Wednesday, August 6, 2014

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin (Kosong-Kosong)

Salam,

Setelah sebulan berpuasa kini tamat akhirnya. Sedih meninggalkan bulan ramadan tahun ini, agaknya masih berkesempatankah untuk bertemu ramadan tahun hadapan?

Sebulan puasa macam-macam kenangan manis dan pahit berlaku. Anggap ia semua ujian Allah beri pada hambanya untuk menguji tahap kesabaran dan membuktikan bahawa Dia menyayangi kita. Alhamdulillah baby pun sihat sentiasa.

Tahun ini pertama kali beraya bersama suami, suami awal-awal dah pesan raya pertama beraya di kampung dia. So balik melaka tahun ini, tahun dia turn dia kena kerja time raya so saya dengan baby balik kampung sendiri. Nak wat macam mana suami kerja shift kt TM Cyber gini la ya. Tah bila dapat masuk normal pun tak taw.

Tahun ini semangat raya berkobar walau perot makin ke depan. Rajin buat kuih raya untuk raya, padahal ada ke yang nak datang beraya kat rumah nanti? Hahaha... if tak ada telan sendiri la kuih yang di buat.

Selalunya bila beraya ini mesti ada tema baju sama kan? Tahun ini belah keluarga saya bertemakan emas, tak sangka belah suami tahun ini ada tema. Tema pula sama dengan teman family saya, cuma beza 2 hari raya ada tema kaler. Bankrupt la nak beli baju kalau sampai dua hari raya ada tema tah gitu? Hahahaha.. Raya pertama memakai kaler silver dan kedua kaler gold pula.

Beraya di melaka ini lain sikit, raya pertama di rumah manakala raya ke dua di wajibkan pulang ke Kluang, Johor nenek sebelah mak mentua. Tiap tahun pasti ada Kenduri Tahlil dan Bacaan Yassin, hidangan pula rotate ikut tahunan siapa akan sponsor. Tradisi tok mak tiap raya berkumpul anak cucu dan sama-sama.

Raya ketiga baru la pulang ke kampung halaman ku. Dari Kluang ke Teluk Intan, waduhh pinggang ini rasa nak patah. Baby pula suka nyondol pundi kencing. Asal berhenti kat RNR je penuh toilet, siap berbaris panjang tunggu giliran nak membuang.

Memang sakit badan la duduk lama dalam kereta ini. Apa pun alhamdulillah selamat sampai di kampung raya kedua malam. Dapat bertemu adik beradik lain dapat berborak walau sekejap. Dapat makan nasi berlauk sebab dari last puasa sampai raya kedua asyik makan makanan raya je.

So raya kesimpulannya, beraya di mana pun suasananya sama. Asalkan dapat bersama suami dan dapat balik kampung sendiri pun dah puas hati. Sedih pula raya berlalu macam tu je. Lepas ini kita pergi rumah terbuka pula, jangan terlebih makan kang berat naik 10kg pula.

Salam di hulur maaf di pinta,
seikhlas hati keceruk jiwa,
salah silap mohon di ampunkannya,
selamat hari raya kepada semua....

Bersama family hubby

Women day

perot dah kedepan dua-duanya, bila muka tanpa makeup haihhh kelaka pula lihat muka sendiri.


No comments: