Monday, August 25, 2014

Bertandang - Umbai Melaka by Shooterpixtures

Salam,

Haihhh berkurun dah Majlis Bertandang kami baru sekarang nak upload gambar sampai baby dah nak keluar. Lagi pun album dan soft copy baru ambil masa raya ritu. Al maklumla our Jurugambar dari melaka so jauh dan tak berkesempatan nak ambil.

So saja nak kongsi gamba Memori Cinta kami berdua, masa ini saya dah pun berbadan dua dan tengah mabuk lauk, sakit belakang dan tak sedap badan. Tapi ku gagahkan jua senyum dan berdiri melayan tetamu. Sebelum sanding sempat mak urutkan pinggang sebab pinggang teramat sakit masa itu. Dugaan betul sanding sakit belakang dan mabuk. Sanding belah saya demam sampai suara tak ada belah lelaki pula jadi macam ini. Sabar dugaan semua ini.

Kami agak kepeningan nak memilih jurugambar mana masa bertandang nanti, masing-masing ada kawan sebagai jurugambar. Last kami memilih kawan suami yang jurugambar yang memang berasal dari Melaka senang nak berurusan dan dia arif kat mana tempat nak shoot yang terbaik untuk kami nanti.

Member punya pasal dapat la harga member, alhamdulillah rezeki anak mama ini. Kami booking tarikh masa semua agak lambat sebernarnya tapi rezeki kami mereka semua free masa itu. Jom cuci mata lihat gamabr kami dari Shooterpixtures.

Jom berperfume dulu sebelum sanding

Muke bambam, naik berat badan time ni.

Agaknya apa la saya tengah tengok masa ini

Pakai kasut dulu sebelum keluar rumah

Hai kalau la rantai ini belian betul...

Touch up, mak andam nak buatkan dia tak mau. Mengadanya suami.
Selfie dulu before gerak



rambut cacak tak ni?

(",)

Nak keluar keta pun tak larat, pening pale tapi sempat senyum bila snapping picture

Haii suami borak apa dengan pengapit awak tu?

Gerak ke dewan

Dua pengantin sekali 1 pelamin

Saya sayang mak saya

Family mentua, tema gold.

Mak dan abah sanding sekali, tema purple.

Hahaha, love this picture ibarat suami ku adalah raja, dan diriku hanya la isteri.

Senyum atas pelamin. Lenguh mulu senyum.

Di celahan kek pun jadi la ye.

This cake is to good and delicious. Abih kau sepupu dan anak buah balun.

Ok gambar di atas semua adalah dari rumah menuju ke Dewan Umbai, Merlimau Melaka. Sekarang kita akan gerak ke Outdoor session pula ye.

Memori Cinta di beri sempena bertandang kami 

Menuju ke kebahagiaan yang berkekalan

Lokasi ini adalah di tepi AMJ, time-time ini banyak tepi jalan yang terbakar.

Loving you my hubby

Layah ku yang panjang

Terapung di udara

You are to meaning full to me

Lokasi di atas di tepi Lebuh AMJ area Bukit Tembakau, penat hampir 2jam sahaja berada di sini. Now gerak ke Masjid Selat Melaka.


Masjid Selat

Penat + Happy + Bahagia

Masjid Selat Melaka 
Ramai yang komen gambar akhir ini boleh di jadikan kalender tahunan, haihhh takkan la kami nak buat kalender kot. Cuci kasi besar letak kat rumah jela senang dan cantik.

Kepada anda berminat mencari jurugambar di area Melaka dan ingin lihat hasil daripada mereka boleh la kunjungi https://www.facebook.com/shooterpixtures.

Baju kaler ini di pilih atas dasar kerana dah tak ada baju kaler lain yang menarik dan tertarik. Agak kurang puas hati sebenarnya tapi kami berdua ikutkan sahaja kerana mak mentua pilih butik ini. Asal ada baju untuk bersanding. Ye dak? hehehe

Sekian

1 comment:

Unknown said...

Assalammualaikum.. Pn. Maaf tanya sikit.. on Dewan umbai ade x tempt persalinan pengantin?