Salam
Sebelum berkahwin dan selepas berkahwin ada banyak perubahan dalam kehidupan seharian. Dahulu apa kita buat hanya pikir diri sendiri tapi sekarang kita perlu berfikir untuk suami sekali. Seronok kehidupan berkahwin kita sentiasa ada peneman di sisi dalam keadaan susah mahupun senang. Kehidupan ini jika sendiri seperti tidak lengkap hidup di dunia. Pemilihan jalan untuk menamatkan zaman bujang memang perkara yang berat untuk saya kerana khuatir akan tanggungjawab perlu di galas tidak dapat saya lakukan dengan seharusnya. Alhamdulillah sekarang setelah hampir sebulan melayari bahtera perkahwinan saya bahagia bersama suami di samping saya. Dia adalah sumber inspirasi dan kekuatan diri saya.
So bagi saya yang penting kehidupan selepas berkahwinan ini perlu selari dengan kehidupan seharian sebelum ni. So saya pun buat list untuk memudahkan perjalanan kehidupan rumahtangga seharian bersama suami, saya banyak kekurangan so demi menjaga perhubungan perlu ada perubahan pada diri sendiri. Ini antara perkara perlu saya terapkan dalam diri saya untuk suami :
1. Sediakan makan,minum dan pakai sumai
2. Dahulukan suami dari apa kita lakukan
3. Sentiasa meminta izin dahulu jika mahu keluar rumah
4. Sentiasa senyum padanya
5. Senangkan hatinya
6. Banyakkan tolak ansur padanya
7. Cakap dengan kadar lemah lembut
8. Sentiasa bertanya apa kemahuannya dahulu
9. Banyakkan bersabar
10. Taat padanya
Saya berharap dengan adanya list ni paling tidak dapat saya menjadi seorang isteri yang di sengangi oleh dia dan Allah SWT. Tanggungjawab sebagai seorang isteri amat berat bagi saya, perlahan-lahan saya mengubah diri agar menjadi yang terbaik untukknya dan untuk diri saya. Mungkin dari masa ke semasa saya akan buat penambahan pada list. Demi suami ku insyallah.
Pesanan: Jangan mencari kesempurnaan 100% kerana dengan kesempurnaan itulah kehidupan anda tidak akan gembira dan terimalah pasangan anda seadanya dia kerana ketidaksemnpurnaan anda dia akan lengkapkan dengan kesempurnaan dia dan sebaliknya.
Sekian
No comments:
Post a Comment