Friday, June 20, 2014

Persediaan Menghadapi Bulan Ramadhan

Salam,

Ramadhan bakal menjelma tak lama saja lagi, perasaan gembira dah mula ada dalam hati. Ini kan pula tahun pertama menyambut Ramadhan bersama suami dan juga anak dalam kandungan. Insyallah dengan izinya tahun depan sambut Ramadhan bersama kehadiran anak.

Bila bulan Ramadhan ini bakal bertamu, bermula pelbagai kenangan yang datang menerjah ingatan kita. Kenangan semasa kanak-kanak adalah satu memori paling indah semasa menyambut ramadhan. Rindu akan memori indah itu, berpuasa bersama mak, abah dan kakak abang. Bermain meriah tanah dan meriam tin, main bunga raya, tolong jahit baju raya yang di tempah orang (tolong mak), tolong buat kuih raya dan tolong kecohkan rumah.

Seronoknya Ramadhan pada zaman itu yang tak akan dapat di ulang lagi. Kini telah meningkat dewasa kita menyambut Ramadhan dengan kesyukuran. Berharap agar saya dapat menjalani ibadah berpuasa penuh pada tahun ini walaupun ada anak dalam kandungan. Moga Allah permudahkan segala urusan saya, suami dan keluarga.

Bila Ramadhan bakal menjelang pasti semua sibuk berkira-kira mengenai persiapan. Bagus sebenarnya buat persiapan awal macam baju, cuti raya, balik kampung belah mana, duit raya, kuih raya, rumah raya, duit minyak raya, duit kek raya, duit lepas raya paling penting.



Persiapan saya Ramadhan kali ini lebih tertumpu pada menjaga kesihatan diri dan baby saya. So mula la jari ini pantas menaip pemakanan ibu mengandung semasa kehamilan. Penting bagi saya untuk ketahui cara pemakanan yang betul untuk saya dapat menjalani ibadah puasa. Tips paling penting adalah pengambilan semasa sahur seeloknya ambil segelas susu dan buahan segar.

Cabaran buat saya yang pertama kali berpuasa berbadan dua. Agak khuatir juga jika banyak hari saya tidak dapat berpuasa. Latihan diri amat penting bagi saya so bermula dari sekarang saya melatih diri untuk mengurangkan minum pada siang hari kerana saya sekarang kerap minum air berbanding dahulu. Terasa dihidrat pula bila tidak dapat minum air siang hari. Bagi saya inilah cabaran paling besar buat saya tapi belum cuba belum tahu. Kerana bila seseorang itu sudah berniat Nawaitu tu Insyallah kita dapat berpuasa dengan izinya.



Bagaimana persiapan anda untuk hadapi Ramadhan kali ini?? Moga semua telah pun bersiapa sedia. Moga kita mendapat keberkatan,pengampunan dan pahala yang banyak pada kali ini.

No comments: