Bulan puasa ini macam-macam dugaan datang. Ni dah nak raya tinggal berapa hari je lagi, kulit muka pula dah macam air kering kontang, rekah dan mengelupas. Arghhhh!!! macam mana ini.. hilang la seri raya nanti sebab muka jadi macam ini.
So dok sibuk cari petua macam-macam untuk mengurangkan kulit muka lagi jadi teruk. Dek kerana berpuasa hampir sebulan kandungan air dalam badan makin berkurangan itu punca mengapa kulit bertambah kering.
Kerana mengelupas kulit di bahagian hidung, kering di tepi mulut dan rekah di atas dahi, saya pun mula buka kotak yang berisi pelbagai jenis makeup, penjagaan muka dan macam-macam. Last terjumpa estee lauder and clinique punya produk. Apa lagi laju terus guna, tapi saya pakai brand clinique, saya pakai yang starter pack sebab yela takut gak kulit tak nak brand mahal kan.
Dalam starter pack ada Liquid Facial Soap, Clarifying Lotion dan Dramatically Different Moisturizing Gel lebih di kenali sebagai 3-Steps Skin Care. So complete set starter untuk di cuba. Saya dapat starter pack ini masa dok jalan-jalan kat shopping mall kat Clinique masa tu dok sibuk tanyakan foundation dan kebetulan dia bagi starter pack, siap dapat tiga lagi. Tak pernah try skin cara brand ni so ambil jela rezeki.
![]() |
| Liquide Facial Soap |
![]() |
| Dramaticlly Different Moisturing Gel |
Pengalaman saya pakai Clarifying Lotion ini dia macam pelembab dan bila letak kat kawasan muka, tempat yang rekah dan mengelupas Ya ampummm memang la pedih ya amat. Tapi lepas pakai kulit yang mengelupas dan rekah tu hilang. Selalunya kalau pakai krim pelembap memang susah nak hilang dan after few hours pasti akan ada balik.
So mungkin produk yang mahal ini sesuai untuk kulit saya yang tengah kering. Selalunya kulit saya ni berminyak kat bahagian t shape. Tapi since preggy ni lain pula jadinya.
Ada terbaca di rakan blog kata gunakan Oat, Kulit Telur, Mask Shiseido dan macam-macam lagi. So ikut kemampuan ke kepantasan yang anda nak pilih.
Harap kulit kering ini sempat la hilang sebelum raya nak datang menjelma.
Sekian.



No comments:
Post a Comment