menjelang dan keputusan di kira di bekas sekolah menengah ku di SMK Abdul Rahman Talib Teluk Intan. Keputusan yang memang tidak di jangka oleh keluarga kami iaitu BN memenangi PRK ini, walaupun sedikit sahaja majoriti yang menang memang tidak di sangka dan di jangka. Jutaan tahniah kepada Mah Siew Keong atas kemenangan anda.
Happy la mak dan abah sebab mereka adalah penyokong tegar BN. Sungguh tidak di sangka keputusan ini, pada Dyana mungkin PRK ini bukan rezeki anda. Cuba lagi pada PRK akan datang mana tahu rezeki anda nanti.
Sapa saya undi? Agak-agak anda yang membaca? Hahahaha.... Undi adalah rahsia saya... Mari la mari pergi mengundi....
Saya sajikan 1 keping gambar saya yang sudah membuang undi.
![]() |
Better Nation..... |
Sekian.
No comments:
Post a Comment