Hari ini saya post dua entri 1 hari, terlebih rajin nak kemaskini blog sendri ini walaupun tahu tak ramai followers.
Sekarang nak tulis kat dalam blog mengenai Puding Di Raja yang pertama kali saya dan suami rasa selama kami ada di muka bumi ini. Kebetulan saya dapat rasa Puding Di Raja ini semasa saya dan suami sekeluarga pergi ke Pahang bandar Kuantan untuk rombongan meminang bagi pihak abang sulung hubby saya.
Kami sekeluarga dan saudara mara yang turut ikuti rombongan meminang ini menginap di Homestay Taman PSJ, Sungai Karang Kuantan yang berhampiran Pantai Batu Hitam. Rumah tumpangan kami memang besar dan dapat memuatkan kami sekeluarga disana. Homestay ini terdapat 4 bilik, 3 di bawah dan 1 di loteng rumah. Mungkin owner rumah telah mengubahsuai rumah berkenaan bagi keselesaan setiap pengunjung.
Oleh kerana sekarang ini musim El Nino so keadaan dalam rumah itu ya allah panas dan berbahang sampai tak boleh tidur. Bilik utama ada air-cond tapi bilik lain ada kipas sahaja yang tersedia, sebelum masuk tidur pasti saya akan mandi dahulu kerana terlalu panas tak dapat nak melelapkan mata.
Saya dan suami memakai pakaian sedondon bewarna biru manakala keluarga dia memakai warna ungu. Nak menghantar rombongan meminang pun siap tema-tema bagai, zaman sekarang. So keberangkatan kami dari Homestay untuk ke rumah keluarga perempuan makan masa hampir 30 minit. Sesampai di sana segala kata cara yang di mulakan adalah ayah mertua saya sendiri ini kerana ramai saudara yang tidak dapat turut hadir kerana terdapat banyak kenduri perlu di utamakan. Al maklumla musim cuti sekolah pasti banyak kenduri yang perlu di hadiri.
Setelah selesai pertunangan antara kedua so ikatan ini mungkin dalam 1 tahun ikatan perjanjian. Ini bermakna tahun hadapan keluarga sebelah hubby dapat menantu perempuan akhir. Waktu itu saya telah pun selamat melahirkan anak sulung kami Insyallah.
![]() |
Bergambar bersama bakal kakap ipar dan sepupu suami |
Semasa kami di sajikan makanan kami telah di sajikan dengan Puding Di Raja sebagai pencuci mulut. Itulah kali pertama saya terjumpa makanan ini, rasa yang memang manis dari pisang salai dan kuah puding serta prune yang di letak sebagai hiasan. Hubby habiskan hingga 5 mangkuk puding ini. Hamboiii sedap sungguh ke sampai 5 dia balun.
![]() |
Puding Diraja |
Menu utama yang di sajikan adalah ikan talapia bakar yang di bela sendiri oleh tuan rumah, bagi saya ia masih lagi hanyir. Saya tak berapa pandai makan ikan sungai, lagikan suami usik pun tidak ikan berkenaan.
Kami pulang setelah tamat segala acara di rumah itu dan saya amat kepenatan, yelah mana kan tidak perjalanan yang jauh buat saya semasa mengandung ni buat saya mudah letih.

Petang itu suami mengajak saya pergi ke Pantai Batu Hitam berhampiran rumah kami, manakala mak dan lain pergi ke Pantai Teluk Cempedak. Ramai pengunjung dari dalam dan juga luar negara yang ada di pantai ini. Kami hanya berehat di sisi pantai sampai minum dan makan bertemankan angin yang mendamaikan.
Kunjungan kami ke sini memang mencipta 1 kenangan buat saya dan hubby, untuk bertandang kembali ke sini masih tidak dapat di pastikan. Di sinila kami menemui makanan baru buat kami berdua, saya memang tak tahu resepi puding ini tak cuba lagi cari dalam internet.
Semasa perjalanan pulang saya sempat memborong keropok ikan, keropok lekor, ikan masin dan sos dari kuantan untuk di bawa pulang bersama. Seronok bershopping banyak-banyak ini.
So pada anda yang tahu resepi boleh la kongsi dengan saya ye.
Sekian
No comments:
Post a Comment