Salam,
Alhamdulillah dapat juga update blog, so kali ini saya nak kongsi petua hilangkan kesan karat pada baju anda.
Sebenarnya saya sendiri pernah kena pada baju saya, yang stressnya kena kat baju company.. ayoyo acane ni???? so alhamdulillah dapat petua nak hilangkan kesan karat. Macam mana kesan karat yang melekat pada baju kaler putih saya? Air di kediam rumah kadang-kadang dari jernih boleh bertukar pada warna kuning karat. So semasa mencuci baju dalam mesin memang tak perasan bila air tu tukar ke kaler karat. Sudah ku bilang pada suami ku tapi sehingga kini tak berkesempatan nak letak filter kat paip depan pintu rumah.
So dari kaler putih ada la tompok-tompok kaler kuning karat kat baju. So petua yang nak kongsi mudah je.
Bahan:
Limau Nipis
Limau Kasturi
Garam
Sabun
Air
Cara:
Perah limau dalam bekas.
Air perahan letak sedikit garam
Ambil baju yang ada kesan karat dan letakkan air perahan itu pada kesan karat.
Biar sebentar selama 5 minit
Setelah itu ambil sabun pencuci baju lumur pada bahagian itu dan berus baju hingga bersih dan hilang warna karat.
Taraaaaaaaa terbukti hilang.
Saya dah mencuba dan terbukti hilang. Syukur alhamdulillah hilang jugak, if kesan karat anda tu terlalu kuat sila la ulang hingga hilang.
Selamat mencuba.
Sekian.
No comments:
Post a Comment