Wednesday, June 25, 2014

Dori Masam Manis

Salam,

Part 2,

Sambungan masak-masak ahad lepas. Baru hari ini berkesempatan nak update balik blog. Resepi Dori Masam Manis saya ni simple la sangat.

Bahan
Ikan Dori - 2 Keping (Beli kat tesco ada, sejuk beku)
Tepung Gandunm - 4 Sudu
Tepung Jagung - 2 Sudu
Telur - 1 Biji
Sos Cili - 1 senduk sederhana
Cili Kisar - setengah senduh sederhana
Bawang Merah - 1 labu cincang
Bawang Putih - 2 ulas
Sos Tiram - 1 sudu besar
Limau Nipis - 1 Biji
Perasa
Minyak nak goreng

Cara:

1. Potong ikan dori jadi kiub dan toskan sebentar. Ikan dori ini kuat serap air so better tos kan sekejap.
2. Sediakan bahan adunan untuk ikan, tepung gandung, tepung jagung, telur dan garam. Gaul hingga sebati dan jangan pekat atau cair sangat. Kemudian masukkan ikan dori tadi ke dalam adunan ini. Biar seketika.
3. Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas dan masukan ikan dori yang telah di selaputi adunan tadi. Goreng seketika hingga kekuningan.
4. Sediakan bahan menumis iaitu bawang merah dan putih. Tumis hingga naik bau kemudian masukkan cili kisar serta cili sos ke dalam. Masak seketika dan letakkan sos tiram. Biar masak seketika hingga menjadi pekat dan masukkan pati limau nipis ke dalam serta perasa.
5. Siap kuah boleh letak ikan dori  yang dah di goreng ataupun hanya curah kuah atas ikan dori.
6. Sedia di hidang.

Dori Masam Manis

Mudah resepi saya. Ikutkan gune tomato dan nenas, sebab semua bahan tak ada so gune alternatif lain la. Asal kan ada rasa masam manis cukup la.

Sekian.

No comments: