Tuesday, August 12, 2014

Minggu Ke 28 Kehamilan

Salam,

Agak lama tak update mengenai kandungan saya ini. Masuk minggu ke 28 (7bulan) pelbagai ragam baby dalam perut dapat di rasa, sakit pula dah berbeza dan selera makan pula dah ada. Masa raya semua bedal masuk dalam perut tapi dalam kuantiti yang sedikit. Selepas raya ada buat checkup, alamak berat tambah lagi 2kg. Huhuhu sedihnya berat naik lagi, hadoiii la.... baby punya pasal diet pemakanan harus di jaga.


- Perubahan Badan
Lately tulang belakang selalu sakit, baby pula suka tolak-tolak pundi kencing. So akibatnya asyik nak ke tandas jela. Macam-macam ragam sekarang, tapi paling tak best bila kena heart burn. Perghhh memang tak syok langsung. Heart burn ni rasa dia macam kat saluran tekak kita rasa macam ada angin yang tersekat dan rasa berasid. Buat kita rasa nak sendawa tapi tak mau keluar. Punca heart burn ini sebab perut kita makin tertolak dengan kandungan kita dan menyebabkan ruang perut makin mengecil dan ia menyebabkan heart burn atau pedih ulu hati. Alhamdulillah saya jumpa penyelesaian dengan memakan ubat dari doktor saya.


Emosi Ketika Mengandung
Masuk minggu ke 28 perasaan untuk melihat baby makin meningkat. Perasaan macam mana rasa bersalin? Macam mana muka baby kita? Macam mana keadaan bila baby dah keluar nanti. Ini semua normal dan pasti akan berlaku pada setiap bakal ibu. So bermula sekarang la persiapan untuk baby di perhebatkan lagi. Pada pandangan saya senarai cek list baby kena buat takut-takut terbeli lebih dari sepatutnya. Sebab nanti menjadi macam bazir pula. Yela baby ini cepat naik so beli banyak-banyak kang dah payah baru pakai 3 ke berapa kali dah kena beli baru. So beli lepas bersalin nanti pun ok sebenarnya asalkan baju semasa dia dah lahir kena wajib sediakan.Senarai cek list nanti saya usulkan dalam entri yang lain.


- Kenduri untuk Baby dan Saya
Apa pun saya bersyukur sangat kandungan saya sihat dan saya bertambah sihat. Bila dah anak pertama dan masuk minggu ke 28 nenek dia mula bersuara nak adakan Majlis Doa Kesyukuran dan Selamat untuk dia. Tradisi keluarga nenek dan atuk dia akan buat Kenduri hanya pada anak sulung, if ada anak seterusnya if nak buat tanggung 100% oleh mama papa sendiri la. Syukur sangat, haritu masa di Kluang baby ini telah pun di doakan oleh saudara mara belah suami, dan hujung bulan ini akan di Kendurikan pula oleh nenek dan atuk belah mama dia. Bertuah anak mama ini ramai orang sayang.

Opss jangan anggap saya buat Baby Shower macam artis dan yang lain-lain. Saya buat Kenduri untuk baby taw, baca yasin dan sebagainya. Lengging perut pun tak buat isk isk isk khurafat. Hahahaha... Maaf ye if ada sesiapa buat macam tu bukan niat nak pertikai just itu bukan cara dan fahaman saya. Islam itu indah mengapa tidak kita ikut cara dan arah yang betul. Berdoa agar anak saya sihat,sempurna fizikal mental dan saya selamat melahirkannya itu niat sebenarnya. Bagi yang nak buat baby shower tu anda boleh buat ikut cara anda dan kreativiti anda. Peace.....


-Cara pemakanan yang sihat
Apa pun bila dah nak masuk minggu ke 28 ini cara pemakanan saya berubah, sarapan sila ingat jangan di tinggal, jika anda tidak sempat sekali pun makan kuih atau apa pun, minum la segelas susu atau pun secawan milo panas. Kafien harus di tinggalkan ye ibu-ibu, tak elok untuk baby kafien ini. Makan tengahari juga jangan skip, banyakkan makan sayuran dan buahan segar. If tak ada buahan segar di tempat itu order air buah. Bila kandungan makin membesar dan perut kita makin mengecil kita di galakkan makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Ingat sedikit tetapi kerap takut nanti kena pedih ulu hati pula. Seeloknya sajian makanan tengah hari anda adalah Sup, Kentang Bakar, Salad atau Sandwich. If makan nasi pun boleh tapi kuantiti yang sedikit.

Jika anda bekerja anda kena ada backup makan ringan. Bukan maksud jajan ye puan-puan, tetapi snek atau kudapan seperti sayuran yang boleh di simpan kedap udara, if opis ada peti sejuk lagi bagus. Makan kekacang elok untuk anak anda seperti badam atau gajus yang banyak magnesium, selain itu sekeping biskut serat bijiran serta roti roll dan ban bijiran.


Apa pun kita seharusnya di galakkan membaca al-quran, berzikir dan berdoa pada Allah, minta yang elok-elok dan jauhkan yang buruk. Moga segala tips dan juga celoteh saya ini dapat beri sedikit info berguna pada bakal ibu seperti saya di luar sana. Yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari saya sendiri. Maaf andai terkasar bahasa dan terluka hati terbaca.


Sekian semua.




No comments: