Salam,
Soalan lazim setiap wanita yang mengandung mengalami kekejangan kaki ketika waktu malam. Ia biasa berlaku semasa wanita memasuki trimester kedua dan ketiga, ini berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang menyebabkan otat anda menjadi kejang.
Otot yang biasanya menegang adalah otot betis, memang rasa tidak selesa bila keadaan ini berlaku ketika waktu malam menyebabkan anda terjaga dari tidur yang lena. Ia akan berlanjutan selama beberapa minit tapi ia tidak membahayakan otot betis anda. Saya jarang mengalami kejang otot waktu malam, adalah sekali sekali. Tetapi kini saya biasa alami kejagng otot bila-bila masa sahaja. Terutama apabila saya cuba menunduk atau pun semasa sembahyang iaitu duduk antara dua sujud. Ibarat urat atau otot saya mahu putus kerana menahan sakit.
Berikut adalah teori yang saya dapat cari dari BabyCenter menagapa terjadinya kekejangan otot:
- Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambail apa yang diperlukan daripada simpanan anda.
- Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan keatas saluran darah besar pada kaki anda serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progestron ia boleh beri kesan kepada otot kaki anda.
- Serpti anda berlari, bersukan atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda menjadi letih, begitu juga kandugan anda yang sarat ini.
Tercari-cari bagaimana untuk mengurangkan kesakitan yang dialamai, rasa yang tidak selesa menyebabkan pergerakan kita menjadi terbatas dan sukar untuk buat kerja seharian kita. Mujur kekejangan ini boleh diatasi dengan melakukan:
- Buat regangan, mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Permulaan anda akan merasa sakit tetapi lama kelamanan kesakitan itu akan mula hilang .
- Urut otot yang kejang.
- Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan berna-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.
Saya ada berberapa tips bagaimana anda boleh mengelakkan kekejangan. Berkesan atau tidak ia adalah bergantung. Sesetengah pakar mengaitkan kekejangan otot ini berlaku kerana kekurangan nutrien tertentu iaitu garam. Tetapi tidak dapat di pastikan samada jika anda mengambi garam magnesium atau kalsium dapat bantu melegakan kesakitan ini. Ini adalah langkah yang boleh anda cuba:
- Senaman regangan kaki, berdiri satu meter daripada dinding dan ujurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada dinding. Tahan selama lima saat, ualang senaman ini selama beberapa minit dan lakukan 3 kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
- Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki kebawah dan kemudian tegakkan tapak kaki keatas dengan cepat sebanyak 30kali. Buat pada kedua-dua belah kaki anda.
- Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki anda menghala ke bawah.
- Cuba elakkan berdiri terlalu lama dan duduk bersilang kaki.
- Mandi dengan air suam sebelum tidur.
- Minum air putih dengan banyak.
Senaman ini mungkin dapat bantu anda semua serba sedikit. Tapi jika kekejangan ini berlarutan ini adalah bukan sebab kekejangan otot terapi adalah kerana sakit kaki. Ia berlaku apabila darah terkumpul pada saluran darah dibahagian kaki (venous thrombombolisme). Walaupun sakit ini jarang berlaku tetapi ia adalah penyakit yang serius dan memerlukan rawatan segera. Simptom berlaku adalah seperti:
- Sakit berlarutan dan ternyata ia bukanya kekejangan otot yang biasa.
- Betis anda membengkak
Pastikan semasa mengandung anda menitik beratkan akan kesihatan anda dan bayi. Jika kesakitan berlarutan digalakkan anda berjumpa dengan doktor anda secepat mungkin agar dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini.
Semoga perkongsian hari ini dapat sedikit sebanyak membantu anda mengatasi masalah yang anda hadapi. Moga dapat saya kongsikan lagi beberapa artikel untuk tatapan anda.
Sekian.
No comments:
Post a Comment