Salam,
Hari ini nak kongsi cara pemakanan saya tiap malam. Kebelakangan ini saya jarang makan makanan berat. Mungkin perubahan hormon. Saya hanya ambil nasi untuk makan tengahari sahaja. Tapi saya tak permah skip sarapan,minum petang. Wajib di ambil kerana ketika mengandung dan masuk termister ketiga pemakanan kita berubah dengan makan dalam kuantiti yang sedikit.
Saya tiap malam akan ambil pati delima brand gulsan dan nestum milo. Bukan 3 in1 tapi yang buat sendiri. Kadang-kadang tukar pada 1 gelas susu segar, oat buah-buahan atau susu coklat panas. Menu mudah tapi berkhasiat untuk anda, jika anda tak boleh minum susu boleh tukar kepada salad. Ikut ada keinginan nak apa hari itu.
Nestum milo senang,mudah dan cepat untuk buat. Hanya perlu air panas,gelas,susu pekat,milo dan nestum lalu bancuh sekali dan boleh minum.
Susu coklat panas pula, perlukan coklat chip dan susu. Cara blh double boil if rasa leceh masukkan chip coklat dan sedikit butter dalam bekas dan masuk ke mikrowave selama 2minit dan panaskan susu sebentar lalu kacau sebati.
Oat buah-buahan agak remeh sedikit tapi sedap di makan. Perlu quick cooking oat, piasang/strawberi dll (ikut anda), madu dan susu. Cara membuatnya masukkan oat dalam mangkuk yang permukaanny lebih dalam dan letakkan susu separas oat lalu letak dalam mikrowave selama 2 minit. Kemudian ambil pisang lenyekkan pisang dalam mangkuk berkenaan tau boleh potong kecil. Letakkan sedikit madu sebagai perasa tambahan ikut selera masing-masing. Pisang dah di potong hias di atas (if tak lenyek bersama oat).
Pelbagaikan makanan anda setiap hari agar tidak bosan menikmati hidangan anda hari-hari.
Selamat mencuba dan dapat info baru. Hidangan sihat badan pun cergas.
Sekian
No comments:
Post a Comment