Monday, June 23, 2014

Memasak Di Hujung Minggu

Salam,

Semalam adalah hari malas sedunia, duduk rumah lepak dan dating bersama hubby tersayang. So tengok tv, tengok suami main game, masak dan kemas rumah aktiviti yang selalu di lakukan kami berdua. Sepatutnya hubby kerja shift pagi, tapi dia bercuti kerana ada kawan masuk slot dia 2 hari dari sabtu hingga ke ahad. Paling best hari ini dia MC saya je yang bekerja. Kuat semangat mama yang tengah mengandung ini pergi kerja kerana sedar kerja kat pejabat ini tak pernah habis.

Ok back to yesterday, saya tetiba teringin kari ayam so tanpa lengah mulakan proses memasak kari ayam. Teringat tiba-tiba suami ku tak makan ayam di masak kari, hai suami ku macam-macam peel awak ni kan. So teringat dalam peti ada ikan dori so kita masakkan dia ikan dori masam manis dan sayur tumis je.

Ramuan kari saya ini mudah, tanpa halia, daun kari, kentang dan macam-macam lagi la. Sebab banyak barang dapur dah habis nak kena tambah, al maklumla hujung bulan macam ini kan. Resepi saya buat kari ayam:

Kari Ayam Simple:

1. Ayam bahagian tie - 2 (yg besar)
2. Kari ayam babas
3. Bunga lawang
4. Kulit kayu manis
5. Bawang merah besar - 1 ulas
6. Bawang merah kecil - 2 ulas
7. Bawang putih - 3 ulas
8. Santan kara - 1 paket kecil
9. Cili - 1 sudu senduk sup besar
10. Garam dan Gula

Cara:

1. Tumiskan Bunga Lawang dan Kulit Kayu Manis sampai naik bau, kemudian masukkan bawang yang di racik halus. (If nak blender bawang pun boleh) Tumis semua ini sampai naik bau dan kekuningan. (Jika nak letak serai pun boleh time ini)
2. Kari ayam di bancuh bersama air dalam kadar sederhana pekat kari itu, kemudian masukkan ke dalam periuk yang telah di tumis bawang. Tumis kari sebentar dan masukkan cili bersama. Masak hingga naik minyak. (Jika mahu letak ubi kentang boleh masukkan waktu ini)
3. Masukkan ayam gaul sebati kemudian masukkan air masak hingga ayam tenggelam. Biarkan ayam mereneh bersama bahan tersebut.
4. Setelah ayam agak masak, masukkan santan peket ke dalam. (Boleh letak daun kari ketika ini, pergh rasa pasti sedap.)Perasakan bersama garam dan gula.
5. Jika anda rasa kuah agak pekat boleh tambah sedikit air dan reneh hingga masak.

Kari Ayam Simple


Sedap di makan bersama nasi panas, roti canai, puri dan roti. Bila kari pekat pasti di sukai ramai. Alhamdulillah rezeki kami hari tu. Resepi dori masam manis akan di update kemudian. Busy kerja ini tapi sempat lagi update blog.

Jom cuba.

Sekian

No comments: