Tuesday, August 26, 2014

Baju Doraemon untuk Baby

Salam,

Happy sungguh semalam akhirnya dapat juga set baju baby Doraemon untuk anak bakal lahir ini, teruja memang teruja tapi agak terkilan sebab set baju Doraemon habis dan tinggal last je yang ada semalam pun. Baju kaler pink banyak la, terfikir mungkin tahun ini ramai yang melahirkan anak lelaki sebab licin baju Doraemon kaler untuk baby boy.

Nak tak nak ambil juga la dari tak ada dan alang-alang tengah ada. Saya beli baju doraemon ini di outlet Anakku di alamanda. Kami kesana sebab nak pergi tengok wayang sebelum deliver baby nanti. Pasni nak pergi tengok wayang dah susah la sebab ada anak kecil. Thanks to my hubby sudi bawa isteri dia ini pergi tengok movie. Sambil selam kita minum air dan minta baju baby walaupun baju untuk dia dah banyak.

Dalam set, short hand, long sleeve and handkerchief 


Semua butik mengadakan Sales dari Raya hingga Merdeka. So harga wow wow semua ada potongan yang menarik. Semalam hubby hampir beli Baby Cot untuk dia, tapi dapat saya tahan sebab harga RM1k untuk Baby Cot + Matteres + Pillow and etc. Haihhh mahainya la, tapi produk yang harga mahal pasti kualiti dia pun bagus. Saya cakap pada suami kita fikir dahulu baru kita beli, sabar ye hubby ada rezeki anak kita beli. Baby cot yang semalam kami tengok di outlet Modernmum, jenis kayu Meranti ada kaler coklat dan putih. Diskuan yang di beri adalah 20% berbaloi seberarnya kalau beli. Untuk playpen plak harga RM300+ so murah la dan cantik. Tepuk dada tanya duit dalam poket cukup ke tidak nak beli?

Apa pun still lagi masih mencari baju Doraemon 1 set dan Tilam. Pasni nak pergi cari kat Parkson sebab semalam tak sempat kerana kengkangan masa. Selain Parkson nak cari kat Bebe's Home juga mana tahu terjumpa di sana nanti.

Sekian.


No comments: