Wednesday, August 20, 2014

Senarai Keperluan Baby dan Ibu

Salam,

Sekian lama kata nak kongsi senarai semak barang baby n mommy baru hari ini sempat nak update. Bila kandungan dah masuk minggu  ke 29 rasa tak sabar pula nak sediakan ke semua barangan baby dan mommy. Teruja, tak sabar, happy dan seronok bila dah masuk trimester ke 3 ini. Saya punya doktor pun awal-awal lagi dah kongsi jantina anak kami. Hahaha no surprise and i already expecting that my baby is a boy. Naluri ibu mungkin dapat rasa yang my baby ini lelaki. Lelaki atau perempuan tak penting bagi kami, asalkan baby kami sihat serba serbi dan selamat di lahirkan.





Keperluan baby ini jangan pula sediakan lebih-lebih. Beli apa yang perlu sahaja karang membazir pula sebab new born baby ini tumbesaran dia cepat. So apa yang anda perlukan untuk menyambut orang baru dalam keluarga anda? Ini list saya buat so mungkin ada penambahan dari masa ke semasa akan saya lakukan dan mungkin ada benda yang akan di tolak. Saja share untuk bakal mommy seperti saya sebagai panduan sahaja. Set pantang saya rasa saya akan beli Brand Afiat, sebab banyak juga review mengenai set berpantang ini ok. Harga pun memang berpatutan.





Mommy:

1. Keperluan Hospital

Buku Pink

GL

IC

HP

Baju T-Shirt/Baju Blouse
5 helai
Kain Batik
3 helai
Sluar dalam (Disposal)
5 helai
Baju dalam (Nursing Bra)
5 helai
Stokin
2 helai
Tudung
3 helai
Tuala
1 helai
Tuala Kecil
1 helai
Pad Maternity
1 pek
Pad Biasa
1 pek
Alat Mandi (Sabun.Pencuci Muka,Berus Gigi,Ubat Gigi)
1
Selipar Biasa
1
Kamera
1
Bedak
1
Sikat
1
Getah Rambut (Extra)
1
Baju Sejuk
1
Beg Plastik Baju Kotor
1
Minyak Angin
1
Breast Pad
4
Makanan/Minuman (Milo,Roti,Kurma,Thermos,Air Masak)
Ikut suka
Tisu (Letak dalam kereta)
1
2. Pampers New Born
10 helai
Baju dan Seluar Panjang
1 helai
Baju Pendek seluar Panjang
1 helai
Jumpsuit
1 helai
Topi
2
Selimut
1
Lampin (Bedung)
2
Barut
3
Set Mandian Baby*
1
Minyak Telon
1
Tuala Mandi
1
Mitten
3
Wet Tissue
1 pek
Bedak/Lotion
1



Baby:
1. Pakaian

Baju dan Seluar Panjang
3
Baju Pendek dan Seluar Panjang
3

Romper
2
Baju dan Seluar Pendek
2
Jumpsuit
2
Mitten
5
Topi
2
Selimut
2
Barut
5
2. Diapering

Lampin
10 helai
Baby Pin
4 ( 1 pek )
Pampers New Born
1 pek
Wet Tissues
5 pek
Changing Mat
1
Botol Sembur Air
1
Nappy Liner
1 Kotak
Detergent Khas Cuci Baju Baby
1 botol
Baby Grooming and Care

Toiletries (Kecil)
1 set
Shampoo
1
Sabun
1
Bedak
1
Lotion Baby
1
Minyak Panas
1
Sapu Tangan
2
Tuala
2
Nappy Rash Cream : Jenama Bepathen dan Melamine. Jenama Bepathen boleh juga guna sebagai nipple cream. 
1
Vicks
1
Pemotong Kuku Baby
1
Nasal Aspirator - Yang ini untuk baby ketika baby kena selsema.
1
Cotton Bud
3 pek
Cotton Ball
1 pek
3. Breastfeeding

Botol Susu
2

Berus Pembersih Botol
1
Putting*
0
Cecair Perncuci Botol
1
Sterling Tablet
1
Breast Pump Set
1
Storage Bottle
1
Nursing Cover
3
Nursing Bra
5
Nursing Pad Disposal
6
Nursing Pad Washable
6
Thermos
1
Nipple Cream
1
4.Tempat Tidur Baby
1
Set Tilam
1
Kelambu
1
Tilam
1




Sekarang barang yang tinggal set tidur baby tak beli lagi. Cadang nak beli yang bercadar Doraemon kat 1 website ini http://www.familydiaperbag.com/. Comel-comel set tilam yang di jual dalam website itu. Harga pun berpatutan.

So pada mereka yang sedang menyiapkan barangan keperluan baby, di galakkan buat 1 list bagi memudahkan anda untuk semak semua barangan yang harus di beli. Selamat bershopping semua.

Sekian.




No comments: