Thursday, July 17, 2014

Berpuasa ketika mengandung

Salam,

Alhamdulillah lagi 1 hari kandungan saya masuk 6 bulan. Selama pemeriksaan di Klinik Suraya kandungan saya menunjukkan bahawa segalanya lancar. Pemeriksaan darah, air kencing hingga ke scan baby semuanya ok. Apa yang menjadi kerisauan saya bila ini pengalaman pertama mengandung dan perlu berpuasa. Mesti fikir macam-macam. Tapi kita harus berfikiran positif, insayallah segalanya boleh di lakukan.

Jika mengandung di termister pertama kebarangkalian anda nak berpuasa agak susah sebab dengan loya,sakit kepala dan macam-macam lagi alahan yang ada so di galakkan jika tak larat dan khuatir anak anda juga akan terjejas kesihatan tak payah la puasa. Tapi macam saya ni dah masuk termister kedua alhamdulillah alahan semua tu dah tak ada, dapat la saya berpuasa dan insyallah dapat puasa penuh.

Jika kita sedang berpuasa dan mendapati anak anda kurang bergerak so anda kena berjaga-jaga, anda dalam keadaan bahaya. Better pergi berjumpa doktor anda dan lakukan pemeriksaan takut anak anda kurang sesuatu di dalam. Tapi jika anak anda bergerak aktif di dalam, ini bermakna dia sihat sentiasa.

Nasihat saya bulan puasa anda scan kandungan anda untuk memastikan air ketumban ada dalam keadaan elok supaya anak anda dapat air yang secukupnya. Jika air ketumban anda kurang bahaya untuk anak anda di dalam. Di galakkan pergi ke hospital dan dapatkan rawatan yang selanjutnya.

Dari segi pemakanan semasa berpuasa ini mengikut cara saya, saya lebihkan makan buah, protein, karbohaidrat, dan banyakkan minum. Jadual harian pemakanan saya:

1. Daging (ayam/daging)
2. Ikan
3. Tenusu (Susu segar/Bijirin)
4. Buah segar
5. Kurma
6. Air masak

Selain itu saya ambil pati delima. So pada yang ambil suplimnet lain tu tak ada masalah sebenarnya. Ikut kemampuan dan keinginan anda. Yang penting air masak tu kena minum banyak tapi sebelum tidur. Kang minum masa nak tidur bergelen susah plak asyik bangun dan nak ke tandas je. Payah pula nanti tak cukup rehat dan tidur. Seeloknya anda tidak di galakkan skip bersahur cukup sekadar makan buah, kurma dan minum susu.

Moga ibu yang mengandung akan sentiasa sihat dan kandungan selamat semasa puasa bulan ini. Selamat berpuasa semua.

Sekian.



No comments: